Pages

LIKE this Blog?? It's Up to You... MardhatilLah is Everything...=]

Wednesday, January 26, 2011

SEBUAH DOA



Ya Allah,

Sesungguhnya aku malu untuk meminta
Kerana Engkau Maha Tahu segala-galanya
Dan aku juga sentiasa meyakini
Bahawa Engkau sentiasa menetapkan sebaik-baik ketetapan buat diriku


Ya Allah,
Jika umurku panjang
Dan jika memang dia telah ditaqdirkan untuk diriku
Apabila telah tiba masanya nanti
Engkau cenderungkanlah hatinya kepadaku


Dan sebelum tibanya saat itu
Engkau peliharalah dirinya
Engkau jadikanlah dia seorang wanita yang solehah
Dan engkau jadikanlah juga aku seorang lelaki yang soleh
Engkau persiapkanlah diri kami
Dan Engkau peliharalah hati kami daripada segala bentuk godaan dunia


Namun,
Andai dia tidak ditaqdirkan untuk diriku
Atau nyawaku diambil sebelum tibanya saat itu
Tak mengapa ya Allah
Kerana aku sentiasa meyakini
Bahawa Engkau sentiasa menetapkan sebaik-baik taqdir buat diriku
Cukuplah hidupku andai Kau redha padaku


Ya Allah,
Ampunkanlah dosaku
Andai permohonanku ini kerana lemahnya imanku
Atau kerana ceteknya cintaku padaMu
Aku memohon ampun dari-Mu ya Allah


Andai aku tersalah,
Engkau bimbinglah aku kembali ke jalan yang Engkau redhai
Janganlah Engkau biarkan aku bersendiri
Kerana aku tidak pernah mempunyai daya dan upaya
Untuk menempuhi segala ujian-Mu di dunia ini
Kecuali dengan bimbingan-Mu ya Allah


Ya Allah,
Andai keampunan-Mu hanya Kau limpahkan buat hamba-hamba-Mu yang soleh
Andai keampunan-Mu hanya Kau limpahkan buat hamba-hamba-Mu yang bertaqwa
Kepada siapakah lagi tangan yang penuh dosa ini ingin mengadu
Siapkah lagi yang dapat mengampuni segala dosa ahli maksiat ini ya Allah
Kepada siapakah lagi ahli maksiat ini ingin memohon ampun dan petunjuk ya Allah


Maka,
Ampunkanlah dosaku ya Allah
Bimbinglah langkahku ya Allah
Iringilah setiap langkah perjalananku di dunia ini
Dengan taufiq dan hidayah-Mu


Amiin
Ya Rabbal ‘Alamiin


p/s: Doa seorang remaja saat diuji perhiasan dunia…moga redha Allah yang sentiasa dicari…moga petunjukNya sentiasa mengiringi...amiin ya Rabb…

No comments:

Post a Comment

Share your Blog with Others... =]