INTRODUKSI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya seorang kenalan saya telah memberitahu kepada saya tentang sesuatu yang amat tidak saya senangi iaitu budaya tafkir yang berkisar dalam masyarakat kita.
Maka, di sini saya nukilkan apa yang telah saya terima daripada kawan saya tersebut serta jawapan bagi segala tuduhan yang tidak berasas itu. Semoga Allah memberi hidayah kepada seluruh umat Islam agar diri kita sentiasa terpimpin di atas landasan kebenaran serta kesatuan.
TUDUHAN
CARA MUDAH MEMBUNGKAM ORANG-ORANG SESAT WAHABI
Anda katakan kepada mereka:
“Ajaran agama kalian itu baru, dirintis oleh Muhammad ibn Abdul Wahhab. Buktinya, tidak ada seorang muslim-pun sebelum Muhammad Ibn Abdul Wahhab yang mengharamkan perkataan: ”Yaa Muhammad (Wahai Muhammad)...”. Bahkan orang yang oleh Muhammad ibn Abdul Wahhab disebutnya sebagai “Syaikh al-Islam”; iaitu Ahmad ibn Taimiyah telah membolehkan mengucapkan “Ya Muhammad…” bagi orang yang sedang kesusahan karena tertimpa semacam lumpuh pada kakinya (al-Khadar). Ibn Taimiyah mengatakan bahwa dianjurkan bagi orang yang tertimpa semacam kelumpuhan pada kaki yang tidak dapat digerakan untuk mengucapkan “Yaa Muhammad…”. Yang dimaksud al-khadar pada kaki di sini bukan artinya “kesemutan”, juga bukan lumpuh yang permanen, tapi yang dimaksud adalah lumpuh sementara karena terlalu lama duduk atau semacamnya. Rekomendasi Ibn Taimiyah ini ia dasarkan kepada apa yang telah dilakukan oleh sahabat Abdullah ibn Umar, bahwa suatu ketika sahabat yang mulia ini tertimpa al-khadar pada kakinya, lalu ada orang yang berkata kepadanya: “Sebutkan orang yang paling engkau cintai!!”, kemudian Abdullah ibnu Umar berkata” “Yaa Muhammad…”
Anda katakan kepada kaum wahhabi:
“Ibn Taimiyah yang kalian sebut sebagai “syaikh al-Islam” membolehkan perkara di atas, sementara kalian menamakan itu sebagai kekufuran. Dalam hal ini, bahkan Ibn Taimiyah sendiri terbebas dan tidak sejalan dengan apa yang kalian yakini. Dengan dasar apa kalian mengaku sebagai bagian dari orang-orang Islam?! Kalian bukan orang-orang Islam, karena kalian mengkafirkan seluruh umat Islam yang mengucapkan ”Ya Muhammad...”, padahal tidak ada seorangpun yang mengharamkan perkataan ”Ya Muhammad...” kecuali kalian sendiri yang pertamakali mengharamkannya. Dan sesungguhnya barangsiapa mengkafirkan umat Islam maka dia sendiri yang kafir, karena umat ini akan senantiasa akan berada dalam agama Islam hingga hari kiamat. Imam al Bukhari dalam kitab Shahih meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda:
لَنْ يَزَال أمْرُ هذِه الأمّةِ مُسْتَقِيْمًا حَتّى تَقُوْمَ السّاعَةُ أوْ حَتّى يَأتِيَ أمْرُ اللهِ (روَاه البُخَاري)
“Senantiasa urusan umat ini akan selalu dalam kebenaran hingga datang kiamat, atau hingga dating urusan Allah” [HR al-Bukhari]
Jika mereka berkata: ”Ibn Taimiyah tidak berkata demikian!!”, maka anda katakan kepada mereka: ”Ada buktinya, itu ditulis oleh Ibn Taimiyah dalam bukunya berjudul ”al Kalim ath Thayyib”. Para ulama yang menuliskan biografi Ibn Taimiyah mengatakan bahwa ”al Kalim ath Thayyib” benar-benar sebagai salah satu dari karya-karyanya, di antaranya disebutkan oleh Shalahuddin ash-Shafadi; salah seorang yang hidup semasa dengan Ibn Taimiyah sendiri dan banyak mengambil darinya.
