Pages

LIKE this Blog?? It's Up to You... MardhatilLah is Everything...=]

Saturday, February 12, 2011

Tak Berharta…Rupa Pun Tak Ada…


GAMBAR HIASAN: Seriously, ana memang tak ada apa-apa pun...ana cuma ada dua shuriken ni je...ni pun pinjam yang Naruto punya...uhuk2...

“Siapa lah nak kat ana ni akhi…dah la tak berharta…rupa pun tak ada…”


Begitu jawapannya saat aku mengajukan persoalan tentang jodoh dan pernikahan.

“Haha…enta…humble…down to earth…tak baik tau enta jawab macam tu…macam tak bersyukur…”


Dia sekadar tersenyum.

“Betul lah apa ana kata… Kan ke dalam Al-Quran Allah ada sebut…”


Kemudian, dia membaca ayat ke-26 dan 27 daripada Surah Al-Rahman bersama tafsirnya,
  
“Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. Dan kekal lah wajah Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan”


Tiba-tiba aku pula yang tersenyum. Teruja. Lalu, dia berkata,

“Cuba enta tengok ayat ni…cuba faham betul-betul… Hakikatnya akhi…kita ni tak ada apa-apa pun. Enta tengok handset ana…cantik kan? Tengok baju ana…cantikkan? Tengok muka enta yang handsome tu…

(ces…dalam betul kena perli!)

Tapi hakikatnya akhi…semua ni bukan milik kita…ana kata macam ni bukan lah sebab semua ni akan binasa macam yang Allah sebut dalam surah Al-Rahman tadi…tapi sebab memang itulah hakikatnya…kita tak pernah ada apa-apa pun…hatta roh kita ni pun milik Allah!”

Subhan Allah…terkesima aku.


“Habis tu, apa yang kita ada? Tak kan lah kita tak ada apa-apa kut?”

Soal aku.


“Tak, kita masih ada satu…Allah sebagai tempat mengadu…sebab tu Allah selalu suruh kita minta pada Dia…banyak berdoa pada Dia…sebab kita ni tak ada apa-apa pun. Tapi ramai manusia yang sombong…dia rasa dia dah ada segala-galanya. Bila dia kaya, atau pandai...dia mula berlagak dan tinggi diri...berdoa pun lebih kurang je…sebab dia ingat yang dia dah ada segala-galanya…hatta maksiat pun dia buat suka hati dia je…mungkin dia ingat dunia ni pun dia yang punya!”

Walna’uzu bilLah…

Sedangkan segala kesenangan yang kita bangga-banggakan selama ni…semuanya bukan milik kita…tapi cuma pinjaman Allah buat kita…untuk menguji kesyukuran kita kepada Allah ta’ala.”


Kemudian, dia membaca sebahagian ayat ke-40 daripada surah Al-Naml bersama tafsirnya,

“…berkatalah dia (Nabi Sulaiman a.s): "Ini adalah dari kelebihan (limpah kurnia) Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku (akan) bersyukur atau aku (akan) kufur; dan barangsiapa yang bersyukur, sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri (iaitu faedah kesyukurannya itu hanyalah untuk manfaat dirinya sendiri), dan barangsiapa yang kufur, maka (tidaklah menjadi hal kepada Allah kerana) Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".

Sodaq Allah al-‘Azim.


“Kalau kita tengok orang hari ni…dia berasa sangat bangga dengan apa yang dia ada. Kalau kita tengok orang perempuan…oleh kerana Allah jadikan diorang cantik, maka diorang rasa sangat bangga…sebab tu diorang selalu upload gambar-gambar diorang dalam FB…lepas tu, bila orang puji, bertambah-tambah la kembangnya…kalau yang berlapik sikit…dia jawab ‘terima kasih’ atau ‘alhamdulilLah’…walhal apa yang dia buat tu pun dah bertentangan dengan ajaran Islam…

Atau mungkin juga sebab diorang terlupa…yang kecantikan diorang tu cuma untuk menguji sama ada diorang mahu bersyukur ataupun kufur…tapi, malangnya…ramai yang memilih jalan kufur…”


Dan kami meneruskan perbualan sehinggalah bilal melaungkan azan. Dan sejak dari itu, ada satu perkataan yang selalu bermain di mindaku,

“Dah la tak berharta…rupa pun tak ada…”

Subhan Allah…rupa-rupanya besar sekali makna perkataan ini bagi orang yang mahu berfikir dan sentiasa merenungi ayat-ayat Allah dan segala nikmat kurnian-Nya.


p/s: Malangnya menjadi orang yang takabbur (besar diri, riak, ujub, sum’ah dan yang setara dengannya) dengan kelebihan yang dikurniakan Allah…di dunia, rasa bangga…di akhirat, menderita sengsara…walna’uzu bilLahi min zalik…

1 comment:

Share your Blog with Others... =]