1. WUDHU’
Sesungguhnya umatku datang pada hari khiamat dalam keadaan bersinar-sinar daripada kesan wudu’. Sesiapa yan berupaya untuk melebihkan basuhan wudhu’nya, maka lakukanlah. [HR Al-Bukhari & Muslim]
Tidak seorang pun daripada kamu yang berwudhu’ dan melebihkan basuhannya kemudian berdoa, “aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba Allah dan utusan-Nya” melainkan dibukakan untuknya lapan pintu syurga, dia boleh memasukinya melalui pintu yang dia kehendaki. [HR Muslim]
Tidaklah seorang Muslim yang berwudhu’ dengan cara yang baik, lalu mendirikan solat dua rakaat sambil melakukan kedua-dua perbuatan ini dengan hati yang khusyu’ dan perwatakan merendah diri, melainkan wajib baginya syurga. [HR Muslim]
2. PERJALANAN KE MASJID
Sesiapa yang bersuci di rumahnya kemudian berangkat ke rumah Allah untuk menunaikan salah satu kewajiban dari Allah (solat), nescaya setip satu langkahnya akan menghapuskan satu kesalahan dan yang lainnya akan mengangkat satu darjat. [HR Muslim]
Berilah khabar gembira kepada mereka yang berjalan di dalam gelap menuju ke masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari khiamat. [HR Abu Daud & Al-Tirmizi]
Sesiapa yang keluar ke masjid pada waktu pagi atau petang, Allah sediakan kepadanya si syurga tempat berteduh pada setiap kali dia keluar. [HR Al-Bukhari & Muslim]
3. I’TIKAF DI MASJID
Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla member jaminan kepada orang yang menjadikan masjid seperti rumahnya akan keamanana dan melepasi titian sirath pada hari khiamat. [HR Al-Bazzar]
4. SOLAT JAMA’AH
Solat berjama’ah lebih afdhal daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat. [HR Al-Bukhari & Muslim]
5. BERDOA
Doa tidak ditolak antara waktu azan dan iqamat. [HR Abu Daud & Al-Tirmizi]
Sesiapa yang berkata (berdoa) selepas mendengar azan, “Ya Allah, Tuhan bagi seruan (tauhid) ini yang sempurna dan soalt yang didirikan, berikanlah kepada Muhammad kedudukan dan kelebihan yang tinggi dan tempatkanlah dia di tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan” maka dia berhak mendapat syafa’atku pada hari khiamat. [HR Al-Bukhari]
6. MENANTI UNTUK BERSOLAT
Seseorang hamba berterusan mendapat ganjaran (pahala) solat selama mana dia berada di tempat solatnya (menanti untuk menunaikan solat). [HR Muslim]
7. SOLAT PADA AWAL WAKTU
Sesungguhnya Rabb kalian berfirman: “Sesiapa yang bersolat pada waktunya dan menjaganya serta tidak melalaikannya karena menganggap remeh kedudukannya maka baginya ada janji dari-Ku untuk Aku masukkan ke dalam surga.” [HR Ahmad]
8. SOLAT-SOLAT SUNAT
Dua raka’at sebelum solat Subuh adalah lebih baik daripada dunia dan segala apa yang ada padanya. [HR Muslim]
Sesiapa yang memelihara empat raka’at sebelum solat Zohor dan empat raka’at selepasnya, Allah mengharamkannya daripada api neraka. [HR Abu Daud & Al-Tirmizi]
Allah merahmati orang yang solat sunat empat raka’at sebelum solat ‘Asar. [HR Abu Daud & Al-Tirmizi]
9. SOLAT ‘ISYA’ & SUBUH BERJAMA’AH