JAWAPAN BAGI SEGALA TUDUHAN
1. SERUAN DAKWAH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB
Telah berkta Syaikh Muhammad Bin Abdul Wahhab,
“Segala puji bagi Allah, aku tidak menyeru kepada mazhab sufi, mazhab fekah, golongan ilmu Kalam ataupun kepada para imam yang terkenal seperti Ibn al-Qayyim, al-Dhahabi, Ibn Kathir dan lainlain lagi. Namun aku menyeru kepada Allah yang Maha Esa yang tiada sekutu bagi-Nya dan kepada Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam yang diwasiatkan ke atas golongan awal umat baginda serta golongan terkemudian daripadanya..."
[Muallifat al-Syeikh Muhammad bin Abd. al-Wahhab, bahagian kelima, kitab al-Rasa’il al-Syaksiyyah, hlm. 252]
Maka, jelaslah kepada kita bahawa dakwah Syaikh Muhammad Bin abdul Wahhab bukanlah seruan kepada mana-mana ulama’ melainkan kepada Allah dan Rasul-Nya s.a.w. Maka, kalaupun sungguh terdapat percanggahan pendapat antara syaikh ini dengan mana-mana ulama termasuklah Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah, ianya tidak lah membawa sebarang pengertian kerana Syaikh Muhammad Bin Abdul Wahhab sendiri telah menyatakan pendiriannya bahawa seruan dakwahnya ialah Allah dan Rasul-Nya; bukan kepada mana-mana mazhab ataupun para imam yang terkenal.
2. MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM
Selanjutnya, Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab berkata,
“(Mereka menuduh) daku mengatakan bahawa manusia pada sekian sekian zaman itu tidak mengetahui suatu apapun, daku mengkafirkan sesiapa yang bertawassul dengan orang yang salih, daku mengkafirkan al-Busayri, daku mengkafirkan sesiapa yang bersumpah selain nama Allah…Maka sebagai jawapan terhadap pertuduhan ini daku mengatakan Hadza Buhtanun ‘Adhim (ini suatu pembohongan besar)."
[Majmu‘ah Muallafat al-Syeikh, Jil. 5, hlm. 11-12. Selain itu sila lihat risalah perutusan al-Syeikh al-Imam kepada Ibn Sahim, Jil. 5, hlm. 62.]
"Mereka ingin jadikan kami kuda tunggangan syaitan, menerusi penyebaran pembohongan sehingga amat malu untuk orang yang berakal menyatakannya. Antara kata-kata yang sampai kepadamu bahawa daku mengkafirkan umat Islam kecuali bagi sesiapa yang mengikutiku serta kononnya daku mendakwa tidak sah pernikahan yang dilakukan sebahagian umat Islam. Betapa ajaibnya hal ini boleh keluar dari mulut orang yang berakal. Adakah yang menyatakannya seorang muslim, kafir mahupun orang gila?"
[Majmu‘ah Muallafat al-Syeikh, Jil. 5, hlm. 38.]
3. YA MUHAMMAD
Al-Syeikh ‘Abd. Allah bin ‘Abd. al-Rahman Abu Buthayn pernah berkata ketika mana beliau menyebutkan tipudaya serta kesalahan Ibn Jurjis (iaitu ulama yang mungkin menjadi sumber rujukan penuduh-kata saya) seperti berikut:
“Sebahagian mereka menyatakan bahawa Syeikh al-Islam Ibn Taymiyyah rahimahullah menyebutkan beberapa buah cerita yang menunjukkan bahawa bermohon kepada orang yang sudah mati bukan merupakan perbuatan syirik. Ia berkait dengan suatu peristiwa di mana seorang lelaki menziarahi makam Nabi sallalahu ‘alayhi wa sallam. Lelaki ini mengadu kepada baginda tentang kemarau serta kesakitan matanya.
Lalu Nabi mengarahkannya supaya pergi berjumpa ‘Umar al-Khattab radiyallahu ‘anh supaya melaksanakan solat istisqo’ (mohon hujan -penterjemah) beserta kaum muslimin lainnya…
Ini hanya tipudaya terhadap sumber ambilan serta pembohongan terhadap Syeikh al-Islam rahimahullah. Beliau hanya menyebutkan kisah demikian dalam konteks percakapan bagi menyatakan sebahagian perbuatan bid’ah yang dilakukan. Ia membabitkan permohonan kepada makam Nabi atau selainnya yang sepatutnya dilakukan kepada Allah jua.”
