Gambar Hiasan |
Kita bertanya, “Kenapa tak enforce undang-undang (yang dah tertulis)?”
Beliau berkata, “Ini soal hidayah…(hidayah) bukan hak kita.”
Sebelum itu, beliau berkata, “Kita tak mahu treat mereka macam budak-budak…mereka semua dah besar…biarlah kita treat mereka sebagai orang yang dah matured.”
Begitu jawapannya.
Kalau inilah jawapan yang diberi oleh semua orang yang mempunyai authority, mungkin kita patut usulkan supaya semua peraturan dimansuhkan dan semua penguatkuasa undang-undang diberhentikan kerja kerana:
· Kita semua telah matured dan patut diberi kebebasan untuk menentukan apa yang kita mahu
· Tak ada sesiapa pun yang sepatutnya menghalang kita melakukan kesalahan kerana ini soal hidayah; atau dengan kata lain, kita buat salah kerana belum dapat hidayah. Maka, kita perlu tunggu sehingga kita mendapat hidayah.
Kita berdoa semoga yang diberi kuasa turut diberikan hidayah supaya mereka mampu membezakan antara hidayah dan tanggungjawab (sebagai orang yang berkuasa).
“Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, ubahlah ia dengan tangannya; jika tidak mampu, ubahlah ia dengan lisannya; jika tidak mampu, ubahlah ia dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman.” [HR Muslim]
p/s: Agama adalah nasihat…untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin kaum muslimin, dan manusia pada umumnya.” [HR Muslim]
MANTAP!
ReplyDeleteSyukran atas peringatan ringkas ini.
Salam.
:)
Allahu Akbar..enta terlebih2 lah mantapnya..
ReplyDelete'afwan..tp lebih kpd utk mereka yg di atas..kita masih d bwh..
=]
go on anta..innamal a'maalu binniat...
ReplyDeleteANONYMY:
ReplyDeleteJzk Allah..satu peringatan yg mendalam bg ana..
=]
Desert Inn Casino and Spa - Las Vegas, NV | SEGA
ReplyDeleteDesert Inn Casino and Spa is a non-stop Vegas getaway. We offer septcasino a non-smoking poker room, a 24-hour gaming area and an expansive casino