Pages

LIKE this Blog?? It's Up to You... MardhatilLah is Everything...=]

Tuesday, January 11, 2011

HIKMAH: Sebuah Pengakuan Bersalah



Assalamualaikum wbt.


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammd s.a.w., seluruh keluarga baginda, para sahabat baginda dan sesiapa saja yang mengikuti (agama) mereka sehingga akhir zaman.


Telah berfirman Allah ta’ala di dalam Al-Quran yang bermaksud,

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." [QS.16:125]

Maha benar firman Allah ta’ala kerana ternyata apabila salah wasilahnya (jalan atau caranya), akan timbul banyak kerosakan dan menghalang banyak kebaikan.


Maka, dengan ini, saya Husnul Fikri bin Ahmad selaku pemilik blog ini mengakui kesalahan saya, mengkui kejahilan saya dalam berdakwah, mengakui kedangkalan fikiran saya dalam mengukur kefahaman manusia terhadap pengetahuan agama, mengakui segala keterlanjuran saya dalam berkata-kata dan segala dosa dan kesilapan saya yang mungkin tidak terhitung dengan jari yang sepuluh.


Dan saya juga ingin meminta maaf kepada semua pihak yang teah diaibkan oleh saya (yang berpunca daripada kejahilan dan kedangkalan ilmu dan pengetahuan saya terhadap method dakwah) sama ada kepada individu mahupun organisasi-organisasi tertentu.


PRO & CONS


Maha Besar Allah Ta’ala. Benarlah bahawa Dia adalah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kerana begitu banyak sekali hikmah tersirat yang ditaqdirkan-Nya di sebalik setiap ketetapan-Nya yang tersurat.


Di pihak saya, saya telah mendapat sedikit sebanyak ilmu dan pengetahuan baru tentang method “dakwah berhikmah” berkat kehadiran beberapa orang wakil daripada UB.


Dan pada masa yang sama, apabila dijelaskan hukum hakam agama kepada para perwakilan UB ini, mereka juga mengakui bahawa mereka jahil tentang agama dan tidak mengetahui akan hukum hakam perbuatan mereka selama ini (ikhtilat iaitu percampuran lelaki dan wanita) dan meminta supaya saya menggunakan pendekatan menegur secara “directly” jika mereka ada melakukan kesalahan iaitu dengan bahasa yang lembut dan sopan (namun, masih perlu menilai situasi kerana bukan semua orang ada kefahaman agama dan boleh menerima teguran walaupun menggunakan bahasa yang baik).


Atau boleh jadi juga keaiban di pihak saya ini adalah satu kaffarah (pengampunan dosa) buat diri saya. Manakala keaiban buat pihak yang ditegur adalah lambang kasih sayang Allah kepada anda. Boleh jadi ini adalah teguran Allah kepada kedua-dua belah pihak:

·         Supaya saya lebih memahami keadaan masyarakat.
·         Supaya pihak yang ditegur tidak meringan-ringankan perintah Allah dan berusaha dengan lebih gigih untuk mendalami ilmu agama.


Akhir kata, saya berdoa semoga Allah sentiasa membuka hati kita ke arah kebenaran dan keindahan Islam.


walLahu a’lam…


“Negeri akhirat itu Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” [28:83]


p/s: Buat sesiapa yang pernah menggunakan kata-kata kesat kepada saya ketika memberikan sebarang komen atau ketika mengajak bersua muka dengan anda, saya telah memaafkan semua kesalahan anda. Dan semoga anda juga sudi memaafkan saya. Semoga kita dapat saling lengkap-melengkapi dan membudayakan amalan tegur-menegur dalam hidup kita…insya Allah.



45 comments:

  1. Noor Elridzuan (President of Nadi@watan ClubJanuary 11, 2011 at 4:14 PM

    Assalamualaikum...

    saya, President of Nadi@watan Club mewakili barisan kepimpinan n semua anggota Askar Wataniah UIAM khasnya, dan anggota-anggota Uniform Bodies, mengucapkan tahniah kepada saudara atas keberanian n kekuatan untuk menerima teguran-teguran daripada semua pihak.

