Pages

LIKE this Blog?? It's Up to You... MardhatilLah is Everything...=]

Sunday, September 12, 2010

HADIS-HADIS PALSU YANG POPULAR DALAM MASYARAKAT




PENDAHULUAN


Asssalamualaikum w.b.t


Segala puji bagi Allah serta selawat dan salam buat Nabi Muhammad dan seisi keluarga baginda.


Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukalah saya untuk berkongsi beberapa hadis palsu yang berlegar dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini.


Hadis-hadis ini adalah berdasarkan koleksi 100 Hadis Dha'if dan Palsu yang telah dihimpunkan oleh Syeikh Ihsan bin Muhamad bin 'Ayis al-Utaibi yang telah selesai diterjemahkan ke Bahasa Melayu pada 9/3/2003 yang mana kitabnya dapat dimuat turun daripada website ini: http://al-ahkam.com.my


Apa ynag saya harapkan, mudah-mudahan pendedahan beberapa hadis palsu ini mampu membuka minda kita untuk menilai kembalihadis-hadis yang kita pegangi yang kita pegangi selama ini yang kita jadikan sebagai amalan harian dan i’tiqad yang kita yakini; walhal ianya berdalilkan hadis-hadis palsu.


Selamat membaca.


HADIS DHAIF (HADIS DHA’IF)


Hadis dhaif ialah hadis yang tidak mempunyai syarat hadis sohih dan hadis hasan; misalnya, perawinya (periwayat hadis) bukan orang Islam, belum lagi baligh, tidak pula diketahui orangnya atau sifatnya, tidak bagus ingatannya kerana selalu lupa, tidak benar percakapannya, pernah berdusta, serta tidak menjauhi dari melakukan dosa dan perbuatan-perbuatan yang menjatuhkan maruah atau kehoramatan peribadinya, ditambah lagi riwayatnya menyanggahi riwayat yang lebih mahsyur daripadanya.


Hadis dhaif mempunyai martabat yang berlainan; ada yang terlampau lemah (dhaif jiddan), dan ada yang lemah (dha’if) menurut keadaan sanad (jalan periwayatan hadis) dan matan (teks hadis).


HUKUM MENGAMALKAN HADIS DHA’IF


Imam Bukhari, Muslim dan Abu Bakar Ibnu al-‘Arabi menetapkan bahawa tidak boleh kita menggunakan hadis dhaif untuk segenap perkara walaupun untuk menerangkan kelebihan sesuatu amal ibadat (fadhilat amal) supaya tidak ada orang mengatakan perkataan yang tidak diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w dan supaya tidak ada orang yang mengi’tiqadkan (menetapkan dan meyakini) akan sunatnya sesuatu perkara yang tidak disunatkan.


Sementara Imam Nawawi berkata bahawa ulama’ hadis, fiqh dan lain-lain telah menetapkan bahawa boleh kita menggunakan hadis dhaif untuk amal-amal utama (fadha’il a’mal) dan untuk pengajaran menggalakkan (kepada sesuatu amal kebajikan) dan menakutkan (daripada melakukan kemaksiatan), selama mana hadis itu belum sampai ke tahap hadis maudhu’ (hadis palsu).


HADIS MAUDHU’ (HADIS PALSU)


Hadis maudhu’ ialah hadis atau perkataan seseorang yang dikatakan sebagai hadis Nabi s.a.w padahal ianya bukanlah hadis Nabi s.a.w.


HUKUM MERIWAYATKAN HADIS MAUDHU’


Hadis tidak boleh dicipta walaupun dengan tujuan yang baik untuk agama. Orang yang mengada-adakannya dianggap sebagai orang yang berdusta terhadap Rasulullah s.a.w dan orang yang menggunakan nama Nabi s.a.w dengan menggunakan hadis itu akan diamsukkan ke dalam neraka sebagaimana sabda baginda s.a.w yang bermaksud:


“Janganlah kamu berdusta atas namaku kerana bahawasanya barangsiapa yang berdusta atas namaku, masuklah ia ke dalam neraka.” [HR Muslim]


Maka, tidaklah harus bagi orang yang mengetahui keadaan sesuatu hadis maudhu’ meriwayatkannya dalam apa jua perkara baik dalam urusan fadhailul a’mal (kelebihan-kelebihan sesuatu amal), dalam perkara fadhilat Al-Quran, dalam usaha menggalakkan manusia melakukan amal ibadat dan menakut-nakutkan manusia daripada melakukan maksiat, dalam cerita dan nasihat, mahupun dalam menerangkan sifat-sifat Allah dalam hukum-hakam yang berkaitan permasalahan halal dan haram kecuali dengan menerangkan kepalsuannya.