Sesiapa yang menunaikan solat ‘Isya’ berjama’ah, dia mendapat ganjaran seolah-olah dia melakukan qiamullail separuh malam, dan sesiapa yang solat Subuh berjama’ah, dia mendapat ganjaran seolah-olah dia melakukan qiamullail sepanjang malam. [HR Muslim]
10. ZIKIR SELEPAS SOLAT SUBUH & SOLAT MAGHRIB
Apabila engkau selesai menunaikan solat Subuh, maka katakanlah sebelum engkau berbual, “Allahumma ajirni minannar (Ya Allah, lindungilah aku daripada api neraka)” sebanyak tujuh kali. Jika engkau mati pada hari itu, Allah akan menetapkan bahawa engkau terlindung daripada api neraka. Apabila engkau selesai solat Maghrib, maka katakanlah sebelum engkau berbual, “Allahumma ajirni minannar (Ya Allah, lindungilah aku daripada api neraka)” sebanyak tujuh kali. Jika engkau mati pada hari itu, Allah akan menetapkan bahawa engkau terlindung daripada api neraka. [HR Abu Daud & Al-Nasa’i]
11. MEMBACA AYAT KURSI SELEPAS SOLAT
Sesiapa yang membaca ayat Kursi sesudah setiap kali solat, tidak ada yang dapat menegahnya daripada memasuki syurga sehinggalah dia mati. [HR Al-Nasa’i & Al-Tabrani]
12. ZIKIR-ZIKIR HARIAN
Tidak mampukah salah seorang diantara kalian meraih seribu kebaikan dalam sehari?, Maka berkatalah salah seorang sahabat, “bagaimanakah salah seorang diantara kita meraih seribu kebaikan dalam sehari? Beliau bersabda, “Ucapkan tasbih Subhanallahi wa bihamdih seratus kali, niscaya akan dicatat baginya seribu kebaikan dan dihapus baginya seribu keburukan. [HR. Muslim]
Ada dua kalimat yang ringan (diucapkan) oleh lisan tetapi berat dalam timbangan di sisi Allah: Subhanallahi wa bihamdih subhanallahi al azhiim. [HR Al-Bukhari]
Subhanallah wal hamdulillah walaa ilaaha illallah wallahu akbar adalah kalimat yang dengan membacanya akan ditanamkan bagimu sebatang pohon dalam syurga. [HR Ibnu Majah]
13. SELAWAT KE ATAS NABI
Siapa yang (membaca) shalawat kepadaku sekali saja maka Allah akan bershalawat (merahmatinya) sepuluh kali. Dan dihapuskan baginya sepuluh kesalahan serta diangkat untuknya sepuluh darjat. [HR An-Nasa’i]
14. QIAMULLAIL
Hendaklah kalian melakukan qiyamul lail karena hal tersebut merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dapat menghapuskan dosa serta kesalahan dan dapat menyingkirkan penyakit dari badan. [HR. Tirmidzi]
BID’AH DI DALAM MENGERJAKAN AMALAN SUNAT?
Antara perkara yang dianggap ulamak sebagi bid'ah ialah menambah dalam perkara sunat yang ditentukan seperti: Hadis menyuruh bertasbih 33 kali selepas setiap sembahyang, lalu dia bertasbih 100 kali. Sebahagian ulama’ menganggapnya sebagai bid'ah yang haram kerana bersandarkan bahawa nas telah menetapkan bilangan tersebut, maka tidak harus melebihinya.
Tetapi ada sebahagian ulama’ lagi yang mengatakan bahawa menambah dalam perkara kebaikan tidak boleh ditegah. Mereka berdalilkan sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:
"Sesiapa yang berkata di waktu pagi dan petang: "Subhanallah wa bihamdih" seratus kali, tidak ada seorangpun yang datang pada hari Kiamat lebih baik dari beliau melainkan seseorang yang berkata sepertinya atau lebih dari itu". [HR Muslim]
Mereka mengatakan ini adalah galakan dari Rasulullah saw untuk menambah dari bilangan tersebut.