    Dari pihak kami juga, kami mohon maaf atas segelintir dari anggota kami yg menggunakan ayat-ayat yg kurang enak didengar. Mungkin disebabkan semangat menjaga maruah UB yg telah ditanam dlm diri kami yg mendorong perbuatan berkenaan.

    Diharap saudara penulis teruslah menulis dlm bidang dakwah utk kebaikan bersama. Saya akui ada benarnya yg cuba disampaikan. Semoga bersama berolah redha n rahmat dari-Nya..

    Wassalamualaikum...

    ReplyDelete
  2. salam, thanks for the new post.. mmg betul ada pro n cons..but the main thing is it's settled la... teruskan memperbaiki diri anda dalam bidang dakwah n teruskan mendalami ilmu dakwah.. dunia ni mmrlukn pendakwah2 yg approachable to all...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.
    Mg berjaya =)

    Mood : Sunnah Berjuang by Nada Murni *cough *cough

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..kami semua teriam teguran anda tapi caranya x betul..tp bgus lh klu anda dh sdar..just 1 je sy mntak.dgn kami anggota UB anda tlh mmnta maaf tp bgaimana pula dgn jru2latih kami n barisan kepimpinan?btl anda menyatakn kpd semua yg berkaitan tp lg afdal rasanya anda bersemuka dgn mereka..mereka ialah guru kami dan klu anda berada di tmpt kami pstinya anda x suka org lain memburuk2kn guru anda..btl x??so tepuk dada tanya selera..
    wassalam.

    ReplyDelete
  5. manusia ....kita hanya hamba.....

    ReplyDelete
  6. bila nak post pasal principal salahuddin lak? post pasal BADMINTON COURT.. dah jadi harta dia dah... pas tu pasal student 3rd year xleh apply stiker kete sekali.. berani dan telus..

    ReplyDelete
  7. sy sokong salahuddin resident nyer statement....t'baek kuasa1000 laaaa...
    pasnie ble plak km bleh tgk post sal isu2 berbangkit nie......brani dan telus rite???

    ReplyDelete
  8. aku nmpk ko td kt aikol... aku bru nk wat 'salam perkenalan'... nsb baek ade mmber aku ckp ko dah mntk maaf dlm blog ko... kalo x nsb ko mmg kurg baek ar td... (cuak x???) hahaha...

    ReplyDelete
  9. Dah2...

    Semua benda pun dah berlaku...
    Moga kesilapan adik ni sedikit sebanyak membuka mata para penduduk salahudin betapa penting nyer iktilat (Pergaulan)

    Moga manusia2 dalam gambar tu dapat berubah Insyallah...

    p/s = jgn nak emo sgt la super senior haha

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum w.b.t...tahniah buat akhi husnul yang berani mengaku kesalahan dan meminta maaf..sama2 lah kita ambil pengajaran di atas apa yang berlaku. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan inilah hkmah yang kita tak sedar..
    saya tak cepat melatah dengan kata2 akhi disebabkan sebelum ni saya pernah berdepan dengan hal yang sebegini...
    Sedikit ilmu untuk perkongsian bersama..
    pabila kita melihat kemungkaran ataupun kepada kekhilafan seseorang dan kita rasa kita mampu untuk menegurnya maka tegurlah dan niatlah dengan baik bukan kerana kelebihan ilmu yang kita ada kerana ilmu yang kita ada ini hanyalah pinjaman semata2.. Bila2 masa Allah boleh menariknya ( Na'uzubillah ..Sebab saya pernah dan banyak kali ditegur oleh orang 'alim dan warak' ni..dan tak kurang yang memandang serong kepada saya..Namun, tak sesekali saya berdendam..Tapi percayalah anda bahawa orang 'alim dan warak' yang pernah menegur saya itu kini berkelakuan lagi teruk dari saya ketika itu..Bersama2 lah kita berdoa supaya kita sentiasa ditetapkan iman...wallahua'lam...