Atau dengan kata lain, hadis maudhu tidak boleh diterangkan dan diriwayatkan sama sekali dalam apa jua perkara kecuali kalau dijelaskan kepalsuannya dan dicegah daripada mengamalkannya.


HADIS MUNKAR


Hadis munkar lebih rendah martabatnya daripada hadis maudhu’.




HADIS-HADIS MAUDHU’ DAN DHA’IF YANG POPULAR DALAM KALANGAN MASYARAKAT


(a) HADIS-HADIS YANG TIADA ASALNYA

1)        Bercakap di dalam masjid dapat menghapuskan kebaikan-kebaikan sebagaimana binatang ternak memakan rumput. (tiada asalnya)


2)         Aku adalah datuk kepada setiap orang yang bertaqwa. (tiada asalnya)


3)         Ikhtilaf di kalangan umatku adalah rahmat. (tiada asalnya)


4)         Tuhanku telah mendidikku dan membaikkan adabku. (tiada isnad yang tsabit)


5)         Adapun aku tidak lalai, tetapi dilalaikan agar aku membimbing. (tiada asalnya)


6)         Manusia itu tidur, apabila mereka mati barulah mereka terjaga. (tiada asalnya)


7)         Aku adalah anak dua calon yang disembelih (Abdullah bin Abdul Muttalib dan Ismail bin Ibrahim a.s.) (Tiada asalnya)


8)         Berbincanglah dengan mereka (perempuan), dan sanggahlah mereka. (Tiada asalnya)


9)         Jangan akhiri makan kamu dengan meminum air (Tiada sumbernya)


10)     Kami kembali dari jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar. (Tiada asalnya)


(b) HADIS MUNKAR


11)     Daabbah (binatang melata) akan keluar dengan tongkat Musa a.s. dan cincin Sulaiman a.s. Ia berkata ini: "Wahai mukmin." Dan berkata ini: "Wahai kafir." (Munkar)


(c) HADIS-HADIS MAUDHU’


12)     Barangsiapa yang dengan solatnya tidak dapat mencegah fahsya' dan munkar, tidak akan bertambah daripada Allah melainkan semakin jauh dariNya. (Bathil & tidak sah dari sudut sanad dan matan)


13)     Berkerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya. (tidak sah dari Nabi)


14)     Barangsiapa yang tidur selepas Asar maka akan terganggulah akalnya. Maka janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri. (Maudhu’)


15)     Barangsiapa yang berhaji ke Baitillah dan tidak menziarahiku, maka sesungguhnya dia telah memalingkan diri dariku. (Maudhu’)


16)     Barangsiapa yang berhaji lalu menziarahiku selepas kewafatanku, dia seolah-olah menziarahiku semasa aku hidup. (Maudhu’)


17)     Para sahabatku adalah seperti bintang-bintang di langit. Mana-mana yang kamu ikuti pasti akan mendapat petunjuk. (Maudhu’)


18)     Barangsiapa yang mengenali dirinya maka sesungguhnya dia telah mengenali tuhannya. (Maudhu’)


19)     Berkahwinlah dan jangan bercerai, maka sesungguhnya talak itu menggoncangkan Arasy. (Maudhu’)


20)     Aku berbangsa Arab, al-Quran berbahasa Arab dan lisan para ahli syurga adalah bahasa Arab. (Maudhu’)


21)     Setiap sesuatu itu ada hatinya. Sesungguhnya hati al-Quran adalah Yasiin. Barangsiapa yang membacanya, maka seolah-olah dia membaca al-Quran sebanyak 10 kali. (Maudhu’)


22)     Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadah selama 60 tahun. (Maudhu’)


23)     Hajar al-Aswad adalah tangan kanan Allah di muka bumi ini yang berjabat dengan hamba-hambaNya. (Maudhu')


24)     Kalau tidak kerana engkau (Muhamad), nescaya tidak aku jadikan dunia. (Maudhu')


25)     Barangsiapa yang dikurniakan anak, lalu diazankan di telinga kanannya, dan diiqamah di telinga kirinya, maka anak ini tidak akan diganggu oleh syaitan/jin. (Maudhu’)


26)     Sebaik-baik nama ialah yang menghambakan diri dan memujiNya. (Maudhu')


27)        Tuntutlah ilmu sekalipun ke negeri China. (Maudhu')


