SOALAN: Saya adalah seorang pemuda. Saya mempunyai hobi melayari internet dan berchatting. Namun, saya hampir tidak pernah berchatting dengan wanita. Jika terpaksa berchatting dengan wanita, saya tidaklah berbicara kecuali dalam hal yang baik-baik.
Lebih kurang setahun lalu, ada seorang gadis mengajak saya berchatting, lalu dia meminta nombor handphone saya. Saya berkata yang saya tidak mahu menggunakan handphone dan saya tidak mahu membuatkan Allah murka kepada saya.
Dia lalu berkata, “Engkau adalah seorang pemuda yang sopan dan berakhlaq mulia. Aku akan bahagia jika kita dapat berbual secara langsung.”
Saya katakan kepadanya, “Maaf, aku tidak menggunakan handphone.”
Kemudian, dia berkata dengan nada kesal, “Terserah kamulah.”
Selama beberapa bulan, kami hanya berhubung melalui chatting. Suatu ketika, dia berkata, “Aku inginkan nombor handphonemu.”
“Bukankah dulu sudah pernah kukatakan kepadamu bahawa aku tidak mahu menggunakan handphone,” jawab saya.
Dia lalu berjanji tidak akan menghubungi saya kecuali ada hal yang mendesak. Maka, saya bersetuju dengannya.
Setelah itu, dia tidak pernah menghubungi saya selama tiga bulan. Saya juga berdoa agar Allah menjadikannya bersama-sama hamba-hambanya yang soleh.
Tak lama selepas itu, ada seorang gadis berusia lebih kurang 16 tahun yang berakhlaq dan sangat sopan menghubungi saya. Dia berkata dalam telefon, “Adakah benar engaku bernama A?”
“Benar, apa yang dapat saya bantu kamu?” tanya saya.
Dia berkata, “Fulanah, iaitu gadis yang telah kau kenal melalui chatting mengirim salam kepadamu.”
“Salam kembali untuknya. Mengapa tidak dia sendiri yang menghubungiku?” tanya saya.
“Telefon rumahnya diawasi ketat oleh orang tuanya,” jawabnya.
Setelah orang tuanya kembali memberi kelonggaran, dia kembali menghubngi saya. Saya katakan kepadanya “Jangan sering telefon,” namun dia selalu saja menghubungi saya. Namun begitu, pembicaraan kami terbatas pada hal-hal yang baik. Kami saling ingat-mengingatkan agar melakukan solat, puasa dan solat malam.
Setelah beberapa waktu kemudian, dia berterus terang yang dia telah jatuh cinta kepada saya dan saya sendiri juga sangat mencintaiya. Saya juga berharap dapat menikahinya sesuai dengan ajaran Allah dan Rasul-Nya kerana dia adalah seorang gadis yang berakhlaq, beradab dan taat beragama; setelah saya tahu secara pasti bahawa saya adalah orang pertama kali yang melamarnya melalui telefon.
Tiba-tiba, empat bulan lalu, ayahnya memaksanya bernikah dengan saudara sepupunya sendiri kerana ayahnya marah dengannya. Inilah punca masalah. bermula dari saat itu, saya mula menjadi susah untuk tidur. Saya katakan kepadanya, “Serahkan urusan kita kepada Allah. Kita tidak boleh menentang taqdir.”
Namun, meskipun dia sudah bernikah, dia masih tetap menghubungi saya. Saya katakan kepadanya. “Haram bagimu menghubungiku kerana engkau sudah menjadi isteri seseorang.”
Soalan saya, bolehkah dia menghubngi saya melalui telefon sedangkan dia telah menjadi isteri seseorang? Allah menjadi saksi bahawa perbualan saya dengannya terbatas dalam hal-hal yang baik. Kami saling ingat-mengingatkan agar menambahkan ketaatan. Lagipun, ayahnya memaksanya untuk bernikah dengan lelaki yang tidak dia cintai.
JAWAPAN:
Saling menelefon antara berlainan jantina tidak dibenarkan secara mutlaq baik di pihak perempuan yang sudah bersuami mahupun tidak. Bahkan, ini adalah tipu daya iblis.
Engkau mengatakan bahawa tidak ada sebarang hubungan antaramu dengan dia selain saling menasihati dan mengajak untuk melakukan amal soleh. Perhatikan bagaimana masalah cinta dan yang lainnya menyusup melalui perbicaraan ini. Bukankah tadi engkau mengatakan bahawa engkau mencintainya dan dia pun mencintaimu sedangkan katamu topic perbualan kamu hanya berkaitan amal soleh? Kami sendiri tahu beberapa pemuda yang pada mulanya sangat taat beragama berubah menjadi tersimpang gara-gara melakukan perkara ini.
