Assalamualaikum w.b.t.
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan agung Rasulullah s.a.w dan seluruh keluarga baginda.
Baru-baru ini, saya telah menerima satu kiriman emel daripada seorang ustaz daripada Jogja. Beliau meminta saya supaya menulis semula sebuah entry daripada blog di Indonesia ke Bahasa Malaysia.
Alhamdulillah, Allah akhirnya member kekuatan kepada saya untuk menulis semula blog tersebut.
Mudah-mudahan penulis asal blog ini, Ustaz Aris yang memberi saranan ini kepada saya, dan diri saya sendiri diberi ganjaran pahala atas amalan yang tidak seberapa ini.
Dan semoga Allah sentiasa memimpin langkah kaki kita seluruh kaum Muslimin untuk menjadi hamba-Nya yang soleh. Amiin ya Rabb…
Selamat membaca…
Penyusun: Abu Muhammad Al-Ashri
Muraja’ah dan koreksi ulang: Ustadz Abu Ukasyah Aris Munandar
Tajuk Asal: Akhi… Apa Susahnya Kau Hapus Akhwat dari Friendlist Facebookmu?
Original link:
- http://alashree.wordpress.com/2009/11/01/akhi-apa-susahnya-kau-hapus-akhwat-dari-friendlist-facebookmu/
- http://alashree.wordpress.com/2010/02/10/afwan-akhi/
- http://arnida.blog.ugm.ac.id/2009/11/23/%E2%80%98afwan-akhii-kau-saudaraku-tapi-bukan-mahramku%E2%80%A6/
Assalamualaikum…
Akhi…
Jika kita meluangkan masa membaca sejarah hidup para pendahulu kita yang soleh; bermula dari zaman sahabat hingga para ulama salafi, nescaya akan kita dapati akhlaq, adab dan ketegasan mereka sangat menakjubkan. Akan kita temui pula indahnya penjagaan diri mereka dari aib dan maksiat. Merekalah orang-orang yang paling bersegera menjauhi maksiat. Bahkan, sangat menjauhkan diri daripada perkara-perkara dan sumber-sumber yang mendorong kepada perbuatan maksiat.
Apabila kita membaca kehidupan anak-anak atau remaja pada zaman salaf, nescaya akan kita dapati bahawa mereka adalah darah-darah muda yang tampak jelas dan zahir kecintaannya terhadap agama, bersemangat dalam membela kebenaran dan sangat membenci perbuatan dosa. Dengan itu, kita dapati mereka seawal usai muda sudah menghafal Al-Quran, memiliki semangat yang besar untuk berjihad, dan punyai kecerdasan akal yang menakjubkan.
Sebaliknya, sungguh sangat sedih hati. Tidakkah kita menyedari betapa kaum muslimin pada saat ini terpuruk, terhina dan tidak berdaya di hadapan orang-orang kafir. Padahal jumlah kita banyak! Lihatlah diri kita, bandingkan diri kita dengan para pemuda pada zaman salaf. Akhi…ana, antum, kita semua pernah bermaksiat. Namun, sampai bila kita mahu terus melakukan maksiat kepada-Nya?
Ana tak mengharamkan antum berdakwah kepada wanita; kerana Nabi s.a.w pun berdakwah kepada wanita.
Ana juga tak mengharamkan muslim atau muslimah memanfaatakn Facebook; kerana kita memerlukan dalil untuk mengharamkan sesuatu.
Siapa yang melarangmu berdakwah kepada mereka ya akhi?
Bahkan, dulu kumasih berprasangka baik padamu bahawa engkau akan berdakwah kepada teman-teman lamamu; termasuk para wanita itu.
Namun, yang terjadi adalah sebagaimana yang kau sendiri tahu.
Tak perlu kutulis.
Karena kau pasti tahu sendiri.
Ketahulah bahawa tak kubuka friendlist FB mu karena aku tak mencari-cari aibmu…
Namun, tidakkah kau sedar bahawa FB itu sangat-sangat terbuka?
Hingga dirimu sendiri yang tak menyedari bahawa tingkah lakumu pada para akhwat itu dapat dilihat kawan-kawanmu yang lain, termasuk diriku…
Yang inilah sebab yang mendorongku mengukirkan pena dalam lembaran-lembaran ini…
Subhan Allah…
Betapa sering Allah menutupi aib seorang hamba…
Namun dirinyalah sendiri yang membongkar aibnya…
Ya Allah…
Kuadukan kesedihan hatiku ini hanya kepadaMu…
Hanya kepada-Mu lah kuserahkan hatiku…
Mudah-mudahan Kau mendengar doaku…
Dan Kau maafkan kesalahan kawan-kawanku itu…
Di samping ku terus berharap agar Kau juga memaafkan diriku…
Akhi…
Pernahkah kau mebaca firman Allah yang menyebut “mata yang berkhianat”?