    ReplyDelete
  11. okey kebada kamo yang sudah meminta maaf.. aper aper ponnn belajar lah daripada kesilapan kamoo sendiri...jgn buat cam nih lagiii.. aper aper ponnnn kamu jgn pikir yang kamu sorang jer menuju ke jalan Allah ramai lagi yang menuju ke jalan ALLh.. kamo tader hak untuk menentukannn jalan yang diberi oleh jurulatih kami ini ke jalan neraka kerna Allah yang maha Esa yang akan menentukankannyer... kamu punyer jalan sendiri pon kami tak tahu kemana hala nyer okey?/
    jgnlah kerana kamu dah belajar ayat ayat quran kamu nak lemparkan atau kamu nak interprete nyer dengan cara kamuu sndiri....
    tapi aper aper ponnnn kamu sudah memnta maaf walaupon saya rasa kamo masih lagi menunujukkan rasa bangga ke atas diri kamo... hey bro dengan ini aku ingin merekemen kan kepada kamoo sila lah tukar mahallah... kerana anda tidak layak untuk tinggal di mahallah ini... sekiannn..

    ReplyDelete
  12. ha lagi satu aku bagi cadangan kepada kmo.. aepr kata kamooo join mana mana uniform bodies untuk kami merasa lebih mendalam kenikmatannya.. okey???
    jgn pandang serong pada kamii... sedangkan kami pon boleh jadi insan yang beriman mcam "kamo"..... tapi bukan extreme lhh macam kamo.. hh mmmmm okey???? haahhahaha

    ReplyDelete
  13. gua x emo laa... gua saje je nk provoke die... jgn marah ye... hehehe... nati kalo jmpe kt aikol tgur2 la k...

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah..semua dah settle... semoga masing2 mengambil iktibar atas segala yg terjadi... NOBODY's PERFECT kan....semoga tahun ini dan seterusnya akan menjadi lebih baik... selamat tahun baru....cina...
    sekian. wassalam. salam 1MALAYSIA. salam se"SALAHUDDIN". salam se"CHE'ED".

    buang yang keruh dan amek yg jernih....but brother,teruskan dakwah anda... ...tapi gunakan pendekatan yg disenangi oleh semua pihak plezzz...keep it up!!!! WALLAHUA'LAM.....

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah..telah berjumpa dgn pimpinan SUKSIS pg td..telah selesai urusan dgn mereka. Alhamdulillah mereka sudi maafkan saya.

    Noor Elridzuan (President of Nadi@watan Club)
    Saya hrp saudara RIDZUAN boleh sampaikn pmintaan maaf saya kpd suma anggota WATANIAH..tp jika dirasakan perlu utk saya jumpa dgn mereka suma secara berdepan..usulkan pd saya, insya Allah saya bersedia utk bertemu dan mengakui kesalahan saya...

    begitu juga kpd anggota PALAPES..saya hrp anda suma sudi maafkan saya.

    ReplyDelete
  17. hehe...saudara 'Ridzuan'...
    janggal pula dengar El dipanggil Ridzuan walaupun mmg nama beliau.

    ReplyDelete
  18. Anggota WATANIAH UIAM telahpn mengambil jln berlapang dada sejak sebelum post ini dikeluarkan lagi. pihak kepimpinan kelab juga ada membincangkan hal ini di dalam perjumpaan.

    post dari Nadi@watan sebelum ini juga adalah suara dari anggota pimpinan saya. Awal-awal lagi telah saya minta anggota-anggota saya supaya bertenang dgn isu ini.

    anonymous : kan sedap dipanggil Ridzuan sekali-sekala... maksudnya 'keredhaan'...hehehe