28)        Pada hari kiamat, manusia akan dipanggil dengan nama ibu mereka sebagai tabir dari Allah ke atas mereka (menutup rahsia anak zina). (Maudhu')


29)     Sultan adalah bayangan Allah di muka bumi-Nya. Barangsiapa yang setia kepadanya akan diberi petunjuk. Dan, barangsiapa yang mengkhianatinya nescaya akan sesat. (Maudhu')


30)     Tidaklah sia-sia orang yang melakukan solat istikharah, tidaklah menyesal bagi orang yang meminta pandangan orang lain dan tidaklah berlaku aniaya orang yang bersederhana. (Maudhu’)


31)     Baginda Rasulullah s.a.w apabila digunting rambutnya, ataupun mengerat kukunya ataupun jika Baginda s.a.w dibekam, maka Baginda s.a.w akan membawa lebihan tersebut (dari rambut, kuku dan darah yang dibekam) ke tanah perkuburan Baqie’ untuk ditanam. (Maudhu’)


32)     "Wahai Jibril, ceritakan kepadaku tentang sifat neraka dan sifat jahannam?" Maka Jibril menjawab: "Sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Taala telah memerintahkan jahannam supaya menyalakan apinya selama seribu tahun sehingga menjadi putih. Kemudian memerintahkannya lagi supaya menyalakan apinya selama seribu tahun sehingga menjadi merah. Kemudian diperintahkannya lagi supaya menyalakannya selama seribu tahun sehingga menjadi hitam yang gelap…(sehingga akhir hadis)" (Maudhu')


33)     Wali abdal untuk umat ini ada 30 orang seperti Ibrahim Khalilur Rahman. Ketika seorang mati, maka Allah akan menggantikan tempatnya dengan seorang lelaki lain. (Maudhu')


34)     Iman bukanlah dengan angan-angan dan juga bukan dengan hias-hiasan tetapi apa yang tetap di dalam hati serta membenarkannya dengan perbuatan. (Maudhu')


35)     Sesungguhnya hati itu berkarat sebagaimana berkaratnya besi. Dan penghilangnya adalah istighfar. (Maudhu')


36)     Sesungguhnya Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak. (Maudhu')


(d) HADIS-HADIS DHA'IF JIDDAN (SANGAT LEMAH)


37)        Barangsiapa yang berpegang dengan sunnah-ku ketika umatku dalam kerosakan, maka baginya seratus pahala mati syahid. (Dha'if Jiddan)


38)        Kesakitan menghadapi malaikat maut itu lebih dahsyat dari seribu pukulan pedang. (Dha'if Jiddan)


39)        Sesungguhnya seorang hamba apabila mendirikan solat maka sesungguhnya dia berada di dalam pemerhatian Allah. Apabila dia selesai sembahyang dan berpaling, Tuhan berfirman kepadanya: Wahai anak Adam, kepada siapa engkau mahu berpaling? Kepada yang mereka yang lebih baik untuk engkau daripadaKu? Anak Adam, hadapkanlah solat engkau kepadaKu, maka Aku bagi engkau adalah sebaik-baik yang patut dipalingkan kepadanya. (Dhaif jiddan)


40)        Pandangan/melihat itu merupakan satu panahan dari panahan-panahan Iblis. Barangsiapa yang meninggalkannya kerana takutkan Allah, nescaya Allah akan memberikannya keimanan yang dirasakannya amat manis di dalam hatinya. (Dha'if Jiddan)


41)        Hadis azan dan iqamah di telinga bayi. (Dha'if jiddan) 


         (e) HADIS-HADIS DHA'IF


42)   Apabila kamu melihat bendera-bendera hitam yang keluar dari arah Khurasan, maka kamu datangilah walaupun dalam keadaan merangkak. Kerana sesungguhnya di situ ada khalifah Allah, al-Mahdi. (Dha’if)


43)     Tiada sembahyang (tidak sah) bagi orang yang berjiran dengan masjid melainkan di masjid. (Dha'if)


44)     Jibril a.s. telah berpesan agar aku berbaik dengan jiran hingga 40 buah rumah. Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana. (Dha'if)


45)     Barangsiapa yang membaca surah al-Waqi'ah setiap malam, nescaya tidak akan ditimpa kefakiran selama-lamanya. (Dha'if).


