Pages

LIKE this Blog?? It's Up to You... MardhatilLah is Everything...=]

Thursday, November 4, 2010

AMALAN-AMALAN RINGAN YANG BERAT TIMBANGANNYA DI SISI ALLAH


1.      WUDHU’

Sesungguhnya umatku datang pada hari khiamat dalam keadaan bersinar-sinar daripada kesan wudu’. Sesiapa yan berupaya untuk melebihkan basuhan wudhu’nya, maka lakukanlah. [HR Al-Bukhari & Muslim]

Tidak seorang pun daripada kamu yang berwudhu’ dan melebihkan basuhannya kemudian berdoa, “aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba Allah dan utusan-Nya” melainkan dibukakan untuknya lapan pintu syurga, dia boleh memasukinya melalui pintu yang dia kehendaki. [HR Muslim]

Tidaklah seorang Muslim yang berwudhu’ dengan cara yang baik, lalu mendirikan solat dua rakaat sambil melakukan kedua-dua perbuatan ini dengan hati yang khusyu’ dan perwatakan merendah diri, melainkan wajib baginya syurga. [HR Muslim]


2.      PERJALANAN KE MASJID

Sesiapa yang bersuci di rumahnya kemudian berangkat ke rumah Allah untuk menunaikan salah satu kewajiban dari Allah (solat), nescaya setip satu langkahnya akan menghapuskan satu kesalahan dan yang lainnya akan mengangkat satu darjat. [HR Muslim]

Berilah khabar gembira kepada mereka yang berjalan di dalam gelap menuju ke masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari khiamat. [HR Abu Daud & Al-Tirmizi]

Sesiapa yang keluar ke masjid pada waktu pagi atau petang, Allah sediakan kepadanya si syurga tempat berteduh  pada setiap kali dia keluar. [HR Al-Bukhari & Muslim]


3.      I’TIKAF DI MASJID

Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla member jaminan kepada orang yang menjadikan masjid seperti rumahnya akan keamanana dan melepasi titian sirath pada hari khiamat. [HR Al-Bazzar]


4.      SOLAT JAMA’AH

Solat berjama’ah lebih afdhal daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat. [HR Al-Bukhari & Muslim]


5.      BERDOA

Doa tidak ditolak antara waktu azan dan iqamat. [HR Abu Daud & Al-Tirmizi]

Sesiapa yang berkata (berdoa) selepas mendengar azan, “Ya Allah, Tuhan bagi seruan (tauhid) ini yang sempurna dan soalt yang didirikan, berikanlah kepada Muhammad kedudukan dan kelebihan yang tinggi dan tempatkanlah dia di tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan” maka dia berhak mendapat syafa’atku pada hari khiamat.  [HR Al-Bukhari]


6.      MENANTI UNTUK BERSOLAT

Seseorang hamba berterusan mendapat ganjaran (pahala) solat  selama mana dia berada di tempat solatnya (menanti untuk menunaikan solat). [HR Muslim]


7.      SOLAT PADA AWAL WAKTU

Sesungguhnya Rabb kalian berfirman: “Sesiapa yang bersolat pada waktunya dan menjaganya serta tidak melalaikannya karena menganggap remeh kedudukannya maka baginya ada janji dari-Ku untuk Aku masukkan ke dalam surga.” [HR Ahmad]


8.      SOLAT-SOLAT SUNAT

Dua raka’at sebelum solat Subuh adalah lebih baik daripada dunia dan segala apa yang ada padanya. [HR Muslim]

Sesiapa yang memelihara empat raka’at sebelum solat Zohor dan empat raka’at selepasnya, Allah mengharamkannya daripada api neraka. [HR Abu Daud & Al-Tirmizi]

Allah merahmati orang yang solat sunat empat raka’at sebelum solat ‘Asar. [HR Abu Daud & Al-Tirmizi]


9.      SOLAT ‘ISYA’ & SUBUH BERJAMA’AH

Sesiapa yang menunaikan solat ‘Isya’ berjama’ah, dia mendapat ganjaran seolah-olah dia melakukan qiamullail separuh malam, dan sesiapa yang solat Subuh berjama’ah, dia mendapat ganjaran seolah-olah dia melakukan qiamullail sepanjang malam. [HR Muslim]