Baiklah, kita periksa kembali. Allah berfirman dalam surat Al-Mukmin: 19
يعلم خاينة الأعين
“Dia mengetahui (pandangan) mata yang berkhianat”
Nah, apakah yang dimaksud dengan mata yang berkhianat itu? Akhi, sesungguhnya Al-Qur’an itu turun pada zaman para shahabat. Shahabat Nabilah yang paling mengerti makna Al-Qur’an kerana mereka hidup bersama Nabi, juga mendapat bimbingan dan pengarahan Nabi secara langsung. Maka, kini kan kubawakan tafsir Ibnu Abbas, sebagai hadiahku untukmu.
Akhi, ingat kan siapa Ibnu Abbas? Na’am! Dia adalah ahli tafsir dari kalangan shahabat Nabi. Kudapatkan tafsir ini dari Abul Faraj Al-Jauzy (Ibnul Jauzy), dalam kitab beliau,ذم الهوى. Ibnu Abbas berkata,
الرجل يكون في القوم فتمر بهم المرأة فيريهم أنه يغض بصره عنها فإن رأى منهم غفلة نظر إليها فإن خاف أن يفطنوا إليه غض بصره وقد اطلع الله عز وجل من قلبه أنه يود أنه نظر إلى عورتها
“Seseorang berada di tengah banyak orang lalu seorang wanita melintasi mereka. Maka, dia memperlihatkan kepada kawan-kawannya bahwa DIA MENAHAN PANDANGANNYA DARI WANITA TERSEBUT. (Namun), jika dia melihat mereka (kawan-kawannya) lalai (dari melihatnya), dia (kembali) memandang wanita tersebut. Dan jika dia khuatir kawan-kawannya menangkapnya (menyedari perbuatannya), dia menahan pandangannya. Padahal, Allah ‘azza wa jalla mengetahui isi hatinya bahwa dia ingin melihat aurat wanita tersebut .”
Perhatikan itu akhi…!
Kita sudah lama mengenal Islam…
Kita sudah lama belajar…
Apakah seseorang yang sudah lama belajar patut melakukan perkara seperti itu?
Inginkah akhi dikenali oleh manusia sebagai pemuda yang soleh…
Yang senantisa menundukkan pandangan di alam nyata…
Namun kau berkhianat dengan matamu…
Kau tipu kawan-kawanmu yang berprasangka baik kepadamu…
Tidakkah ‘kau malu kepada Allah…
Yang melihatmu di kala tiada orang lain di sisimu selain laptopmu, komputer, atau HP-mu?
Yang dengan laptopmu kau memandang wanita sesuka hatimu…?
Yang dengan komputermu kau tatap mereka sepuas nafsumu..?
Yang dengan HP-mu kau berbincang dengan mereka semahu mu…?
Akhi…
Janganlah ‘kau marah padaku…
Marahlah pada Ibnu Abbas jika kau mau…
Karena dialah yang menjelaskan pengertian “mata yang khianat” kepadaku…
Akhi…
Jika kau malu bermaksiat di hadapan kawan-kawanmu; apatah lagi di hadapan para wanita itu…
Ketahuilah bahawa
قلة حيائك ممن على اليمين وعلى الشمال وأنت على الذنب أعظم من الذنب
“Sedikitnya rasa malumu terhadap siapa yang berada di sebelah kanan dan sebelah kirimu, saat kamu melakukan dosa itu lebih besar daripada dosa itu sendiri!”
Nanti dulu…sebentar akhi, jangan marah dulu. Itu bukan ucapan saya, tetapi ucapan Ibnu Abbas! Silakan lihat di ذم الهوى halaman 181.
Akhi…
Adakah engkau masih sempat tertawa, melempar senyum pada akhwat itu, meskipun sekadar:
simbol ^__^
atau kata-kata: xii…xiii..xii..,
atau: hiks..hiks…hiks…,
atau: hiii..hi..hi..,
atau: ha..ha..ha…,
atau: so sweet ukhti…,
Maka, Ketahuilah bahawa
وضحكك وأنت لا تدري ما الله صانع بك أعظم من الذنب
“Tertawa pada saat kamu tidak tahu apa yang akan Allah lakukaan terhadapmu itu LEBIH BESAR DARIPADA DOSA ITU SENDIRI!”
dan juga
وفرحك بالذنب إذا ظفرت به أعظم من الذنب
“Kegembiraanmu dengan dosa ketika kamu melakukannya itu LEBIH BESAR DARIPADA DOSA ITU SENDIRI”
Afwan akhi jika antum mulai emosi (mudah-mudahan tidak). Jangan lihat saya kerana dua kalimat di atas bukan ucapan saya, tetapi ucapan Ibnu Abbas pula, afwan.
