Pages

LIKE this Blog?? It's Up to You... MardhatilLah is Everything...=]

Thursday, February 3, 2011

HUKUM ONANI



Onani atau masturbation ialah perbuatan mengeluarkan airm mani dan memuaskan nafsu dengan tangan atau alat-alat tertentu. Tidak ada sebarang nas yang jelas mengharamkan onani, namun jumhur (majority) ulama mengharamkannya.


Antara ulama yang mengharamkan onani ialah Imam Malik dan Imam Syafi’i yang bersandarkan kepada firman Allah ta’ala yang bermaksud,

“Dan mereka yang menjaga kemaluan mereka kecuali kepada isteri mereka atau hamba sahaya mereka; maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian itu, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.” [Al-Mukminun:5-7]


Berdasarkan ayat ini, ajaran Islam mengizinkan seseorang melepaskan syahwatnya kepada isteri-isteri dan hamba-hamba perempuan. Selain daripada itu (termasuk onani), adalah tidak dibenarkan.


Walaubagaimanapun, Imam Ahmad bin Hanbal mempunyai pendapat yang berbeza. Onani menurut beliau termasuk dalam aspek mengeluarkan sesuatu yang berlebihan. Jadi, ia diharuskan dan tidak diharamkan. Pendapat ini turut disokong oleh Ibnu Hazm.


Imam Abu Hanifah pula mengharuskannya dalam dua keadaan iaitu:

                                i.   Jika dikhuatiri akan berzina.
                              ii.   Jika mereka yang tidak mampu berkahwin.


Justeru, Imam Abu Hanifah memberi beberapa kelonggaran berhubung onani. Walau bagaimanapun, apabila seseorang berasa terangsang untuk melakukan onani kerana sering kali melihat gambar dan video lucah, hukum haram adalah lebih sesuai baginya.


Terdapat juga pendapat yang mengaitkan onani dengan beberapa penyakit seperti buta, gangguan saraf, mudah lupa dan seumpamanya. Namun, pakar-pakar perubatan hari ini menolak pandangan-pandangan ini kerana bagi mereka, ianya tidak berasas sama sekali.


Walau bagaimanapun, Islam tidak melihat sesuatu hanya pada sudut fizikal; sebaliknya Islam mementingkan keheningan spiritual. Justeru, bagi mengawal gelora syahwat yang menyerang jiwa seseorang, Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan kita supaya berpuasa dari semasa ke semasa. Sabda Nabi s.a.w.,

“Wahai pemuda, sesiapa antara kamu yang berkemampuan, hendaklah dia berkahwin kerana perkahwinan dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin, hendaklah dia berpuasa karena puasa itu dapat menghalangnya (daripada berzina)” [Muttafaqun ‘alaih]


Di dalam hadits ini, baginda s.a.w tidak berkata, " Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin, hendaklah dia melakukanlah onani". Sebaliknya baginda s.a.w berkata, “Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin, hendaklah dia berpuasa karena puasa itu dapat menghalangnya (daripada berzina)”


Berdasarkan hadis ini, dapatlah disimpulkan bahawa pandangan jumhur ulama yang mengharamkan perbuatan onani adalah pendapat yang lebih rajih (tepat). Namun begitu, kita masih menghormati pendapat Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Abu Hanifah yang mengharuskannya lebih-lebih lagi jika ianya berupaya untuk mencegah seseorang daripada melakukan dosa yang lebih besar (seperti zina).


Walau bagaimanapun, sebagai seorang mukmin, kita tidak seharusnya menjadikan khilaf ulama ini untuk memilih pendapat yang paling mudah dan mengikut kehendak nafsu semata-mata. Sebaliknya, kita perlu berusaha untuk meneguhkan keimanan dan sentiasa menjauhi perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina.


WalLahu a’lam.


Sumber: Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden (ms 147-148) tulisan Dr Danial Zainal Abidin (dengan beberapa penambahbaikan daripada penulis).

4 comments:

  1. baru thu ad jgok harus..
    emm,., brtambah ilmu..

    ReplyDelete
  2. SELIPAR JEPUNG

    HARUS ertinya kebenaran yg diberikan slepas hukum asalnya adalah HARAM..

    so,hukum asalnya still haram k..darurat ja jadi harus (ni pun juz pndpt minoriti)..majoriti ulama still hukumnya sbg HARAM

    WalLahu a'lam...

    =]

    ReplyDelete
  3. ohhhh...pehe2..
    kite ambk mazhab syafi'e kan haram..
    raseny darurat tu mksud ye klu xwat kita mati..
    jdnye xdok sbb la nk wat onani....huhu
    ke gane ustak...:)

    ReplyDelete
  4. SELIPAR JEPUNG:

    x smestinya mati..bleh jugak utk elak kemudaratan y lbih besar

    walLahu a'lam..

    ReplyDelete

Share your Blog with Others... =]