Pertemuan Mustafa Davis dengan Usama Canon seumpama bukan sebuah kebetulan semata-mata kerana dari pertemuan yang serba kebetulan itulah yang mejadikan Mustafa seorang Muslim. Sekarang, sudah lima belas tahun Davis menjadi Muslim dan peristiwa “kebetulan” itu tak pernah dia lupakan.
Davis secara tak sengaja bertegur sapa dengan Usama lima belas tahun lalu saat menuju ke kuliahnya. Selanjutnya, mereka bertemu di kelas Bahasa Sepanyol kerana mereka sama-sama mengambil kelas bahasa itu dan kerap duduk bersebelahan di dalam kelas.
Kemudiannya, mereka menyedari bahawa mereka sama-sama meminati muzik dan seni. Maka, Davis dan Usama (yang juga tahu bermain pianao) kadang-kadang menyelinap ke dewan auditorium kerana ada piano di sana. Di sana, mereka menghabiskan waktu berjam-jam bermain alat muzik dan kadang kala diselangi perbincangan agama. Hal itu mereka lakukan hampir setiap hari selama satu semester mereka di kuliah.
Pada suatu hari, ketika sedang menikmati sushi di restoran Jepun berdekatan kampus, Davis menceritakan kisah hidupnya kepada Canon yang agak kacau-bilau dan menyatakan keinginannya untuk kembali ke jalan yang benar. Ketika itu, Davis tinggal seorang diri di San Jose; malam bekerja, siang ke kuliah. Davis merasakan yang masa silamnya selalu menjadi beban dan menghantui hidupnya. Dengan itu, dia mula berfikir untuk kembali ke gereja kerana dia percaya yang segala masalahnya akan dapat diatasi jika dia kembali menjalani kehidupan beragama.
“Saya memberitahu kepada Usama bahawa saya sedang mempertimbangkan untuk kembali menganut agama Katolik untuk memperbaiki hidup saya. Usama lalu bertanya sama ada saya pernah berfikir tentang agama Islam; dan saya jawab, ‘tidak pernah’ kerana saya berasa Islam adalah agama orang Arab atau agama orang kulit hitam. Saya juga beranggapan bahawa orang-orang Islam yang saya jumpa adalah orang-orang munafiq (hipokrit) kerana saya tidak pernah melihat orang Islam yang menjalankan agamanya dengan baik,” kata Davis.
Usama kemudiannya menceritakan tentang abangnya, Anas Canon yang memeluk agama Islam tak lama selepas dia aktif dalam organisasi Nation of Islam. Usama mengatakan yang agama Islam bukan hanya untuk orang Arab dan menurut pengetahuaannya, Islam adalah agama yang universal; meskipun Usama sendiri belum memeluk Islam pada saat itu.
Dalam perbincangan itu, Usama juga bertanya sama ada Davis tahu tentang Nabi Muhammad s.a.w., dan Davis menjawab yang dia hanya mengenali susuk Elijah Muhammad. Usama lalu menjelaskan bahawa Muhammad yang dia maksudkan berbeza dengan Muhammad yang Davis kenali. Pada saat itu, Davis berusaha menghindarkan dirinya daripada berbicara banyak soal agama. Lebih-lebih lagi apabila dia tahu yang Muhammad itu berasal Arab. Lantas, Davis berasakan yang Islam bukanlah untuknya. Perbincangan pada hari itu pun berakhir di situ begitu saja
SURAH MARYAM MEMBUATKAN DAVIS MENGGIGIL
Pada satu malam, setelah bekerja, Davis ke kedai buku untuk membeli Bible. Dia melalui rak berisi buku-buku falsafah dari timur dan melihat sebuah buku bersampul hijau bertuliskan “MUHAMMAD” dengan huruf-huruf yang berwarna keemasan. Dia berhenti dan berfikir sejenak, lalu mengambil buku itu. Judul lengkap buku itu ialah "MUHAMMAD – His Life Based On The Earliest Sources" yang ditulis oleh Martin Lings.
“Yang menarik perhatian saya ialaha perkataan ‘earliest sources’ yang terdapat pada tajuk buku itu. Saya pergi ke kedai itu untuk membeli Bible dan saya tahu ada perdebatan teologi tentang kesalahan-kesalahan yang ada dalam Bible yang turut mengganggu fikiran saya.
Maka, saya buka buku ‘MUHAMMAD’ itu. Meskipun sukar untuk saya menyebut nama-nama Arab yang terdapat di dalamnya, saya berusaha membaca beberapa baris isi buku itu. Empat atau lima baris kalimat yang saya baca ada tertulis perkataan ‘Quran’ beberapa kali. Namun, nama-nama Arab yang say abaca semakin membuatkan saya menyangka yang Islam adalah agama orang Arab dan bukan agama yang saya inginkan dalam hidup saya. Saya pun meletakkan buku itu kembali," kata Davis.