    ReplyDelete
  19. salam..kpada anon kat atas yg hot tuh..
    dah2 la nk gaduh lagi yer..
    rilek ah..penulis ni dah mntak maaf kan..
    nk mnde ag..maafkn jela..hohoho..xperlu la nk suh tukar blok..
    juz cool.. kui3..yg pnting sume slesai..
    pasni jupe tegur2 la ye..jgn duk agkat muke blake..hoho..wt cam biase je..manusia sume wt silap ork..bezanya sape yg sudi mnta mf & memaafkan..haha..betol ke ni..bereh..
    gane2 pon...أصلح نفسك، وادعوا غيرك..ok...
    syabas kpda penulis blog..truskan dakwah kamu..senyung sokmo:)

    ReplyDelete
  20. Salam..
    Kalo kita pikir balik kn,
    bgus gk mende ni jd.. byk hikmah..=)
    kita dpt tgk yg manusia ni mmg xsmpurna.. byk khilaf yg akn kita wat xkira kita ni sape.. so sbg satu community kita kne wat cmni la.. kalo ko salah aku tego, kalo aku salah ko tego.. kalo da tersalah cpt2 mntak maap n cpt memaapkan.. baru sume snang ati. bak kata watak2 animasi katun yg disiarkan di TV9(dihatiku) setiap ari jam 2.30ptg iaitu 'WonderPets'.. Apa yg penting?? "KERJAAAASAMA!!"
    kpd pengasas n penulis blog nebula(asal letak name ni?).. tahniah diatas keberanian anda berdakwah dan tahniah sekali lg kerana berani dan tanpa segan silu meminta maaf dan memaafkn..
    Beta kenal sebahagian yg mengutuk anda dan beta harap anda maafknlah dorg ye.. mngkin dorg taip tanpa pikiran yg rasional n dikawal nafsu ammarah yg mmbuak2.. All the best to you.. All the best to this blog(eventhough i don't know why he put nebula as the name).. All the best to all Dai'es.. and All the best to Salahuddin Community.. Tebang tebu amik airnya.. Batangnya kita buang.. pikir2kanlah...

    ReplyDelete
  21. salam...
    ahsan ya akh...coz berani wat pengakuan pg td...
    cdgn sy semoga hal spt ni xkan berulang lg....
    sy hrp kite sume ley fikir dulu b4 wat benda2 yg ley jd kontroversi cmni...mane2 hal yg rsnye xperlu expose kt sume, xperlu la ye...pentingkan yg penting drpd yg penting...kerana pentingkan yg penting, lebih penting dr pentingkan yg penting..haa...ni sy kongsi utk kite sume..dpt dr naqibah kt sekola dulu..hope de smthing ley share sesame...
    g satu..sy xbape suke carut2 ni...bukan pe, xsempat smpai kat langit da melantun blek kat diri sndiri...tu nasihat ustaz kat sekola dulu..huuu...
    khas wat husnul fikri...jgn takut da dgn kami UB ni...cuma maybe de side effect kat kamu..harasso? kami ok actually...pe yg tjadi tu sume tindakan reflect je...lek2 sudaa...
    wokey...wslm..

    ~volleyball player~

    ~_*

    ReplyDelete
  22. wooo...
    xperlu takut2...
    takut ke Allah sudah..hehee...
    senyung sokmo...:)

    ReplyDelete
  23. salam respect dari sy untuk pemilik blog.. hanya Allah sahaja yg mampu menilai niat ikhlas dan membalas usaha dakwah anda selayaknya.. teruskan ya akh..

    -SESETENGAH BUDAK WATANIAH MEMANG STILL SIAL

    ReplyDelete
  24. emm..
    ley x xyah sebut g cmtu...nk panaskan blek ye??
    selame ni dak2 wataniah ok je...maybe ko de personal prob ngan dk watan yg ko nk sial2 kan tu...setel sendiri dah r...xyah nk start blek...

    ReplyDelete
  25. Salam.

    tak sangka yer, Husnul mempunyai ramai peminat. Ramai juga yang gerun dengan Husnul. sampai komen pun tak letak nama.

    Memanglah, aku berbangga ada kawan macam Husnul. bak sang mentari yang menyinari alam. Ramai tidak menyukai bahang panasnya, tetapi sedar tak sedar, dia telah memberikan kebaikan kpd Alam secara tak langsung.