46)     Barangsiapa yang penumpuannya bukan kepada Allah, maka tiada lagi peliharaan dari Allah. Dan barangsiapa yang tidak memerhatikan urusan umat Islam, maka dia bukan dari kalangan mereka. (Dha'if)


47)     Melihat al-Quran itu ibadah, anak melihat ibu-bapanya adalah ibadah dan melihat kepada Ali bin Abi Thalib adalah ibadah. (Dha'if)


48)     Barangsiapa yang bersembahyang di masjidku selama 40 fardu tanpa tertinggal satu sembahyang pun, nescaya ditulis baginya kelepasan dari neraka dan azab serta bebas dari sifat munafiq. (Dha'if)


49)     Apabila mati salah seorang drp kamu dan setelah selesai kamu mengebumikannya, maka hendaklah salah-seorang yang hadir itu berdiri di sisi kepalanya seraya berkata: Wahai Si Fulan! Wahai Si Fulanah. Kerana dia (si mati) itu akan mendengarnya. Hendaklah yang bangun itu berkata lagi: Wahai Si Fulan Anak kepada Si Fulanah. Maka si mati itu akan bangun di dalam keadaan duduk. Sebutkanlah apa yang telah menyebabkan dia keluar daripada dunia iaitu syahadah LA ILAHA ILLAH WAHDAHU LA SYARIKALAH …sehingga akhir. (Dha’if)


50)     Wahai manusia sesungguhnya kamu berada di dalam bulan yang agung, bulan di mana di dalamnya lebih baik dari seribu bulan, menjadikan puasa di dalamnya sebagai fardu dan qiyamullail sebagai ibadah.. (Dha'if)


51)     Janganlah kamu banyak bercakap selain dari zikir kepada Allah. Maka sesungguhnya banyak bercakap selain dari zikir kepada Allah itu mengeraskan hati dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia kepada Allah ialah yang keras hatinya (Dha'if)


52)     Apabila sampai salah seorang dari kamu ingin masuk ke saf dan saf itu telah penuh, maka hendaklah ia menarik seorang untuk bersama dengannya di tepinya. (Dha'if)


53)     Nabi s.a.w. keluar bersama Abu Bakar ke gua. Mereka berdua masuk. Kemudian datang labah-labah membuat sarang di pintu gua. (Dha'if)


54)     Apabila umatku melakukan lima belas perkara ini, bala' bencana akan menimpanya: Apabila ghanimah/rampasan perang berputar-putar di sekitar orang kaya dan berkedudukan, apabila amanah menjadi harta rampasan dan apababila zakat sebagai satu denda (dikeluarkan secara paksaan)…(hingga akhir hadis). (Dha'if)


55)     Hendaklah kamu berubat dengan dua penyembuh: Madu dan al-Quran. (Dha'if)


56)     Takutilah firasat orang-orang beriman. Maka sesungguhnya dia memandang dengan nur Allah. (Dha'if)


57)     Barangsiapa yang berbuka satu hari di bulan Ramadhan bukan sebab rukhsah dibenarkan oleh Allah, maka ia tidak dapat diqadha'kan sekalipun dia berpuasa seumur hidup. (Dha'if)


58)     Perkara halal yang paling dimurkai Allah ialah talaq. (Dha'if)


59)     Apabila Nabi s.a.w. sampai di Madinah, maka wanita, kanak-kanak dan hamba mengucapkan: Thala'al Badru Alaina…..(hingga akhir hadis) (Dha'if)


60)     Jauhilah hasad. Maka sesungguhnya hasad itu memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu. (Dha'if)


WalLahu a’lam…


p/s: Untuk keterangan lanjut, tanyalah kepada mereka yang ahli di dalam bidang ini.

18 comments:

  1. Boleh rujuk gak kat al-ahkam.net
    Banyak gak ilmu kat blog tu.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah.. susah jugak yew bile dapat tau ade hadis2 macam ni. Punyalah popular sampai kabur hati dibuatnya.. Astagfirullahalazim... YA RABBI.. ampunkan kami.. sesungguhnya kami manusia alpa dan hanya kau yang maha kaya petunjuk..
    thx pd tuan nyew blog for this reminder..

    ReplyDelete
  3. Apa-apapun jangan kita main ambik terus keterangan di atas tanpa merujuk dengan mereka yang pakar hadis dhaif dan maudhu

    ReplyDelete
  4. Ade jgk aku smpaikn spotong 2 dr hadis2 ni pd kwn2..kira bdusta la jgk kira2 nye ni.... ya allah umat2 akhir kami ni srba srbi dlm kkurangan ampunkn lah kami ya allah..