10.  ZIKIR SELEPAS SOLAT SUBUH & SOLAT MAGHRIB

Apabila engkau selesai menunaikan solat Subuh, maka katakanlah sebelum engkau berbual, “Allahumma ajirni minannar (Ya Allah, lindungilah aku daripada api neraka)” sebanyak tujuh kali. Jika engkau mati pada hari itu, Allah akan menetapkan bahawa engkau terlindung daripada api neraka. Apabila engkau selesai solat Maghrib, maka katakanlah sebelum engkau berbual, “Allahumma ajirni minannar (Ya Allah, lindungilah aku daripada api neraka)” sebanyak tujuh kali. Jika engkau mati pada hari itu, Allah akan menetapkan bahawa engkau terlindung daripada api neraka. [HR Abu Daud & Al-Nasa’i]


11.  MEMBACA AYAT KURSI SELEPAS SOLAT

Sesiapa yang membaca ayat Kursi sesudah setiap kali solat, tidak ada yang dapat menegahnya daripada memasuki syurga sehinggalah dia mati. [HR Al-Nasa’i & Al-Tabrani]


12.  ZIKIR-ZIKIR HARIAN

Tidak mampukah salah seorang diantara kalian meraih seribu kebaikan dalam sehari?, Maka berkatalah salah seorang sahabat, “bagaimanakah salah seorang diantara kita meraih seribu kebaikan dalam sehari? Beliau bersabda, “Ucapkan tasbih Subhanallahi wa bihamdih seratus kali, niscaya akan dicatat baginya seribu kebaikan dan dihapus baginya seribu keburukan. [HR. Muslim]

Ada dua kalimat yang ringan (diucapkan) oleh lisan tetapi berat dalam timbangan di sisi Allah: Subhanallahi wa bihamdih subhanallahi al azhiim. [HR Al-Bukhari]

Subhanallah wal hamdulillah walaa ilaaha illallah wallahu akbar adalah kalimat yang dengan membacanya akan ditanamkan bagimu sebatang pohon dalam syurga. [HR Ibnu Majah]


13.  SELAWAT KE ATAS NABI

Siapa yang (membaca) shalawat kepadaku sekali saja maka Allah akan bershalawat (merahmatinya) sepuluh kali. Dan dihapuskan baginya sepuluh kesalahan serta diangkat untuknya sepuluh darjat. [HR An-Nasa’i]


14.  QIAMULLAIL

Hendaklah kalian melakukan qiyamul lail karena hal tersebut merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dapat menghapuskan dosa serta kesalahan dan dapat menyingkirkan penyakit dari badan. [HR. Tirmidzi]


BID’AH DI DALAM MENGERJAKAN AMALAN SUNAT?

Antara perkara yang dianggap ulamak sebagi bid'ah ialah menambah dalam perkara sunat yang ditentukan seperti: Hadis menyuruh bertasbih 33 kali selepas setiap sembahyang, lalu dia bertasbih 100 kali. Sebahagian ulama’ menganggapnya sebagai bid'ah yang haram kerana bersandarkan bahawa nas telah menetapkan bilangan tersebut, maka tidak harus melebihinya.

Tetapi ada sebahagian ulama’ lagi yang mengatakan bahawa menambah dalam perkara kebaikan tidak boleh ditegah. Mereka berdalilkan sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:

"Sesiapa yang berkata di waktu pagi dan petang: "Subhanallah wa bihamdih" seratus kali, tidak ada seorangpun yang datang pada hari Kiamat lebih baik dari beliau melainkan seseorang yang berkata sepertinya atau lebih dari itu". [HR Muslim]

Mereka mengatakan ini adalah galakan dari Rasulullah saw untuk menambah dari bilangan tersebut.


Manakala saya pula cenderung kepada pendapat yang pertengahan antara kedua-duanya iaitu:


1.      Berlebih-lebihan di dalam melakukan amalan sunat tidak seharusnya dianggap sebagai bid’ah kerana hal ini turut disokong oleh beberapa hadis lain yang membenarkannya, sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

"Sesiapa yang membuat dalam Islam satu sunnah yang baik, lalu diikut orang selepasnya, ditulis untuknya pahala orang yang beramal dengannya, tidak kurang sedikitpun dari pahala mereka. Sesiapa yang membuat dalam Islam satu sunnah yang jahat, lalu diikut orang selepasnya, ditulis ke atasnya dosa orang-orang yang melakukannya, tidak kurang sedikitpun dari dosa-dosa mereka".
[HR Muslim]

Para ulama’ yang berdalilkan hadis ini mengatakan bahawa perkara baharu kadang-kadang merupakan sunnah yang baik dan kadang-kadang merupakan bid'ah yang haram. Jika tidak bagaimanakah boleh wujud "sunnah yang baik", kalau kita menganggap semua perkara baharu adalah bid'ah walaupun mempunyai banyak kebaikan?