[al-Intisor, hlm. 14 serta Majmu’ah al-Rasa’il, Jil. 4, hlm. 473.]
al-Syeikh Muhammad bin Nasir al-Tahami turut mengungkapkan tipudaya Ibn Jurjis yang menyalahgunakan isi kandungan teks Ibn Taymiyyah serta Ibn al-Qayyim. Ia seperti berikut:
“Dawud ibn Jurjis menyebutkan bahawa al-Syeikh Taqi al-Din serta muridnya Ibn al-Qayyim tidak menetapkan kekufuran besar serta syirik terhadap sesiapa yang meyakini ke atas kubur serta beristigoshah kepada orang yang sudah mati. Dia mendakwa kedua orang syeikh ini hanya menyatakan perkara tersebut di bawah bab kufur kecil sahaja. Hakikatnya, Ibn Jurjis hanya mengambil kenyataan mereka secara tidak lengkap serta melakukan pemotongan di sana sini supaya sesuai dengan seleranya.”
[Ayqaz al-Wasnan, helaian 7]
al-Tahami seterusnya mengemukakan kenyataan sebenar Ibn Taymiyyah serta Ibn al-Qayyim berdasarkan hasil penulisan mereka. Merujuk kepada Ibn al-Qayyim, beliau berdasarkan kepada kitabnya bertajuk Syarh al-Manazil al-Sa’irin di mana Ibn al-Qayyim mengulas dua jenis syirik iaitu syirik besar diikuti dengan syirik kecil. Merujuk Ibn Taymiyyah pula, beliau mengemukakan kenyataan tuan syeikh ini seperti berikut:
“Sesiapa yang mengambil sikap melampau (Ghulan) terhadap seorang Nabi, atau kepada seorang lelaki salih dengan memperuntukkan kepada mereka beberapa sifat ketuhanan seumpama dengan berkata: “Wahai tuan-ku sekian..sekian tolonglah daku atau berilah kemenangan kepadaku, atau berilah rezeki kepadaku..” hingga akhirnya. Di mana kesemua ini merupakan perbuatan syirik serta kesesatan. Sudah semestinya dikehendaki pelakunya bertaubat. Jika dia menolak, maka dia dibunuh. Allah hanya mengutuskan Rasul-Rasul serta menurunkan kitab-kitab untuk menyuruh manusia agar mengabdikan diri mereka kepada-Nya sahaja serta tidak menjadikan yang lain tuhan beserta-Nya.”
[Ayqaz al-Wasnan, helaian 7]
Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah pernah berkata:
“Adapun meminta kepada Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam setelah kewafatan baginda bukan sesuatu yang disyariatkan. Namun kebanyakan manusia berterusan memohon kepada orang yang sudah mati serta kepada syeikh-syeikh ghaib serta selain mereka kesan dari hasutan syaitan-syaitan yang menyesatkan mereka dari jalan Allah. Ini sebagaimana yang dilakukan syaitan terhadap para penyembah berhala, matahari dan bulan. Ia dapat dilihat sama ada pada zaman kita mahupun lainnya.”
[Minhaj al-Ta’sis, hlm. 158.]
WalLahu a’lam.
Telah saya katakan dan telah saya serukan sebelum ini supaya kita sama-sama MENGKAJI TULISAN MANA-MANA PIHAK YANG KITA TENTANG (contohnya, golongan yang dinamakan Wahhabi) sebelum MENJENGUK KEPADA TULISAN ORANG-ORANG YANG MENENTANG (contohnya, sebahagian daripada kelompok yang menamakan diri mereka sebagai satu-satunya Jama’ah Ahlul Sunnah Wal Jama’ah).
Hal ini supaya kita menjadi manusia yang adil dalam menghukum dan dapat mengelakkan diri kita daripada saling tolong-menolong dalam menyebarkan fitnah dan kebatilan.
Harapan saya, semoga umat Islam kembali bersatu dalam menentang musuh kita yang sebenar-benarnya iaitu Yahudi Zionis la’natullah.
Allahu Akbar!!!
No comments:
Post a Comment