Tapi, saat dia berjalan meninggalkan rak buku itu, huruf keemasan bertuliskan "MUHMMAD" muncul kembali di kelopak matanya dan membuatkan Davis kembali ke rak buku tadi. Kali ini, Davis memerhatikan buku berjudul "The Quran". Dia ingin mengabaikan buku itu, tapi dia ingat perkataan "Quran" ada disebut beberapa kali di dalam buku Martin Lings yang baru dia baca sebentar tadi. Davis akhirnya mengambil buku "The Quran" dan membukanya; dan kebetulan yang dia buka adalah halaman pertama Surah Maryam.
Davis membaca terjemahan surah itu dari awal sampai akhir. Saat membaca isi surah Maryam yang menceritakan kelahiran Nabi Isa, Davis merasakan tubuhnya panas dingin. Ia tidak menyangka Muslim juga meyakini keajaiban dalam kelahiran "Jesus" yang diyakini dalam agama Davis, namun Muslim tidak meyakini Jesus sebagai anak dari Tuhan seperti keyakinan umat Kristian. Selama ini, meskipun menganut agama Katolik, Davis menganggap ajaran bahawa Tuhan mempunyai anak lelaki adalah sungguh tidak masuk akal.
Tanpa tahu apa sebabnya, Davis menangis teresak-esak di kedai buku itu saat membaca Al-Quran yang dipegangnya. Dia kemudiannya memutuskan untuk membeli Al-Quran itu agar dia dapat membaca lebih banyak tentang apa yang diyakini oleh kaum Muslimin.
"Dalam keadaan perasaan yang penuh emosi, saya benar-benar terlupa untuk membeli Bible dan meninggalkan kedai buku itu," kata Davis.
KEJADIAN ANEH DALAM SEHARI
Setelah membeli Al-Quran, keesokan harinya, Davis ke kampus. Dalam perjalanan ke sana, dia melalui sebuah kedai kecil milik seorang lelaki Senegal yang menjual kraf tangan dan dompet dari Afrika. Davis tertarik melihat dompet-dompet itu sebelum lelaki Senegal itu menyapanya, “Hello sahabat, apa khabar?” Davis menjawab, “Sihat, terima kasih.”
Davis bercerita lagi, lelaki Senegal itu lalu merenungnya, tersenyum dan melontarkan pertanyaan yang membuatkan Davis kaget. “Sahabat, adakah kamu seorang Muslim? Kamu seperti seorang Muslim,” tanya lelaki Senegal itu.
Davis tersentak. Selama ini, tidak pernah ada sesiapa pun yang menganggapnya sebagai seorang Muslim. Dan malam tadi, dia baru saja membeli Al-Quran. Davis menjawab bahawa dia bukan seorang Muslim, tapi semalam dia baru saja membeli Al-Quran.
Mendengar jawapan Davis, lelaki Senegal itu keluar dari kedai kecilnya dan memeluk Davis dan terus berkata yang dia gembira mendengar pengakuan Davis dan itu adalah petanda dari Allah untuk Davis. Nama lelaki Senegal itu adalah Khadim.
Kemudian, Khadim sempat pula meminta tolong Davis untuk menjaga kedainya sementara dia berwudhu’ dan menunaikan solat. Khadam memberitahu Davis yang seorang Muslim wajib menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Maka, Davis pun menyatakan yang dia sudi membantu Khadim. Khadim kemudiannya menunjukkan tempat simpanan wangnya, harga barang-barang jualannya pada Davis, lalu pergi menunaikan solat.
Selama lebih kurang setengah jam Davis menjaga kedai Khadim, dia tak berhenti berfikir, “Siapa lelaki ini? Dia meninggalkan wang kepada aku sedangkan aku boleh pergi dan membawa wangnya kerana dia tidak akan mampu menangkap aku.” Davis hairan, mengapa Khadim tidak berasa khuatir untuk memberikan kepercayaannya kepada orang asing.
Khadim kembali dari solat dan Davis melihat wajah Khadim seakan-akan bersinar. Dia memeluk Davis dan mengucapkan terima kasih. Davis kemudiannya meneruskan perjalannya menuju kampus. Setibanya di sana, Davis sekali lagi kaget apabila seorang mahasiswa dari Pakistan menyapanya dan mengucapkan salam, lalu bertanya kepada Davis, “Adakah kamu seorang Muslim?” Ini adalah pertanyaan kedua dalam sehari kepada Davis.