Wahai saudaraku, bertaqwalah kepada Allah. Jauhilah perkara ini. Kaedah perbualan seperti ini lebih berbahaya daripada cara-cara orang fasiq yang secara terang-terangan berbual dengan perempuan dengan tujuan-tujuan yang tidak terpuji (tidak berfaedah). Mereka sedar bahawa apa yang mereka lakukan adalah sebuah maksiat. Kesedaran mereka akan kesalahan perkara tersebut adalah langkah awal untuk memperbaiki diri. Sedangkan dirimu tidak seperti itu; bahkan boleh jadi engkau menganggapnya sebagai sebuah ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah.
Nabi s.a.w bersabda,
مَا تَرَكْتُ بَعْدِى فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ
“Tidaklah kutinggalkan suatu ujian yang lebih berat bagi lelaki melebihi wanita.” [HR Bukhari (no 4808) dan Muslim (no 2740) dari Usamah bin Zaid]
Nabi s.a.w juga bersabda,
فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِى إِسْرَائِيلَ كَانَتْ فِى النِّسَاء
“Sesungguhnya awal kebinasaan Bani Israel adalah disebabkan masalah wanita.” [HR Muslim (no 7124) dari Abu Said Al-Khudri]
Perempuan yang mengajakmu berbual sedang dia tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan denganmu adalah suatu yang haram. Hati-hatilah dengan perbuatan-perbuatan seperti ini. Moga Allah menjadikanmu seorang hamba-Nya yang soleh.
SOALAN: Andai jawapan untuk pertanyaan di atas (bolehkah dia menghubngi saya melalui telefon sedangkan dia telah menjadi isteri seseorang?) adalah tidak boleh; adakah boleh jika dia mengajak saya berbual dengannya melalui chatting?
JAWAPAN:
Wahai saudaraku, hal ini tidak dibenarkan. Hubunganmu dengannya semula melalui chatting akan berkembang menjadi komunikasi secara langsung melalui telefon dan akhirnya melafazkan ungkapan cinta. Adakah hal ini hanya akan berhenti di sini?
Semua ini adalah helah-helah iblis untuk menjerumuskan kaum muslimin dalam hal-hal yang haram. Bersyukurlah kepada Alalh kerana Dia masih menyelamatkan kamu. Bertaqwalah kepada Allah. Jangan ulangi lagi baik dengan perempuan tersebut ataupun dengan yang lain.
SOALAN: Apakah hukum seorang lelaki yang berchatting dengan seorang perempuan melalui internet dan perkara yang dibicarakan adalah hal-hal yang baik?
JAWAPAN:
Tidak ada seorang pun yang dapat mengeluarkan fatwa yang bersifat umum untuk permasalahan seperti ini kerana ada banyak hal yang harus dipertimbangkan secara masak-masak. Fatwa yang dapat saya sampaikan kepadamu adalah perbualan dengan sesiapa yang berlainan jantina denganmu adalah tidak dibenarkan. Bukti nyata untuk hal ini adalah apa yang kau ceritakan sendiri bahawa hubunganmu dengan perempuan tersebut terus berkembang ke arah perbuatan yang terlarang.
[Dipertik dari Majmu Fatawa al Adab karya Nashir bin Hamd al Fahd].
p/s: Bagaimana pula dengan hukum saling berbalas notifications atau post sesuatu di wall FB mereka yang bukan mahram dengan kita? Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk mematuhi segala suruhan dan larangan-Mu setelah jelas kepada kami perkata yang halal dan haram di sisi-Mu. Amiin ya Rabbal ‘alamiin.
Assalamualaikum ustaz.. saya ada kemusykilan yg membelengu hati..
ReplyDeletesaya gadis berumur 23 tahun.. saya suka pada seorang rakan se-universiti, juga sama usia. Dia seorang yang baik, berbudi bahasa dan sentiasa murah dengan senyuman. Saya selalu berdoa kepada Allah mohon dijodohkan dengannya. Namun, saya pernah terbaca yang doa tanpa usaha tidak membuahkan hasil. Jadi suatu hari saya memberanikan diri menghantar sms kepada lelaki tersebut. Lelaki itu membalas baik sms saya. Rakan saya juga pernah memberitahunya bahawa saya menyukainya. Dan memandangkan dia masih lagi membalas sms saya, saya yakin dia menerima baik perasaan suka saya ini..
Namun persoalannya,
1) Wajarkah saya mengaku padanya yang saya menyukainya?
2) Wajarkah kami terus berbalas sms memandangkan saya pernah terbaca adalah haram ber-sms antara lelaki dan perempuan bukan ajnabi. (namun selalunya kami sms hanya bertanya khabar, aktiviti harian, saling berkongsi pendapat.. dan bukannya berunsur maksiat)
3) Adakah betul tindakan saya menghubunginya berbanding hanya berdoa kepada Allah?
saya sangat mushkil ustaz.. harap ustaz dapat menjawap persoalan hati saya kerana saya bimbang perbuatan saya ini dimurkai Allah S.W.T