    Peace to all too.
    Allah sayang kamu, kamu sayang Allah?
    Nabi sayang kamu, kamu sayang Nabi?
    Husnul sayang kamu, kamu.. er?

    Salam.

    ReplyDelete
  26. Watanial skills 1062January 12, 2011 at 7:47 PM

    Alhamdulillah.. Semua telah kembali kepada asal. Berbaik adalah jalan penyeselaian..
    Setelah lama berdiam diri memerhati komen2 yang tidak enak dibaca di post sebelum ini, harap semua menerima maaf dari pihak tuan blog. Caranya saja yang tidak kena memberi teguran sebelum ini. Biasalah, manusia mmg sentiasa melakukan kesalahan jd org lain perlu lah memberi teguran.
    Semoga perkara ini dijadikan ikhtibar. Sihat iman dan amal :)

    ReplyDelete
  27. Budak Wataniah semua diajar xmelatah..
    yang kata sesetengah wataniah sial tu dan byk mencarut yg bukan2 bukan budak wataniah for sure.. faham2 sudah siapa yang makan cili dialah terasa pedas.. nak jatuhkan kesalahan dia atas orang lain plak...
    apa maksud sial? main volleyball? mostly ehem2, makan berjemaah kat cafe? ehem2.. so mulut tu jaga wahai cik ehem2..n amik iktibar..

    ReplyDelete
  28. diperingatan kepada yg mahu comment,masalah nie sudah dikira selesai...jgnlah kamu bngkitkan masalah baru..semua org melakukan kesilapan..tiada yg sempurna kecuali Allah...buang yg keroh bik yg jernih...rase ada comment yg x sepatutnyer dipostkan...wat per saling menyalahkan org laen...muhasabah diri dahulu...x payah saling perli memerli dan menyalahkan sesebuah pihak sahaja...

    ReplyDelete
  29. Tau xpe cik emie..i dont think it is necessary for anonymous to say like that, for what reason cik emie..? to start all over again? come on.. dont let personal problem interfere with any unit matters.. sekadar campak batu sembunyi tangan.. huh! ok my engine always cool.. i dont like to put blame on anyone but please mind your words..
    "I am also the part of the Family"

    ReplyDelete
  30. assalamualaikum saudara..

    wakil2 suksis n wataniah kamu dh jmpe,wakil palapes dh jmpe belum utk memohon maaf?
    aku harap kamu boleh jmpe dgn wakil AFRI CLUB n PALAPES n juge pihak markas kami..
    jmpe diorg dan memohon maaf..sbb sgale kenyataan saudara keluarkan tempoh hari membuatkan telinga kami pedih..
    harap saudara faham ape yg aku katakn ini.
    harap selepas ini,if ada masalah tntg UB,bgtw kami dlu,xkire lah nk jmpe sape2 pun,sama ada dr wakil palapes,suksis or wataniah...

    wassalam.

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum.

    Alhamdulillah semuanya dah selesai. Kagum dengan keberanian saudara. Takpe, kita sama-sama mengingat antara satu sama lain.

    Pernah dengar tak, kalau apa yang kita buat orang semua tak redha tapi Allah redha, Allah akan ambil rezeki semua orang tu dan bagi kat kita. Dan begitu sebaliknya.

    Teruskan usaha dakwah saudara. Insyaallah. =)

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum wbt.

    Isu ini patut dah selesai dengan posting di atas. Tetapi kerana ada yang asyik provokasi di sini, suruh minta maaf pada itu dan ini. Maka saya juga mahu mempersoalkan:

    a) Bersukan bersama-sama lelaki dan perempuan itu syari'ekah?

    b) Pakaian beruniform wataniah, suksis dan sebagainya mengikut Islamkah?

    c) Percampuran di Mahalah Salahuddin,lebih Islamik atau kurang Islamik berbanding apabila ia diasingkan.

