Pages

LIKE this Blog?? It's Up to You... MardhatilLah is Everything...=]

Tuesday, February 8, 2011

ISTERI NABI PUTUS CINTA



Diceritakan bahawa pada suatu hari, Ummu Salamah dilanda satu musibah yang sangat besar dalam hidupnya iaitu kematian suami dan kekasih hatinya yang tercinta, Abu Salamah. Di saat kamatian jantung hatinya itu, Ummu Salamah berdoa dengan satu doa yang mahsyur,

“AlLahumma ajjirni fi mushibati wa akhlufli khairan minha.”


Yang bermaksud,

“Ya Allah, berilah aku pahala kerana musibahku ini dan berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya.”


Ummu Salamah kemudiannya bercerita,

“Belum selesai masa ‘iddahku, Allah telah memberikan pahala di atas musibahku dan menggantikan untukku orang yang lebih baik daripada Abu Salamah.”


Siapakah lelaki itu? Ya, dialah sebaik-baik lelaki dan sebaik-baik makhluk ciptaanNya. Siapa lagi kalau bukan Junjungan Besar, Nabi Muhammad s.a.w. Kekasih Allah dan Penghulu Sekalian Nabi.


Melalui kisah ini, terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita ambil:

·         Kita mestilah bersabar dan redha dengan setiap musibah dan ujian yang melanda hidup kita.

·        Kita mestilah yakin bahawa setiap musibah yang menimpa diri kita adalah atas kehendak Allah yang mahu menggantikan sesuatu yang lebih baik kepada kita sama ada berupa ganjaran pahala mahupun ganjaran-ganjaran keduniaan yang lain ataupun kedua-duanya sekali.

·        Contohi dan amalkanlah doa yang dibaca oleh Ummu Salamah ketika setiap kali dilanda ujian seperti kehilangan orang yang tersayang, harta benda, dilanda fitnah dan sebagainya.

·       Jika kita putus cinta, jangan putus asa dan jangan sesekali putus daripada berdoa kepada Allah agar diberikanNya galang ganti yang halal; jangan pula mencari lagi pasangan hidup yang haram setelah Allah menyelamatkan kita daripada mendekati zina yang semestinya membawa ke neraka.

·      Kalau masih belajar, teruskanlah pembelajaran seperti biasa; usah terburu-buru mahu mencari pengganti si "dia" yang telah pergi (bagi yang belum berkahwin). Yakinlah pada janji Allah yang telah menjodohkan kita dengan seseorang yang paling cocok dengan kita. Yakinlah bahawa apabila masanya telah tiba, kita akan diketemukan dan dijodohkan dengannya melalui talian perkahwinan yang halal dan sah, insya Allah. Tanyalah kepada mereka yang lebih berpengalaman…berapa ramai pasangan hidup yang setia bercinta dari alam menuntut ilmu sehingga berjaya menjejaki alam rumahtangga?

·        Persiapkanlah diri kita dengan amalan soleh kerana boleh jadi rezeki kita (perkahwinan, jodoh) terhalang kerana ada dosa yang kita lakukan dan kita belum bertaubat daripadanya.


WalLahu a’lam…


p/s: Dah dekat Maulid Rasulullah…cinta Rasulullah lebih utama…kerana cintanya membawa ke syurga =]

No comments:

Post a Comment

Share your Blog with Others... =]