Walaupun hadis ini bersempena dengan mengorbankan tenaga pada jalan Allah, tetapi ia tidaklah bererti hanya dikhususkan untuknya sahaja, kerana pengajaran itu diambil dari lafaznya yang umum bukan dengan sebabnya yang khusus sebagaimana yang dinyatakan oleh para ulama’.

Kelompok ulama’ tersebut juga berdalilkan dengan sebuah hadis hasan (Hadis
yang rendah sedikit darjatnya dari hadis sahih) yang diriwayatkan daripada Rasulullah saw yang bermaksudnya,

"Sesiapa yang mencipta bid'ah sesat yang tidak diredhai Allah dan RasulNya, dia mendapat dosa orang yang melakukannya, tidak kurang sedikitpun dari dosa-dosa mereka". [HR Al-Tirmizi]

Mereka memandang bahawa sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bid'ah sesat yang tidak diredhai Allah dan Rasulnya", mengkhususkan jenis bid'ah yang haram, dan ini membayangkan bahawa di sana ada bid'ah lain yang termasuk dalam "sunnah yang baik”.


2.      Namun begitu, memadailah dengan melakukan sekadar apa yang diperintahkan oleh Nabi s.a.w kerana apa yang dianjurkan oleh baginda s.a.w, itulah yang paling baik untuk dituruti kerana di dalam mentarbiyah para sahabat, baginda s.a.w sentiasa mengingatkan mereka supaya tidak berlebih-lebihan bagi mengelakkan perasaan jemu di dalam mengerjakan sesuatu amal soleh. Telah bersabda Nabi s.a.w yang bermaksud,

“Sesungguhnya agama adalah mudah. Tiada seorang pun yang berlebih-lebihan dalam agama melainkan dia dikalahkan. Perbetulkanlah, dekatkanlah dan bergembiralah. Bantulah diri kamu sendiri dengan beramal pada waktu selepas subuh, selepas gelincir matahari dan sebahagian malam.”

Di dalam kitab Fath al-Bari, telah dijelaskan maksud hadis ini iaitu:

·         Berlebih-lebihan: Orang yang memeberatkan diri dengan amalan agama dan bersikap keras; dia akan lemah dan menghentikan amalannya.

·         Perbetulkanlah: Melakukan dengan cara yang betul tanpa memberat-beratkan dan cuai dalam mengerjakannya. Manakala ahli bahasa mengatakan ertinya bersederhana dalam amalan.

·         Dekatkanlah: Sekiranya tidak terdaya beramal dengan cara yang paling sempurna, maka lakukanlah sekadar menghampirinya.

·         Bergembiralah: Bergembira dengan ganjaran daripada amalan yang berterusan walaupun sedikit sahaja yang dilakukan. Ertinya, tidak berkurangan ganjaran pahala amalan orang yang tidak berupaya untuk beramal dengan cara yang paling sempurna sekiranya ia tidak disengajakan.

·         Bantulah diri: Memudahkan diri mengamalkan ibadat secara berterusan dengan melakukannya pada waktu yang sesuai bagi dirinya.


WalLahu a’lam…


p/s: Kalau tak dapat buat semua, jangan tinggalkan semua… =)

Monday, November 1, 2010

BAGAIMANA BERFASHION SAMBIL MENURUTI SYARIAT??

Adakah fashion seperti ini dibenarkan syara'?


HIJAB


Secara umumnya, HIJAB bermaksud sesuatu yang dapat menutup seluruh tubuh wanita daripada pandangan lelaki. Di dalam bahasa Arab, HIJAB (perkataan asalnya HAJABA) juga bererti KHAMMARA yang kedua-duanya bermaksud menutupi atau MENGHALANG.


Daripada perkataan KHAMMARA ini kemudiannya lahir perkataan KHAMRU yang bererti arak; dan dinamakan arak  sebagai KHAMRU kerana ianya mampu menghalang akal manusia daripada berfikir secara waras.


