Pages

LIKE this Blog?? It's Up to You... MardhatilLah is Everything...=]

Monday, January 31, 2011

KITA BERSAUDARA, TAPI KAU BUKAN MAHRAMKU (Part 2)



Akhi…

Ketika antum mahu berdakwah kepada wanita, pada saat itu juga antum harus menjaga diri antum untuk jauh.. menjauh sejauh-jauhnya dari pintu fitnah!


Tidak ingatkah akhi bahawa para shahabat ketika ingin menimba ilmu kepada para isteri nabi, mereka lakukannya di sebalik tabir? Di balik tabir akhi…! Bukan melihat wajah-wajah wanita yang kau add di facebookmu itu!

Akhi…

Jangan kau anggap ini kaku. Kalau akhi tidak percaya. Silakan periksa sendiri. Demi Allah, silakan periksa sendiri para akhwat teman-teman lama antum ketika di SMKA dulu, termasuk di kampusmu yang kau add di FB-mu.


Berapa orang dalam kalangan mereka yang menerima nasihatmu dan mempraktikkannya di alam nyata?


Hingga para akhwat tersebut memakai hijabnya…
Menutupi wajahnya dari pandanganmu…
Meninggalkan maksiat-maksiat karena menerima nasihatmu..?


Atau akhwat-akhwat itu hanya katakan,

“Subhanallah akhi…,
bagus sekali nasihatnya….,
izin share ya….
tq tagkn sy..
Kenapa ana tak di-tag akhi…?
Jangan bosan menegur ana…”


Jangan terburu-buru kau biarkan hatimu berbunga-bunga dengan kata-kata di atas akhi, kerena

و خلق الإنسان ضعيفا

“Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah” (Q.S. An-Nisa’: 28)


Maka ingatlah bahawa jika akhwat itu boleh berkata-kata lembut kepadamu, padahal dia bukan isterimu, tentu dia pun akan bersikap demikian kepada lelaki-lelaki lain selain dirimu!

أفق يا فؤادي من غرامك واستمع … مقالة محزون عليك شفيق
علقت فتاة قلبها متعلق … بغيرك فاستوثقت غير وثيق

Sadarlah wahai hati dari panahan cintamu, dan dengarkanlah…Ucapan kesedihan dan kasihan kepadamu…(Kerana) engkau terpikat dengan gadis yang hatinya terpikat dengan selainmu!


Akhi….

Sebelum kau terpukau dengan gaya bahasa para akhwat itu, ingatlah bahwa  Nabi memberikan peringatan kepada kita

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء

“Aku tidak meninggalkan sepeninggalanku suatu fitnah yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki daripada wanita” [H.R Bukhari dan Muslim]


Akhi…

Adakah kau tidak merasakan kesedihan sebagaimana yang kurasakan? Akhi… Bagaimana mata ini tidak mengalir di saat kita membaca pesan istri Nabi, Aisyah, berkata,

لو أن رسول الله صلى الله عليه وسلم رأى ما أحدث النساء اليوم لنهاهن عن الخروج أو حرم عليهن الخروج

“Seandainya Rasulullah melihat apa yang diperbuat kaum wanita pada hari ini, nescaya baginda akan melarang mereka keluar rumah atau mengharamkan mereka keluar rumah” [lihat beserta sanadnya di  ذم الهوى , karya أبو الفرج عبد الرحمن بن أبي الحسن الجوزي, hal. 154][1]


Ya.. Allah, ‘afallahu ‘anhunna…


Akhi…


Bila Aisyah (radhiyallahu ‘anha) mengatakan demikian? Bila…? Bila…? Lebih dari seribu tahun yang lalu, akhi…pada saat Islam masih di puncak kejayaannya, pada saat para shahabat yang menerima pengajaran nabi secara langsung masih hidup.


Duhai Ibunda, Aisyah….
Kau katakan demikian…
di kala Nabi belum lama wafat meninggalkan dirimu…
di kala para shahabat terbaik masih hidup di antaramu..

Kau katakan demikian…
di kala para wanita masih tutupi dirinya dengan hijab kemuliaan

Aku tahu tak tahu apa yang akan kau katakan…
Jika kau hidup pada masa kami…
Di saat kami tenggelam dalam kotornya dunia…
Di saat manusia menghiasi dirinya dengan tipisnya rasa malu…
Di saat kaum wanita menjejakkan kakinya di taman larangan…

Maka, demikian pula engkau wahai saudariku muslimah! Jikalau tulisan ini sampai kepadamu, mengapa tidak kau katakan kepada kami, para lelaki, suatu ucapan yang akan kami berasa bangga mendengarnya jika kau ucapkan:

إليك عني! إليك عني! … فلست منك و لست مني


Jauhlah engkau dariku…! Jauhlah engkau dariku…!
Kerana aku bukan milikmu…
Dan kau pun bukan bahagian dariku…



Ya ukhti…
Mengapa mahu add, atau kau terima friend request dengan kaum lelaki, sedangkan dia bukan milikmu?