Davis menjawab yang dia bukan seorang Muslim dan bertanyakan kembali kenapa mahasiswa Pakistan itu bertanyakan soalan itu. Mahasiswa Pakistan itu hanya berkata, “Saya tidak tahu. Anda kelihatan seperti seorang Muslim.”
Kejadian ini membuatkan Davis tertanya-tanya. Davis memberitahu mahasiswa Pakistan itu yang dirinya sekarang sedang membaca Al-Quran. Mahasiswa Pakistan itu sangat gembira mendengar apa yang dikatakan oleh Davis dan bertanya adakah Davis pernah ke masjid? Davis berterus-terang yang dia belum pernah ke masjid. Davis kemudiaannya menerima ajakan mahasiswa Pakistan itu unutk ke masjid pada keesokan harinya. Mereka pun bertukar nombor telefon. Davis semakin teruja.
Pada petang Jumaat, mahasiswa Pakistan itu datang mengajak Davis ke rumahnya. Davis dijamu makanan dan mereka duduk di lantai. Meskipun seumur hidupnya dia belum pernah duduk di lantai untuk makan, Davis berasa tidak canggung sama sekali. Setelah makan, mereka berangkat ke masjid milik Muslim Community di Santa Barbara, California.
Setibanya di masjid, Davis disambut sekitar 40 orang jemaah masjid dengan senyuman dan jabatan tangan. Davis diajak duduk bersama, membentuk bulatan kecil. Seorang lelaki bertanya adakah Davis tahu tentang Islam? Davis pun menceritakan kejadian bagaimana dia sampai membeli Al-Quran dan mula membaca isinya.
Davis ditanya lagi, adakah dia percaya kepada Nabi Muhammad? Tanpa sebarang keraguan, Davis menjawab "Ya". Seterusnya, Davis ditanya, sama ada dia percaya yang Jesus adalah anak Tuhan? Davis menjawab "Tidak", tapi percaya bahawa Jesus adalah seorang nabi. Masih banyak pertanyaan lain yang diajukan kepada Davis, bermula dari adakah dia percaya kepada malaikat, ayat suci Al-Quran dan hari Kiamat; dan Davis menjawab yang dia meyakini semuanya.
Lelaki yang bertanya itu lalu berkata, "Itulah yang diyakini kaum Muslimin, jadi kamu (Davis) meyakini hal yang sama. Adakah suatu saat nanti kamu mahu menjadi seorang muslim?" Sekali lagi, tanpa ragu-ragu Davis menjawab "Ya".
BERSYAHADAT
Lelaki itulah yang akhirnya membantunya mengucapkan dua kalimat syahadat pada hari ke-17 di bulan Ramadan tahun 1996.
Enam bulan setelah masuk Islam, Usama Canon menghubungi Davis dan bertanyakan tentang Islam. Kedua-duanya pergi makan malam dan membincangkan persoalan agama. Keesokan harinya, Davis mengajak Canon ke masjid dan Canon pun mengucapkan syahadatain. Canon, orang pertama yang memperkenalkan Islam pada Davis; dan sebuah kehormatan bagi Davis hari itu mengajak Canon ke masjid. Akhirnya, Canon masuk Islam.
"Bukan ilmu teologi atau perdebatan agama yang membawa saya pada agama Islam. Tapi muzik, budaya, sahabat yang yang saya percaya dan seorang asing yang tersenyum pada saya. Yang peliknya, budaya Arab lah yang pertama kali membuatkan saya enggan mengambil tahu tentang Islam. Tapi sekarang, setelah menjadi muslim, saya berusaha meninggalkan budaya saya sendiri (budaya Amerika) dan cuba menerapkan budaya Arab. Setelah beberapa tahun, saya akhirnya kembali kepada akar budaya saya sebagai orang Amerika, sekaligus sebagai seorang Muslim," kata Davis.
Davis sekarang tinggal di San Francisco Bay Area. Dia bekerja sebagai juru gambar dan pengarah. Tak berapa lama selepas itu, ketika berjalan-jalan bersama Canon, Davis bertemu lagi dengan Khadim. Mereka sangat bahagia dan sempat bergambar bersama.
"Segala puji bagi Allah atas rahmatnya pada Islam," doa Davis.
napok ssinar je muka davis...
ReplyDeleteSELIPAR JEPUNG:
ReplyDelete2 ok lagi..tngok muka Canon,nampak maher zain..hehe
muka ke topi ye ustaz.. huhu
ReplyDeleteSELIPAR JEPUNG:
ReplyDeletestyle dia..hehe..