Daripada perkataan KHAMARA ini juga lahir perkataan KHIMAR yang bererti tudung kepala. Jadi, kalau kita faham yang KHAMRU (arak) boleh menghalang manusia daripada berfikir secara waras, kita juga harus faham bahawa inilah yang Allah kehendaki daripada perkataan KHIMAR (tudung kepala) seperti yang disebut oleh Allah di dalam surah An-Nur, ayat 31 yang bermaksud,


Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka; dan JANGANLAH MEREKA MENAMPAKKAN PERHIASAN MEREKA KECUALI YANG ZAHIR DARIPADANYA; dan HENDAKLAH MEREKA MENUTUP KAIN TUDUNG KE DADANYA, dan JANGANLAH MENAMPAKKAN PERHIASAN MEREKA, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau puteraputera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan JANGANLAH MEREKA MENGHENTAKKAN KAKI UNTUK DIKETAHUI ORANG AKAN APA YANG TERSEMBUNYI DARI PERHIASAN MEREKA. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”


Daripada ayat ini, dapatlah difahami bahawa pengertian HIJAB bagi seorang wanita muslimah iaitu seperti yang dikehendaki oleh Allah bukan sahaja menutup segala perhiasan yang terdapat pada tubuh badan wanita tetapi juga mampu MENGHALANG pandangan lelaki daripada melihatnya SECARA TOTAL!


Maka, kalaulah seseorang wanita muslimah telah benar-benar memahami akan apa yang dikehendaki oleh Allah ta’ala daripada firmanNya ini (BERHIJAB), tentu sahaja wanita tersebut akan memastikan segala pakaian yang dipakainya dapat MENGHALANG mata-mata lelaki daripada memandangnya. Maka:

                    i.            Dia tidak akan memakai pakaian yang BERWARNA TERANG @ BERCORAK-CORAK @ BERMANIK-MANIK (yang melampau daripada adat kebiasaan) kerana pakaian seperti ini dapat menarik perhatian lelaki.

                  ii.            Dia tidak akan memakai pakaian yang KETAT & MENAMPAKKAN BENTUK BADAN kerana sudah pastinya pakaian seperti akan menarik perhatian lelaki terhadapnya.

Ummu Salamah ada menceritakan, maksudnya begini: Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasullullah s.a.w pada suatu hari dengan BERPAKAIAN NIPIS. Lantas Rasulullah s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya:

“Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaid (baligh), TIDAK HARUS BAGINYA MENZAHIRKAN ANGGOTA BADAN, kecuali ini dan ini.” (sambil baginda s.a.w mengisyaratkan muka dan kedua tapak tangan)

                iii.            Dia tidak akan memakai TUDUNG BERSANGGUL @ SEBARANG FASHION TUDUNG YANG PELIK & MAMPU MEMBUATKAN PEMAKAINYA NAMPAK LEBIH MENARIK kerana sudah pasti ianya mampu menarik perhatian kaum Adam. Hal ini juga jelas dilarang oleh Nabi s.a.w sebagaimana sabda baginda s.a.w yang bermaksud:

“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, KEPALA MEREKA SEPERTI BONGGOL UNTA yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya; walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.”

                iv.            Dia tidak akan memakai WANGIAN ketika keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan ciri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang. Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Andainya wanita KELUAR DARI RUMAH serta MEMAKAI BAU-BAUAN, maka dia sudah dianggap melakukan PERZINAAN.”

                  v.            Dia tidak akan memakai KASUT TUMIT TINGGI kerana kasut tumit tinggi bukan sahaja akan menghasilkn bunyi yang mampu menarik perhatian lelaki, tapi ia juga akan membuatkan bentuk badan si pemakainya (maaf cakap) sedikit "menonggek" seterusnya membuatkan dirinya kelihatan lebih seksi yang semestinya akan menarik perhatian kaum lelaki utk memandangnya. Hal ini juga juga jelas ditegah oleh Allah sepertimana firman-Nya di dalam ayat di atas yang bermaksud:

“…Janganlah mereka MENGHENTAKKAN KAKI untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka…”

                vi.            Kalau dia merasakan yang mukanya cantik, dia akan BERNIQAB (MEMAKAI PURDAH) kerana wajah wanita adalah pusat tarikan utama bagi lelaki. Contohnya, bila kita berkata, "cantiknya pempuan tu…" nescaya yang kita maksudkn ialah wajahnya; bukan kakinya…betul tak? (ini pendapat Imam Syafi’i)

              vii.            Dia tidak akan meletakkan GAMBAR (semua gambar dirinya termasuk lah profil pic) yang mampu menarik perhatian lelaki di dalam FACEBOOK atau di dalam mana-mana website atau di mana-mana sekalipun.

