Pages

LIKE this Blog?? It's Up to You... MardhatilLah is Everything...=]

Friday, September 17, 2010

SAHABAT DI AKHIRAT @ SEKADAR KAWAN DI DUNIA??

r



Kata orang, sahabat ialah seseorang yang bersahabat dengan ketika susah dan senang. Kata orang, sahabat ialah seseorang yang sentiasa menyokong apa saja yang kita lakukan. Kata orang, sahabat ialah seseorang yang sentiasa membenarkan segala tidakan kita.


Apakah tafsiran sahabat yang sebenar-benarnya?


Menurut salah seorang sahabat Nabi s.a.w., `Alqamah r.a., sahabat yang baik mempunyai 7 ciri:


1. Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadannya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik darimu, ia akan menutupnya.
6. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
7. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanya kesusahanmu.


Dan telah berfirman Allah di dalam sebuah hadis qudis yang bermaksud,


“Sudah pastilah kecintaan-Ku itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana Aku. Sudah pasti pula kecintaan-Ku untuk orang yang saling cinta menyintai kerana Aku, sudah pasti pula kecintaan-Ku kepada orang-orang yang saling bantu membantu kerana Aku. Juga sudah pastilah kecintaan-Ku untuk orang yang saling tolong menolong kerana Aku.” [HR Ahmad dan Hakim]


Maka, telah jelaslah kepada kita betapa sahabat yang baik bukanlah semestinya seseorang yang sentiasa berada di samping kita atau yang sentiasa menyokong segala tindakan kita (walhal tindakan kita itu bertentangan dengan perintah Allah dan Rasul-Nya.)


Tetapi, sahabat yang baik ialah sesiapa yang mahu memastikan sahabatnya sentiasa berada di dalam keadaan yang terbaik. Jika benar tindakan sahabatnya, disokongnya dengan kata-kata semangat serta huluran bantuan sedaya yang mungkin. Di belakang kita, dia tak henti-henti menadah tangan memohon bantuan daripada Allah ta’ala agar dipermudahkan urusan kita.


Sebaliknya, jika dia melihat kita melakukan sesuatu kesalahan, dosa atau maksiat, dia tidak segan silu untuk memperbetulkan kesalahan kita. Salah kita ditegurnya sebaik bahasa demi membetulkan kesalahan kita dan mengembalikan diri shabat yang diksihinya itu ke jalan yang benar; tanpa memutuskan talian persahabatan yang telah lama terjalin.


Gambar hiasan


PUTUS CINTA


Tak perlu dipertikaikan lagi; masalah utama yang dihadapi oleh remaja dewasa ini ialah permasalahan cinta. Maka, setiap tindak tanduknya berkaitan cinta. Jika bercakap, dia menggunakan bahasa cinta. Jika berfikir, dia berfikir soal cinta. Jika membaca, sudah pasti Ayat-Ayat Cinta menjadi santapan utama. Dan bagi yang memiliki laman soial seperti Facebook, Myspace, Twitter, etc sudah pasti statusnya juga hanya berkisarkan permasalahan hati dan buah hatinya.


Dan di sini, pengaruh sahabat yang baik sangat memainkan peranan yang penting. Anda mahu kenal siapa sahabat baik anda? Bagi saya, sahabat yang baik ialah seseorang yang melafazkan kata, “Alhamdulillah” di saat dia mengetahui yang sahabatnya baru sahaja putus cinta dengan pasangan cinta bukan mahramnya.


Pelik? Ya, inilah dia sahabat baik yang sebenar-benarnya. Selama ini, dia tahu yang hubungan sahabatnya dengan gadis berkenaan adalah hubungan yang terlarang di sisi Allah kerana ianya mendekati zina. Maka, setiap hari, dia tidak henti-henti menasihati sahabatnya supaya segera berpisah bagi mengelakkan kemurkaan Allah dan pada setiap malam, dia berdoa kepada Allah supaya mereka segera terpisah.


Dan akhirnya, pasangan "merpati sejoli" tersebut benar-benar berpisah; sudah pasti dia turut sama bergembira meraikan perpisahan tersebut kerana perpisahan ini bukan sekadar perpisahan antara sepasang kekasih yang bukan mahram, sebaliknya ianya juga perpisahan daripada kerosakan hati angkara zina hati, perpisahan daripada dosa mendekati zina, perpisahan daripada azab Allah yang bakal diterima buat hamba-hambaNya yang kufur akan perintah-Nya serta perpisahan daripada hijab yang selama ini menjadi pengahalang daripada terqabulnya doa akibat berterusan melakukan maksiat.


Bukankah ini satu berita gembira yang seharusnya didahului dengan ucapan tasbih, tahmid dan takbir?


Sahabat yang baik saling nasihat-menasihati atas dasar kebenaran


Tapi, bagaimanakah tindakan kita selama ini sebaik sahaja mendengar pengaduan daripada sahabat kita yang baru putus cinta? Salah satu jawapan yang popular,


“Sudah lah…bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.”


Walna’uzubilLah, inilah dia sikap seorang sahabat yang “sangat baik dan terpuji” (“baik dan terpuji” lah sangat kan…). Betapa “baik”nya kita, sahabat kita baru sahaja terlepas daripad azab Allah, tiba-tiba kita mengajaknya kembali kepada azab dan kemurkaan Allah?!


Di akhirat, mereka yang memiliki sahabat seperti ini akan berasa menyesal kerana pernah bersahabat dengannya sebagaimana firman Allah (yang bermaksud),


"Wahai celakanya aku! Alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku…” [25:28-29]


Maka, carilah sahabat yang baik dan jadilah sahabat yang baik iaitu mereka yang menjalinkan persahabatan  atas dasar taqwa dan iman sebagaimana firman Allah (yang bermaksud),


“Pada hari itu sahabat-sahabat karib sebahagiannya akan menjadi musuh kepada sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertawa (iaitu yang bersahabat atas dasar iman dan amal soleh)…(Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh. (Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): "Masuklah kamu ke dalam syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan". [43:67-70]


Sabda Rasulullah s.a.w (yang bermaksud),


"Seseorang itu mengikuti agama sahabatnya. Maka, hendaklah kalian memperhatikan siapa sahabat kalian." [Hadits hasan, diriwayatkan Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzi]


Renung-renungkan dan selamat bersahabat… =)

2 comments:

Share your Blog with Others... =]