    Saya membangkitkan isu ini, kerana semua orang fokus pada isu dakwah tak berhemah (dan saya setuju memang method itu tidak betul), membuka aib dan sebagainya, tetapi tidak pula memberi perhatian kepada isu yang dibangkitkan.

    Isu ini patut diberi perhatian. Sama ada kita seorang ustaz, doktor, penganggur dan sebagainya, kita semua tertakluk di bawah undang-undang dan sistem kehidupan yang Allah SWT telah gariskan.

    Sama ada kita menyertai unit beruniform, Wataniah, Suksis, Silat Cekak dan sebagainya, sebelum kita menjadi semua itu, kita adalah Muslim. Lalu prioriti adalah kepada Islam kita, apa-apa yang bertentangan dengan Islam hendaklah ditolak ke tepi. Dan inilah yang saya nampak diabaikan.

    Ramai yang memberi komen menjawab bahawa kamu bukan budak UB, tak faham dan sebagainya. Tetapi lupakah kita semua, bahawa kita semua adalah Muslim, yang tertakluk pada Islam yang sama.

    Sesungguhnya kita adalah Muslim walau siapapun kita. Lalu, buktikan diri kita benar-benar Muslim.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  33. AKHI HAMIDI: insya Allah ana syg enta jugak..hehe..fillLah insya Allah..

    PALAPES: insya Allah ana akan berusaha utk bjumpa dgn wakil kalian

    AKHI MASRI: jzk Allah ya akhi..enta dh tolong nyatakan suara hati ana

    LAIN2: x perlu gaduh2..ana ngaku ana salah dr sudut METHOD DAKWAH ana..tp dr sudut HUKUM HAKAM (ikhtilat, pendedahan aurat) insya Allah ana x salah..antum bleh tya para ustaz atau membelek kitab2 fiqh jika antum x percaya..

    walLahu a'lam...

    ReplyDelete
  34. SITI NURHUDA: jzk Allah ats doa..di mata org lain dh selesai..tp hakikatnya,ada lg yg belum slesai..tp ana yakin insya Allah ada hikmahnya d sbalik suma ini..

    ReplyDelete
  35. assalamu'alaikum...
    terima kasih pada saudara pemilik blog krn dah mntk maaf pd semua...

    maaf ganggu...

    1)kami ke yang pilih pakaian 2 mcm 2?kenapa dari dulu2 tak ada yang nak tegur, pakaian kamu seksi, pakaian ini tak wajar dipakai???kenapa???


    2)siapa yang suruh kami duduk di mahallah yang sama dengan lelaki?salah kami juga kah?
    kenapa tak tanya rektor?kenapa????

    sudah2 la 2...tak payah buat kontroversi lagi...

    ReplyDelete
  36. percampuran lelaki n prempuan 2 bkan km yg mintak..2 suma bkn keja kami..so,,kalo brlaku bnda2 cmni xelok la nk slahkn UB..masing2 kna bringat sbenarnya,,saling mengingati..lg 1 sy kurng stuju ad yg mnanyakn bhawa pkaian bruniform km islamkah??pkaian 2 suma bkn dtentukan oleh km...2 keja org atas..xelok nk blame kteorng je..kalo da suma pakaian UB x mlambangkn Islam..so prempuan xlayak n xboley la join uniform body..i'm soooo confius rite now..

    ReplyDelete
  37. saya sokng dengan entry di atas. apakah semua perkara saudara nak pertikaikan sekarang,,,
    kalau mengenai pakaian..

    1) anda boleh pegi ke PDRM,TUDM,dan ATM.untuk btanya kan mengenai soal baju atau pun uniform kerja kami.
    dan saudara boleh cadangkan uniform kerja yg bersesuaian dengan hukum Islam.

    2)percampuran mahallah... Mahallah Ruqayyah pon mahallah campur juga. mengapa hanya Salahuddin yang hanya dperkatakan? Sedangkah mahallah Ruqayyah sudah lama didiami oleh pelajar2 UIAM berbanding dengan Mahallah Salahuddin.

    silalah rujuk dengan management UIAM.


    sekian

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum wbt.