Sebaik-baiknya, dia tak perlu meletakkan langsung gambar wajahnya di FB. Tp, kalau dia memberi alasan “nak orang kenal”, memadailah dengan meletakkan gmbar passport (muka sahaja) yangg dikecilkan saiznya dan diblurkn sikit gambarnya; tak perlu letak seluruh badan dan (maaf cakap) “BERPOSING LEBIH-LEBIH” kerana kesemua perbuatan ini dapat menarik perhatian kaum Adam terhadapnya.

            viii.            Dia tidak akan MELUNAKKAN SUARA atau (maaf cakap) “TERGEDIK-GEDIK” ketika bercakap dengan lelaki sebagaimana firmany-Nya yang bermaksud:

“JANGANLAH KAMU TERLALU LUNAK DALAM BERBICARA sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (al-Ahzab: 32)




PENDAPAT KEEMPAT-EMPAT MAZHAB


Dan menurut pendapat keempat-empat mazhab:

·         HANAFI : Seluruh tubuh badan wanita adalah aurat kecuali muka dan kedua tapak tangannya.

·         SYAFI'I (pendapat asalnya) & HANBALI : Seluruh tubuh badan wanita adalah aurat termasuk muka dan kedua tapak tangannya kecuali matanya (untuk melihat ketika berjalan)

·         MALIKI : Seluruh tubuh badan wanita adalah aurat kecuali muka dan tangannya; tapi kalau mukanya mampu menimbulkn fitnah (iaitu mampu menarik perhatian lelaki disebabkan kecantikannya), maka ianya juga WAJIB ditutup


Majoriti umat Islam di Malaysia pada hari ini mengikut pendapat mazhab HANAFI dalam hal ini. Tapi bagi saya (iaitu setelah saya menilai kesemua pendapat daripada keempat-empat imam), buat masa ini, saya berpendapat yang pendapat MALIKI adalah pendapat yang paling tepat kerana:

  • Saya tidak menemui dalil Al-Quran mahupun hadis yang mengatakan secara jelas bahawa wajah wanita adalah aurat (mungkin ada, cuma saya yang belum jumpa).

  • Saya tak nampk di manakah keperluan bagi wanita yang dah tua atau (maaf cakap) perempuan yang tidak menarik perhatian lelaki (kerana kurang kecantikannya-maaf sekali lagi) untuk menutup wajah mereka (kerana kalau wajah pun aurat, pastinya setiap wanita tanpa mengira usia dan kecantikan parasnya WAJIB menutup wajahnya)
·        

ISLAM TIDAK MENDISKRIMINASI WANITA


Setelah membaca tulisan ini sehingga ke tahap ini, mungkin ada yang akan berkata Islam adalah sebuah agama yang kejam, susah dan bersikap tidak adil kerana telah mengenakan kod-kod pakaian yang sangat ketat kepada wanita.


Sebenarnya, tidak. Akal yang sejahtera tidak akan berkata begitu kerana hakikatnya, Allah telah memuliakan kedudukan wanita berbanding lelaki dengan menjadikan anda sebagai makhluk-Nya yang sangat cantik dan indah sehinggakan Allah mengkiaskan kaum wanita dengan perkataan “PERHIASAN” kerana memang itulah haikakatnya; seluruh tubuh wanita ialah perhiasan sebagaimana firmanNya yang bermaksud,

“…dan janganlah mereka memperlihatkan PERHIASAN TUBUH mereka kecuali yang zahir daripadanya…” [24:31]


Dan selayaknya sesuatu perhiasan itu ditutup dengan rapi, dijaga daripada diusik mahupun dipandang oleh orang lain khususnya lelaki. Maka, para ahli tafsir al-Quran dalam mentafsirkan ayat ini berpendapat bahawa kalimah “PERHIASAN” yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah keseluruhan tubuh wanita; manakalaa tentang maksud ayat “KECUALI YANG ZAHIR DARIPADANYA”, mereka berkhilaf pendapat:

                    i.            Sebahagian daripada mereka berpendapat ianya bermaksud WAJAH dan KEDUA TAPAK TANGAN tangan kerana adanya keperluan untuk mendedahkannya.

                  ii.            Manakala sebahagian yang lain berpendapat bahawa ianya bererti mana-mana bahagian tubuh wanita yang TERDEDAH SECARA TIDAK SENGAJA seperti ketika ditiup angin dan sebagainya (ketika darurat)


Dan saya cenderung kepada pendapat yang pertengahan antara kedua-duanya iaitu seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali muka dan kedua tapak tangan. Namun, seandainya pendedahan kedua-duanya (muka dan tangan) mampu menjadi sebab fitnah iaitu boleh menarik perhatian lelaki, maka WAJIB lah ia ditutup (ini adalah pendapat Imam Malik).