Belumkah kau ketahui tahu bahawa

إن الرجال الناظرين إلى النساء
مثل السباع تطوف باللحمان
إن لم تصن تلك اللحوم أسودها
أكلت بلا عوض و لا أثمان
Lelaki ketika melihat wanita…
Seperti bintang buas ketika melihat daging…
Jika daging-daging itu tidak disimpan dengan rapi…
Ia akan diratah tanpa sebarang bayaran ganti rugi dan tanpa harga…

Ya ukhti…
Belumkah sampai kepadamu pesan Nabi kita?

يا معشر النساء تصدقن وأكثرن الاستغفار فإني رأيتكن أكثر أهل النار


“Wahai kaum wanita, bersedekahlah kalian dan perbanyaklah istighfar! Sesungguhnya aku melihat kalian sebagai penghuni majoriti di neraka. (H.R. Muslim: 132)


Wahai ukhti…


Tidakkah kau ingat bahawa engkau pun diperintahkan untuk menahan pandanganmu?

وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن ويحفظن فروجهن ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها وليضربن بخمرهن على جيوبهن


“Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka! Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka! Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka!” (Q.S. An-Nuur: 31)



Akhi…


Kutuliskan risalah ini bagimu. Bukan kerana apa. Kau adalah saudaraku, Akhii fillah. Karena Allah Ta’ala, bukan Akhii fii nasab yang mengharamkan pernikahan dan menghalalkan hubungan mahram.



Akhii…


Sesungguhnya hati manusia ada di antara jari-jemari Ar Rahman. Maka beruntunglah orang yang dihadapkan hatinya pada ketaatan pada Allah Ta’ala. Sungguh benarlah doa yang Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam panjatkan,

“Allahumma musharrifal quluub, sharrif quluubanaa ‘alaa tha’atika”


(Ya Allah, Dzat Yang Memalingkan Hati, palingkan hati kami di atas ketaatan pada-Mu)



Akhii…


Sesungguhnya manusia diciptakan dalam keadaan lemah. Manusia, ya Akhii. Tak terkecuali. Lelaki mahupun wanita.



Tahukah kau wahai Akhi…


Penghulu kita, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam telah mengingatkan kita dalam sabdanya yang ertinya,

“Aku tidak meninggalkan fitnah yang lebih membahayakan kaum laki-laki daripada fitnah wanita.”



Dan agama kita yang mulia ini juga telah mengajarkan adab-adab bergaul dengan wanita. Bila kita menjejaki perjalanan salaful ummah, kita akan menemui betapa mereka menjaga adab-adab tersebut.



Maka tidak layak bagi kita untuk bermudah-mudah dalam bergaul dengan wanita. Janganlah bermain-main dengan kehormatan, ya Akhii. Allah Ta’ala selalu mengawasi kita di pada setiap saat, di mana jua kita berada. Sama ada dalam kamar yang tertutup rapat, ketika kau sedang asyik berSMS dengan wanita yang bukan mahrammu tanpa keperluan yang mendesak. Pastinya bukan untu kperkara yang membawa kemaslahatan jika hanya berkata,

 “Ap kbr, Ukhti? Bz ke skrng?”
“Chai yok!! ^_^”




Atau untuk sekadar mengirimkan nasihat. Tak kirala itu terjemah Al Qur’an, potongan hadits, atau perkataan ulama…tapi apa maksud yang ada dalam hatimu, ya Akhi?


Banyak teman-teman ikhwan (lelaki) yang lebih berhak kau beri perhatian dan nasihat. Na’am, perhatian dan nasihat yang murni, tanpa sebarang tujuan yang lain pun.


Tidak adakah akhawat yang mungkin berkata,

“Asif akhii, bukannya kami terlalu sombong untuk menerima nasihat darimu. Akan tetapi, bagi kami, cukuplah teman-teman solehah, tempat untuk kami berkongsi suka dan duka. Cukup bagi kami, para asatidz dan asatidzah yang berdakwah kepada kami. Cukuplah majlis-majlis ilmu dan buku-buku dari para ulama tempat kami mencari ilmu agama.”


Tahukah ya akhii…

Kadang-kala syaitan menghiasi keburukan sehingga kelihatan indah. Bahkan kadang-kala syaitan membuka sembilan puluh sembilan pintu kebaikan untuk menjerumuskan manusia kepada satu pintu keburukan.


Akhii…

Ibnu Taimiyah pernah berkata yang ertinya,

“Kesabaran Yusuf menghadapi rayuan isteri tuannya lebih sempurna daripada kesabaran beliau saat dimasukkan ke dalam perigi oleh saudara-saudaranya, saat dijual dan saat berpisah dengan bapanya; kerana hal-hal ini terjadi di luar kehendaknya, sehingga tidak ada pilihan lain bagi seorang hamba kecuali sabar menerima musibah.