    Anonym:

    Saya mahu mengfokus kepada soalan saudara/ri tentang pakaian tersebut.

    1) Saya yakin saudara/ri tahu identiti pakaian Islam yang digariskan syara'. Antaranya tidak ketat membentuk tubuh dan sebagainya

    2) Menyertai uniform bodies bukanlah satu darurat, tidaklah dibuang keluar dari universiti pelajar yang tidak menyertai UB, lalu hukum darurat tidak diaplikasi di sini.

    3) Salahkah perempuan menyertai UB? Jawapannya, jika ia memerlukan perempuan memakai pakaian yang tidak menepati Islam, sudah pasti ia satu kesalahan. Sebagaimana seorang wanita bekerja sebagai pramugari, yang memerlukan dia memakai pakaian tidak menutup aurat, sudah pasti satu kesalahan dia bekerja sebagai pramugari.

    4) Kita semua tertakluk kepada apa yang kita mampu. Benar, meletakkan sahabat-sahabat semua di dalam satu Mahalah, adalah satu kesalahan fatal pihak atasan universiti. Cumanya, kita, yang bukan pihak atasan, hendaklah menggunakan kapasiti yang kita ada untuk menjaga agama kita. Jika kita gagal menyelamatkan orang lain, paling kurang kita selamatkan diri kita sendiri.
    Kita berhak untuk memilih tidak menyertai UB, tiada siapa memaksa, jadi semua itu diatas pilihan kita sendiri.

    5) Sebelum kita menjadi students, pihak pentadbir, UB dan sebagainya, kita adalah Muslim. Maka berikanlah hak prioriti sebagai seorang Muslim melebihi segala-galanya.

    6) Ini tidak disoal di atas, tetapi saya mahu terangkan jua. Isu syurga neraka, dosa pahala adalah hak mutlak Allah. Tetapi apa yang dijelaskan di dalam wahyu sebagai benar, membantu kita memburu pahala dan mendekatkan diri kepada syurga, dan apa yang dilarang membantu kita memburu dosa dan mendekatkan pada neraka. Lalu kita yang memilih jalan-jalan kita. Dalam masa yang sama, kita mintalah pada Allah agar dosa-dosa terdahulu kita diampunkan Allah.

    7) Saya harap kata-kata saya tidak mengguris hati. Jika ada, saya memohon maaf kerana ia boleh jadi atas kelemahan saya menyusun bahasa dan menutur kata. Sahabat-sahabat boleh terus masuk ke blog saya untuk berinteraksi jika merasakan apa yang saya katakan tidak betul dan sebagainya, atau boleh terus emel saya, hatta berjumpa di UIA sekalipun. Kita sama saudara seIslam, nasihat menasihati dengan cara yang elok kewajipan kita.

    8) Ini seruan saya kepada sahabat-sahabat yang sudah tahu semua ini salah, apa lagi yang kita tunggu. Saya yakin ramai di luar sana, sama ada penghuni Salahuddin, mahupun bukan, UB mahupun bukan, mereka tidak tahu apa yang sebenarnya, melakukan kesilapan dalam keadaan menyangka itu tidak silap. Jadi tanggungjawab kita ialah memberitahu, dengan lemah lembut, bukan memaki hamun atau menyakitkan hati

    ReplyDelete
  39. jzk Allah ya akhi MASRI...jwpn yg sgt adil..moga dinilai sbg ibadah di sisi Allah.. =]

    ReplyDelete
  40. ko ni hebatla husnul..tak pasal ko jd glamour kan..glamour dgn kate2 yg nyakitkan hati..tp cite tu da lepas..ko pun da mntk maaf..tp ko kene ingt,even da mtk maaf tp luke tu still ade dlam hati..salah satu hikmahnye kejadian ni, sume org ade kelemahan.ko pun ade..tak sume org yg blaja ilmu agame tu tak jahil..ko pun jahil gak..kalau tak tak dela ko kuakan perkataan2 kotor kan..tak sume student UB ni tak de ilmu agama..ko ckp mcmla mak ayah diaorng tak ngaja..cume perlu diexplainkan dgn lebih mendalam oleh ustaz yg berpengalamn..bkn mcm ko ea....almaklumla,ko pun tahu tak sume bdk2 uia ni datang dari sek agame/pondok yg tak bergaul cam ko kan.. so slow2 la..:)