Akhi…
Kalau antum masih bermudah-mudahan dalam berfacebook ria dengan para wanita itu,
Ketahuilah bahwa antum adalah pengecut!
Karena kalau kau berani, kau kan temui ayahnya dan kau pinang dirinya…
Kalaupun hartamu tidak mendorongmu untuk itu…
Kau tetap pengecut karena kau hanya “tunjukkan perhatian”…
Sementara kau tidak berani “maju melangkah”…
Jika kau mampu tahan pandanganmu dari “bunga-bunga” facebook itu, barulah kau ini seorang yang berani!
Sabar dulu akhi, jangan marah dulu. Siapa saya? Saya ini masih sama-sama belajar seperti antum, atau malah saya masih tergolong dalam golongan hingusan yang “baru belajar”. Namun, mohon jikalau akhi menolak ucapan saya, perhatikanlah untaian kata yang dikutip Ibnul Jauzi di bawah ini..
ليس الشجاع الذي يحمي مطيته … يوم النزال ونار الحرب تشتعل
لكن فتى غض طرفا أو ثنى بصرا … عن الحرام فذاك الفارس البطل
“Orang yang berani bukanlah orang yang melindungi tunggangannya pada saat peperangan, ketika api berkobar
Akan tetapi, (orang yang berani ialah) pemuda yang menahan padangannya dari yang diharamkan”
Itulah prajurit ksatria!
Akhi…
Sekali lagi, kalau kau tersinggung dengan ucapanku. Mohon janganlah kau lihat siapa saya, kawanmu ini. Saya tidak ada apa-apanya. Namun, sekali lagi, kumohon lihatlah siapa orang yang perkataannya kuhadirkan padamu. Salaf memberi nasihat kepada kita dengan untaian katanya di bawah ini:
فتفهم يا أخي ما أوصيك به إنما بصرك نعمة من الله عليك فلا تعصه بنعمه وعامله بغضه عن الحرام تربح واحذر أن تكون العقوبة سلب تلك النعمة وكل زمن الجهاد في الغض لخطة فإن فعلت نلت الخير الجزيل وسلمت من الشر الطويل
“Fahamilah wahai saudaraku apa yang aku pesankan kepadamu…
Penglihatanmu tidak lain adalah nikmat dari Allah atasmu…
Janganlah mendurhakai-Nya dengan menggunakan nikmat-Nya….
Perlakukanlah penglihatan tersebut dengan menahannya dari yang haram,
Maka kamu beruntung.
Jangan sampai engkau mendapat musibah berupa hilangnya kenikmatan itu.
(Kerana) waktu berjihad untuk menahan pandangan adalah sejenak.
Jika kau melakukannya, kau akan mendapat kebaikan yang banyak,
dan terselamat dari keburukan yang panjang.”
[lihat ذم الهوى , karya أبو الفرج عبد الرحمن بن أبي الحسن الجوزي, hal. 143 ]
Akhi…
Sekali lagi, demi Allah, saya tidak melarangmu untuk berdakwah, termasuk dakwah kepada wanita. Sudah kuterangkan di atas bahwa Nabi pun berdakwah kepada wanita.
Namun, wahai akhi…
Antum memiliki kewajiban yang besar sebelum antum berdakwah, iaitu ilmu! Sudahkah kita berdakwah dengan ilmu? Akhi ini kutujukan pula untuk diriku: Manakah waktu yang lebih banyak kita habiskan? Mendakwahi wanita itu, atau waktu kita dalam mengikuti majlis ilmu? Silalah kita jawab sendiri.
Akhi…
Lelaki memang tidak dilarang; bahkan boleh jadi wajib berdakwah kepada wanita, sebagaimana yang Nabi dan para shahabat lakukan…
Namun, mendakwahi mereka tidak semestinya melalui facebook kan? Antum boleh membuat blog/webiste yang mana dari situ antum boleh menulis risalah. Antum bahkan boleh berbicara di alam nyata jika perlu (darurat), selama tidak berkhalwat (berdua-duaan). Namun, tidakkah kita ingat bahwa para shahabat menimba ilmu dari isteri Nabi tidak berhadapan langsung; tetapi di balik tabir?
Jika ingin berdakwah, antum boleh menukilkan artikel bermanfaat, lalu kau cantumkan di facebookmu.. Antum juga boleh membuat page, atau grup yang dengannya kau boleh kirimkan artikel kepada kaum muslimin atau muslimah sehingga mereka boleh membaca nasihatmu. Itu saja! Kemudian, kau log-out dari FB. Selesai kan? TANPA KITA HARUS MELIHAT-LIHAT LAWAN JENIS dan berbincang-bincang dengannya.
p/s: Insya Allah akan bersambung…
No comments:
Post a Comment