Manakala saya pula cenderung kepada pendapat yang pertengahan antara kedua-duanya iaitu:
1. Berlebih-lebihan di dalam melakukan amalan sunat tidak seharusnya dianggap sebagai bid’ah kerana hal ini turut disokong oleh beberapa hadis lain yang membenarkannya, sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa yang membuat dalam Islam satu sunnah yang baik, lalu diikut orang selepasnya, ditulis untuknya pahala orang yang beramal dengannya, tidak kurang sedikitpun dari pahala mereka. Sesiapa yang membuat dalam Islam satu sunnah yang jahat, lalu diikut orang selepasnya, ditulis ke atasnya dosa orang-orang yang melakukannya, tidak kurang sedikitpun dari dosa-dosa mereka".
[HR Muslim]
Para ulama’ yang berdalilkan hadis ini mengatakan bahawa perkara baharu kadang-kadang merupakan sunnah yang baik dan kadang-kadang merupakan bid'ah yang haram. Jika tidak bagaimanakah boleh wujud "sunnah yang baik", kalau kita menganggap semua perkara baharu adalah bid'ah walaupun mempunyai banyak kebaikan?
Walaupun hadis ini bersempena dengan mengorbankan tenaga pada jalan Allah, tetapi ia tidaklah bererti hanya dikhususkan untuknya sahaja, kerana pengajaran itu diambil dari lafaznya yang umum bukan dengan sebabnya yang khusus sebagaimana yang dinyatakan oleh para ulama’.
Kelompok ulama’ tersebut juga berdalilkan dengan sebuah hadis hasan (Hadis
yang rendah sedikit darjatnya dari hadis sahih) yang diriwayatkan daripada Rasulullah saw yang bermaksudnya,
"Sesiapa yang mencipta bid'ah sesat yang tidak diredhai Allah dan RasulNya, dia mendapat dosa orang yang melakukannya, tidak kurang sedikitpun dari dosa-dosa mereka". [HR Al-Tirmizi]
Mereka memandang bahawa sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bid'ah sesat yang tidak diredhai Allah dan Rasulnya", mengkhususkan jenis bid'ah yang haram, dan ini membayangkan bahawa di sana ada bid'ah lain yang termasuk dalam "sunnah yang baik”.
2. Namun begitu, memadailah dengan melakukan sekadar apa yang diperintahkan oleh Nabi s.a.w kerana apa yang dianjurkan oleh baginda s.a.w, itulah yang paling baik untuk dituruti kerana di dalam mentarbiyah para sahabat, baginda s.a.w sentiasa mengingatkan mereka supaya tidak berlebih-lebihan bagi mengelakkan perasaan jemu di dalam mengerjakan sesuatu amal soleh. Telah bersabda Nabi s.a.w yang bermaksud,
“Sesungguhnya agama adalah mudah. Tiada seorang pun yang berlebih-lebihan dalam agama melainkan dia dikalahkan. Perbetulkanlah, dekatkanlah dan bergembiralah. Bantulah diri kamu sendiri dengan beramal pada waktu selepas subuh, selepas gelincir matahari dan sebahagian malam.”
Di dalam kitab Fath al-Bari, telah dijelaskan maksud hadis ini iaitu:
· Berlebih-lebihan: Orang yang memeberatkan diri dengan amalan agama dan bersikap keras; dia akan lemah dan menghentikan amalannya.
· Perbetulkanlah: Melakukan dengan cara yang betul tanpa memberat-beratkan dan cuai dalam mengerjakannya. Manakala ahli bahasa mengatakan ertinya bersederhana dalam amalan.
· Dekatkanlah: Sekiranya tidak terdaya beramal dengan cara yang paling sempurna, maka lakukanlah sekadar menghampirinya.
· Bergembiralah: Bergembira dengan ganjaran daripada amalan yang berterusan walaupun sedikit sahaja yang dilakukan. Ertinya, tidak berkurangan ganjaran pahala amalan orang yang tidak berupaya untuk beramal dengan cara yang paling sempurna sekiranya ia tidak disengajakan.
· Bantulah diri: Memudahkan diri mengamalkan ibadat secara berterusan dengan melakukannya pada waktu yang sesuai bagi dirinya.
WalLahu a’lam…
p/s: Kalau tak dapat buat semua, jangan tinggalkan semua… =)
No comments:
Post a Comment