Dan mungkin ada juga yang bertanya, kenapa lelaki tidak diberikan "kesusahan dalam berpakaian" seperti kaum wanita? Jawapannya ialah:
  • Kerana lelaki TIDAK CANTIK seperti wanita.

  • Kerana kalaupun lelaki itu melakukan sesuatu atau berpakaian dengan pakaian yang boleh menarik perhatian kaum wanita (seperti memakai baju yang berwarna terang), pakaian tersebut tidak akan membawa sebarang KEMUDARATAN kepada dirinya (jarang kita dengar kes wanita nak merogol lelaki melainka kisah Zaulaikha dan Nabi Yusuf a.s. di dalam Al-Quran).

  • Berbanding jika wanita memakai pakaian yang menarik perhatian lelaki, kebarangkalian untuk dirinya diganggu atau (yang lebih teruk lagiDIROGOL adalah lebih tinggi.



ADAKAH FASHION HARAM DI SISI ISLAM?


TIDAK, pada DASARNYA Islam tidak mengharamkan fashion selagi mana ianya menepati ciri-ciri yang berikut:

  • Pakaiannya WAJIB MENUTUP KESELURUH ANGGOTA BADANNYA (kecuali bahagian-bahagian tertentu yang dibenarkan terdedah seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini).

  • Pakaiannya mestilah diperbuat daripada bahan (kain) yang TEBAL DAN TIDAK NIPIS iaitu yang tidak menampakkan bentuk badan.

  • Pakaiannya mestilah LONGGAR DAN TIDAK KETAT.

  • Pakaiannya TIDAK BOLEH MENCOLOK MATA iaitu tidak memakai pakaian yang boleh menarik perhatian orang ramai kepadanya seperti warna yang terlalu terang, bermanik-manik atau corak yang pelbagai (yang melamapui kebiasaan).

  • Dia TIDAK BOLEH MEMAKAI WANGI-WANGIAN kerana ianya boleh menarik perhatian kaum lelaki kepadanya.

  • Pakaian tersebut TIDAK MENYERUPAI LELAKI ATAU MEMAKAI PAKAIAN LELAKI kerana hal ini jelas ditegah di dalam hadis-hadis Rasulullah yang lain (tidak disebut di dalam perbahasan ini).



AKHIR KALAM


Sekarang, telah jelaslah kepada kita bahawa kedudukan pakaian yang sering digayakan oleh sebahagian besar muslimah pada hari ini pada hakikatnya telah TERSIMPANG JAUH dari kehendak syara’. Maka, seharusnya kita kembali kepada Al-Quran dan Sunnah kerana pengabaian daripada mematuhi suruhan-Nya ternyata telah mengakibatkan pelbagai kemudaratan kepada umat manusia seperti berleluasanya kejadian rogol, zina dan buang anak.


Manakala jika terdapat man-mana insan yang membaca tulisan ini dari kalangan mereka yang turut sama mempelajari ilmu Syariah sama ada dalam Bahasa Arab, Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Melayu; seruan saya,  marilah kita sama-sama mengamalkan syariat Allah dengan sebenar-benarnya.


Apa gunanya kita mempelajari ilmu Islam daripada perspektif empat mazhab, tapi kita tidak mengamalkannya? Dan apalah juga gunanya jika kita berjaya mendapat keputusan yang CEMERLANG di dalam peperiksaan sedang hakikatnya kita hanyalah seorang insan yang GAGAL di sisi Tuhan?


Maka, jadilah kita insan yang rugi di dunia dan di akhirat; rugi di dunia kerana tidak beramal dengan ilmu yang ada dan rugi di akhirat kerana akan didakwa kembali oleh ilmu yang kita pelajari di Mahkamah Allah di Padang Mahsyar (kerana tidak beramal walhal telah tahu hukum halal dan haram dengan pengetahuan yang terang lagi bersuluh!).


Saya akhiri tulisan saya dengan kata-kata Ustazah Ni’mat Sidqi iaitu ulama wanita Mesir pada tahun 1930-an,

“Kaum wanita laksana srikandi negara. Jika mereka siuman, makmurlah negara. Andaikata mereka runtuh, hancurlah negara.”



p/s: Perbetulkan niat…pakai tudung bukan untuk bagi nampak cantik supaya dapat menarik perhatian lelaki…tapi pakai tudung untuk melindungi diri daripada menarik perhatian lelaki…

Share your Blog with Others... =]