    ReplyDelete
  5. rujuk lagi pada pakar hadith

    ReplyDelete
  6. Sila tuan sahkan kata-kata,yang amat sangatlah termasyur di kalangan masyarakat Melayu, " Syurga isteri di bawah tapak kaki suami " dan tidak ada seorang alim ulama', ustaz atau ustazah yang tegur atau perbetulkannya..Allah dan RasulNya memuliakan ibu-ibu tetapi manusia pula telah menghina serta meremdah-rendahkan para ibu, Saya tidak pernah jumpa hadis seperti itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syurga isteri di tapak kaki suami bukan hadis tp sebagai kiasan merujuk betapa pentingnya seorg isteri patuh kpd suaminya selagi tak melanggar syarak. Ini tidaklah menghina kaum ibu,deb sebaliknya telah muliakan kaum ibu dan kaum bapa. Allah maha adil. Wallahualam

      Delete
    2. Syurga isteri di tapak kaki suami bukan hadis tp sebagai kiasan merujuk betapa pentingnya seorg isteri patuh kpd suaminya selagi tak melanggar syarak. Ini tidaklah menghina kaum ibu,deb sebaliknya telah muliakan kaum ibu dan kaum bapa. Allah maha adil. Wallahualam

      Delete
  7. Jgn ambil bulat2, apa yg di katakan di atas sebagai dhaif/maudhu. Tlg rujuk dgn para ustaz& yg alim sebab saya yakin bukan semua di atas bersifat palsu atau dhaif.

    ReplyDelete
  8. saya setuju dengan proff,kita tak seharusnya percayakan bulat2 apa yg ditylis di atas.tanya pada yang lebih arih dahulu.bahaya kalau percaya bulat2.wallahualam semoga allah memberikan jalan penyelesaian untuk perasaan ragu2 kita ni.AMIN.

    ReplyDelete
  9. Bukankah malam lebih Baik Dari seribu bulan ada dalam surah al kadar, adakah patut dipertikaikan saheh atau tidak.

    ReplyDelete
  10. Bukankah malam lebih Baik Dari seribu bulan ada dalam surah al kadar, adakah patut dipertikaikan saheh atau tidak.

    ReplyDelete
  11. Semua di dalam Al-Qutan menjadi ungkapan Baginda Rasullullah. Tak perlu pertikai. Yg dipertikaikan pengolahan darinya. Jika Baginda tidak membuatnya (pengolahan) .. tak perlu kita mengolahkannya dan attribute to Baginda Nabi Muhammad (SAW)
    Simple logic actually .. I dint said that.
    Yg scandalousnya .. I dint said that, Nabi said that.
    Yg melucukan Al-Quran yidak mrnjadi mangsa sedemikian sebab ia mudah dibuat cross-reference. Mati akal penghujah dibuatnya.

    ReplyDelete
  12. Sesetengah Utz yg menceritakan sebahagian dr hadis dhoif ini ade menerangkan..'walaupun ini hadis dhoif tp ade hadis sahih atau hasan yg hampir sama makna dgn hadis ini'. Walaubagaimanapun, sebahagian dr hadis dhoif yg kita selalu dengar tu.. lbh baik dr kata2 Doctor or Professor zaman mutakir ini, والله اعلم.

    ReplyDelete
  13. Terima kasih share sangat berguna

    ReplyDelete
  14. BOLEH SAJA BERCAKAP ATAU PERIHALKAN PERKARA ITU YG MEMBAWA KEBAIKAN..CUMA JANGAN DI SEBUT HADIS DARI NABI S.A.W.KATA SAJA ADA RIWAYAT MENGATAKAN BEGITU /BEGINI ATAU KATA ULAMA FULAN DAN FULAN....ASAL TIDAK DISABITKAN NABI S.A.W

    ReplyDelete
  15. https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk

    Web: almawaddah.info

    Salam


    Kepada:

     

    Redaksi, rektor dan para akademik


    Per: Beberapa Hadis Sahih Bukhari dan Sahih Muslim mengenai sahabat yang disembunyikan daripada pengetahuan umum di Nusantara.


    Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info

    Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 


    Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan

    ReplyDelete
  16. apa pon, carilah murabbi untuk belajar hadis2 ni
    janganlah kita menjadi Dajjal dengan membaca hadis dengan sebelah mata
    saya pernah menonton program di tv, ustaz itu membicarakan tentang 1 hadis yang disebut oleh Rasulullah saw , tetapi ustaz itu menyatakan hadis itu adalah hadis yang lemah..... emmm....logikkah kata2 yg diucapkan oleh Junjungan besar sebagai lemah?
    Pengajaran untuk saya....carilah mereka yg arif
    Buatlah solat istikaharah dan mtk petunjuk dari Allah

    ReplyDelete

Share your Blog with Others... =]