    ReplyDelete
  41. ALLAHU AKBAR..ALLAH MAHA BESAR

    ALHAMDULILLAH..SGLA PUJI BG ALLAH

    smalam ada bjumpa dgn org atasan d CCAC (sj xnak sebutkan nama)..luarannya keras,tp hati dan akhlaqnya..masya Allah..lmbut..

    w'pun pgkatnya tinggi..tp beliau merendah diri..beliau mengakui kekurangan UB dr sudut aplikasi agama..

    beliau akui yg pakaian sister dlm UB x islamik..tp kata beliau,"x boleh nk buat apa2 sbb bukan sy yg tetapkan pakaian ni.."

    ada jugak dibincangkan aspek DRESS CODE yg x dikuatkuasakan, IKHTILAT dlm UB..ini pun beliau akui..

    cuma y DRESS CODE beliau x dpt buat apa2 sbb bukan di bwh bdg kuasa beliau..

    tntg IKHTILAT..kata beliau, mereka sdg melakukan perubahan scara bertahap melalui aktiviti2 keagamaan yg diadakan utk sebarkan kefahaman agama dlm klgn anggota UB

    & sblum itu,beliau awal2 lg akui y akhlaq student kita makin teruk

    & pd masa yg sama, sudah pasti saya juga akui kesilapan saya dlm aspek METHOD menegur..bukan ISI TEGURAN saya..

    ...inilah dia kebijaksanaan org yg dh berpengalaman..saya cmburui ketenangan beliau..& saya kagumi kejujuran beliau dlm mengakui kelemahan & kesalahan bg pihak beliau..

    w'pun beliau terikat dgn org atasan, kata2 beliau mbuktikan yg nilai keterikatan dgn ALLAH adalah lebih tinggi drpd sgala2nya

    saya doakan moga beliau & mereka yg berada di atas sperti beliau dikurniakan kekuatan utk melakukan reformasi dlm UB agar nilai2 agama yg sdg cuba diterapkan bnar2 terserap d dlm hati

    agar prajurit2 yg dihasilkan bukan skdr perkasa pd tubuh badan, tp juga terisi dgn fikrah Islam yg dipimpin oleh iman..

    amiin ya Rabb

    ReplyDelete
  42. buat yg masih terluka..rawatlah luka anda dgn taubat nasuha..krna kdg kala,keegoan kita dlm mengakui kesalahan kita dgn Allah (sy salah dlm METHOD, anda salah dlm HUKUM-HAKAM), menyebabkan kita menjadi sgt keras, dan x berhikmah dlm menerima kebenaran (bhwa kita sama2 melakukan kesalahan)

    ya, sy mgkin glamour d bumi dgn kata2 yg menyakitkan hati..

    tp jgn smpai kita menjadi glamor d langit krna "hati yg sakit" sampai membolak balikkan hukum Allah memgikut kemahuan hati..gara2 x dpt terima teguran,lantas menolak kebenaran..

    jadilah seperti org atasan yg saya ceritakan di atas..dia lebih atas drpd saya & juga anda..tp dia sgt berhikmah dlm menerima kebenaran..

    walLahu a'lam..

    ReplyDelete
  43. salam..kan bagus penggunaan perkataan yg lembut..semua orang boleh terima.. :) sama2lah kita doakan..kepada yang kurang, berdoalah agar diberikan petunjuk..kepada yang beriman, berdoalah agar iman kita ini bertambah dan tidak berkurang..
    amin..

    ReplyDelete
  44. salam

    menari masa closing USC kelmarin saudara tak nak ulas ker?

    ReplyDelete

Share your Blog with Others... =]