Tapi kesabaran yang memang beliau kehendaki dan mampu dilakukan saat menghadapi rayuan isteri tuannya, kesabaran memerangi nafsu, jauh lebih sempurna dan utama, apalagi di sana banyak faktor yang sebenarnya mendorong untuk memenuhi rayuan itu, seperti keadaan beliau yang masih bujang dan muda, karena pemuda lebih mudah tergoda oleh rayuan.

Keadaan beliau yang terasing, jauh dari kampung halaman; dan orang yang jauh dari kampung halamannya tidak terlalu berasa malu. Keadaan beliau sebagai budak, dan seorang budak tidak terlalu peduli seperti halnya orang merdeka. Keadaan isteri tuannya yang cantik dan tehormat, tanpa ada seorang pun yang melihat tindakannya dan dia pula yang mahu untuk bercumbu dengan beliau.

Lebih-lebih lagi ada pula ancaman, seandainya tidak patuh, beliau akan dimasukkan ke dalam penjara dan dihina. Sekalipun begitu beliau tetap sabar dan lebih mementingkan apa yang ada di sisi Allah.”


Ya akhi…

Tidakkah kau ingin meneladani Yusuf ‘Alaihis Salam? Seorang pemuda yang menjaga iffah-nya yang dijanjikan mendapatkan perlindungan Allah Ta’ala di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada lagi naungan selain naungan-Nya.


Ya akhi…

Mungkin kau sudah pernah mendengar sebuah hadits dari Nawas Ibni Sam’an radiyyallahu anhu yang ertinya, “Aku bertanya kepada Rasulullah Shallallaahu ‘Alaihi wa Sallam tentang kebaikan dan kejahatan. Baginda bersabda:

“Kebaikan ialah akhlak yang baik dan kejahatan ialah sesuatu yang tercetus di dadamu dan engkau tidak suka bila orang lain mengetahuinya.”


Ya akhi…

Kebahagiaan sejati tidak akan diperoleh dengan cara yang haram. Percayalah itu. Cara ini hanya akan menimbulkan kesusahan dan kerusakan pada diri serta terbuangnya harta dengan sia-sia. Barangsiapa meninggalkan sesuatu karena Allah, niscaya Allah akan menggantinya dengan yang lebih baik darinya.


Terakhir ya akhi…

Saya akan nukilkan perkataan Salman Al Farisi radiyyallahu ‘anhu dari Ja’far bin Burqan yang ertinya,

“Ada tiga orang yang membuatku menangis dan tiga orang lagi membuatku tertawa. Aku tertawa melihat orang mengejar dunia sedangkan kematian telah mengintainya, orang berbuat lalai berbuat padahal dirinya tak pernah dilupakan, dan orang banyak tertawa, sedangkan ia tidak tahu apakah Allah murka ataukah ridha kepadanya.

Dan aku menangis karena kepergian orang-orang yang dicintai, iaitu kepergian Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dan pengikutnya, kedahsyatan yang sangat mengerikan saat berada di pintu kematian, dan saat berdiri di hadapan Rabb semesta alam, yaitu ketika aku tidak mengetahui apakah aku akan dikembalikan ke surga atau ke neraka.”


Kuharap risalah ini memperberat timbangan amal kebaikanku kelak. Pada hari di mana harta dan anak takkan berguna kecuali orang yang menghadap Allah Ta’ala dengan hati yang selamat.


Wallahul musta’an.

p/s: Jazak Allah atas kesabaran anda membaca entry yang panjang ini. Moga Allah menggerakkan hati saya dan hati anda unutk mengambil segala teguran dan nasihat yang baik yang terdapat di dalam entry ini.

6 comments:

  1. entry yg sgt bagus ustaz...

    ReplyDelete
  2. SELIPAR JEPUNG

    bukan tulisan ana...tp ada gak yg terkena batang hidung ana..hehe...bsama kita amik pengajaran n iktibar..moga kita boleh beramal..insya Allah..
    =]

    ReplyDelete
  3. klu ustaz trkena.. sy lg lah trkena.. huhu..
    bereh je.. byak2 kan lah wat entry gini ye..
    sgr mnfaat.. trimakaseh ustaz.. :)

    ReplyDelete
  4. SELIPAR JEPUNG:

    insya Allah..jzk Allah ats dao..sbb sy bukanlah sorg ustaz..=]

    ReplyDelete
  5. xpe.. kalo dah minat fiqh tuh..
    IAllah bakal ustaz.. ;)

    ReplyDelete
  6. SELIPAR JEPUNG:
    insya Allah..amiin ya Rabbal 'alamiin...

    =]

    ReplyDelete

Share your Blog with Others... =]