Pages

LIKE this Blog?? It's Up to You... MardhatilLah is Everything...=]

Tuesday, February 1, 2011

KAMI CUMA BERKAWAN, TAPI…



Dalam kesempatan ini, saya berusaha untuk mengingatkan diri saya sendiri akan beberapa kesalahan yang mungkin saya pernah lakukan atau akan saya lakukan pada masa hadapan (wal’iya zubilLah).


Mudah-mudahan, tulisan ini mampu mencegah diri saya daripada mengulangi kesalahan yang sama atau mengelak daripada melakukan kesalahan ini pada masa hadapan.


IKHTILAT


Sudah terlalu ramai orang yang memperkatakan isu ini. Tapi, tanpa kita sedari, perubahan zaman menyaksiakan hukum ikhtilat telah menjangkaui batas sempadan. Pada hari ini, ikhtilat boleh berlaku di mana-mana sahaja; baik di dunia sebenar, mahupun di alam maya.


Hakikatnya, tulisan ini bukanlah bertujuan untuk menghukum mana-mana pihak; tapi lebih sebagai peringatan kepada diri sendiri saat berseorangan bersama Allah di alam maya.


USTAZAH & USTAZ MUDA


Alhamdulillah, perubahan zaman juga menyaksikan kelahiran para pendakwah muda dari kalangan mahasiswa   (juga mahasiswi) dan pelajar. Golongan ini kelihatannya sedang menerajui medan dakwah siber. Malangnya, dalam keasyikan mereka (kita) berdakwah, kadang-kala ada beberapa aspek yang kita abaikan.


DAKWAH DI FB


Dalam kita membawa imej Islam, telah wujud sebahagian daripada kita yang bertudung labuh, berkopiah berserban, bernama Islam bertulisan Jawi, tapi masih juga becanda mesra dengan kaum mulimin @ muslimat yang berlainan jantina.


Dalam keasyikan berdakwah @ sekadar diskusi kosong yang tidak berhajatkan sebarang keperluan syar’i, kita sedang menjatuhkan maruah diri kita sendiri dengan melontarkan komen-komen seperti,

“hihihi…”

“ =p ”
“ahaks”
“>_< …thanx”



Dan sebagainya. Apa ertinya semua ini? Bukankah anda seorang pendakwah dari kalangan akhawat (atau sekurang-kurangnya membawa imej Islam pada nama dan pakaian), tapi kenapa anda masih boleh melontarkan senyuman dan bercanda mesra dengan lelaki di alam maya? (dan begitu jugalah sebaliknya bagi lelaki)


Atau kadang-kala, kita berchatting dengan kenalan lama atau classmate tanpa keperluan syar’i. Lupakah kita pada hadis Nabi s.a.w.,

لاَ يَخْلُوَنَّ أَحَدُكُمْ بِامْرَأَةٍ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ ثَالِثُهُمَا

“Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duaan dengan seorang wanita kerana sesungguhnya syaitan yang ketiganya.” (Shahih, HR. Ahmad dan lainnya dari ‘Umar bin Khaththab radhiyallahu ‘anhu)


Bukankah ketika berchatting dengan ajnabi tersebut, kita sedang berdua-duan dengannya? Ya, zaman sedang berubah; kerana itulah fiqh juga perlu berubah mengikut perkembangan zaman. Sedarilah bahawa ikhtilat dan khalwat dengan ajnabi pada hari ini boleh berlaku di mana-mana sahaja hatta di alam maya.


KONKLUSI


Ingin diingatkan sekali lagi yang saya tidak berniat mahu menghukum, tapi lebih kepada peringatan buat diri sendiri atau sesiapa yang mengenali diri saya agar anda dapat menegur saya jika saya ada melakukan kesalahan seperti ini pada masa hadapan.


WalLahu a’lam.


p/s: Juga ada yang bertudung labuh dan berniqab, tapi masih mampu tersenyum atau membuat jelingan menggoda pada profil pic?? Maaf andai ada yang terguris. Tegurlah saya andai saya tersalah.

6 comments:

  1. mmg kena atah pale, atah idung..
    kena blake..huhukk..

    ReplyDelete
  2. alhamdulilLah..kita pakat2 rasa sorang sikit..

    ReplyDelete
  3. adehh...
    tinggi kinayah dia.. hohoho

    ReplyDelete
  4. btol tu..! bru je buat td..emm.. trma ksh ats nasihat+teguran..

    ReplyDelete

Share your Blog with Others... =]