Pages

LIKE this Blog?? It's Up to You... MardhatilLah is Everything...=]

Monday, September 27, 2010

"YA MUHAMMAD": Muhammad Bin Abdul Wahhab Berkhilaf Dengan Ibnu Taimiyyah?

INTRODUKSI


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya seorang kenalan saya telah memberitahu kepada saya tentang sesuatu yang amat tidak saya senangi iaitu budaya tafkir yang berkisar dalam masyarakat kita.

Maka, di sini saya nukilkan apa yang telah saya terima daripada kawan saya tersebut serta jawapan bagi segala tuduhan yang tidak berasas itu. Semoga Allah memberi hidayah kepada seluruh umat Islam agar diri kita sentiasa terpimpin di atas landasan kebenaran serta kesatuan.

TUDUHAN

CARA MUDAH MEMBUNGKAM ORANG-ORANG SESAT WAHABI

Anda katakan kepada mereka:

“Ajaran agama kalian itu baru, dirintis oleh Muhammad ibn Abdul Wahhab. Buktinya, tidak ada seorang muslim-pun sebelum Muhammad Ibn Abdul Wahhab yang mengharamkan perkataan: ”Yaa Muhammad (Wahai Muhammad)...”. Bahkan orang yang oleh Muhammad ibn Abdul Wahhab disebutnya sebagai “Syaikh al-Islam”; iaitu Ahmad ibn Taimiyah telah membolehkan mengucapkan “Ya Muhammad…” bagi orang yang sedang kesusahan karena tertimpa semacam lumpuh pada kakinya (al-Khadar). Ibn Taimiyah mengatakan bahwa dianjurkan bagi orang yang tertimpa semacam kelumpuhan pada kaki yang tidak dapat digerakan untuk mengucapkan “Yaa Muhammad…”. Yang dimaksud al-khadar pada kaki di sini bukan artinya “kesemutan”, juga bukan lumpuh yang permanen, tapi yang dimaksud adalah lumpuh sementara karena terlalu lama duduk atau semacamnya. Rekomendasi Ibn Taimiyah ini ia dasarkan kepada apa yang telah dilakukan oleh sahabat Abdullah ibn Umar, bahwa suatu ketika sahabat yang mulia ini tertimpa al-khadar pada kakinya, lalu ada orang yang berkata kepadanya: “Sebutkan orang yang paling engkau cintai!!”, kemudian Abdullah ibnu Umar berkata” “Yaa Muhammad…”

Anda katakan kepada kaum wahhabi:

“Ibn Taimiyah yang kalian sebut sebagai “syaikh al-Islam” membolehkan perkara di atas, sementara kalian menamakan itu sebagai kekufuran. Dalam hal ini, bahkan Ibn Taimiyah sendiri terbebas dan tidak sejalan dengan apa yang kalian yakini. Dengan dasar apa kalian mengaku sebagai bagian dari orang-orang Islam?! Kalian bukan orang-orang Islam, karena kalian mengkafirkan seluruh umat Islam yang mengucapkan ”Ya Muhammad...”, padahal tidak ada seorangpun yang mengharamkan perkataan ”Ya Muhammad...” kecuali kalian sendiri yang pertamakali mengharamkannya. Dan sesungguhnya barangsiapa mengkafirkan umat Islam maka dia sendiri yang kafir, karena umat ini akan senantiasa akan berada dalam agama Islam hingga hari kiamat. Imam al Bukhari dalam kitab Shahih meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda:

لَنْ يَزَال أمْرُ هذِه الأمّةِ مُسْتَقِيْمًا حَتّى تَقُوْمَ السّاعَةُ أوْ حَتّى يَأتِيَ أمْرُ اللهِ (روَاه البُخَاري)

“Senantiasa urusan umat ini akan selalu dalam kebenaran hingga datang kiamat, atau hingga dating urusan Allah” [HR al-Bukhari]

Jika mereka berkata: ”Ibn Taimiyah tidak berkata demikian!!”, maka anda katakan kepada mereka: ”Ada buktinya, itu ditulis oleh Ibn Taimiyah dalam bukunya berjudul ”al Kalim ath Thayyib”. Para ulama yang menuliskan biografi Ibn Taimiyah mengatakan bahwa ”al Kalim ath Thayyib” benar-benar sebagai salah satu dari karya-karyanya, di antaranya disebutkan oleh Shalahuddin ash-Shafadi; salah seorang yang hidup semasa dengan Ibn Taimiyah sendiri dan banyak mengambil darinya.

Petikan kitab yang menjadi rujukan si penuduh


JAWAPAN BAGI SEGALA TUDUHAN


1.      SERUAN DAKWAH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB

Telah berkta Syaikh Muhammad Bin Abdul Wahhab,

“Segala puji bagi Allah, aku tidak menyeru kepada mazhab sufi, mazhab fekah, golongan ilmu Kalam ataupun kepada para imam yang terkenal seperti Ibn al-Qayyim, al-Dhahabi, Ibn Kathir dan lainlain lagi. Namun aku menyeru kepada Allah yang Maha Esa yang tiada sekutu bagi-Nya dan kepada Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam yang diwasiatkan ke atas golongan awal umat baginda serta golongan terkemudian daripadanya..."
[Muallifat al-Syeikh Muhammad bin Abd. al-Wahhab, bahagian kelima, kitab al-Rasa’il al-Syaksiyyah, hlm. 252]

Maka, jelaslah kepada kita bahawa dakwah Syaikh Muhammad Bin abdul Wahhab bukanlah seruan kepada mana-mana ulama’ melainkan kepada Allah dan Rasul-Nya s.a.w. Maka, kalaupun sungguh terdapat percanggahan pendapat antara syaikh ini dengan mana-mana ulama termasuklah Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah, ianya tidak lah membawa sebarang pengertian kerana Syaikh Muhammad Bin Abdul Wahhab sendiri telah menyatakan pendiriannya bahawa seruan dakwahnya ialah Allah dan Rasul-Nya; bukan kepada mana-mana mazhab ataupun para imam yang terkenal.


2.      MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM

Selanjutnya, Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab berkata,

“(Mereka menuduh) daku mengatakan bahawa manusia pada sekian sekian zaman itu tidak mengetahui suatu apapun, daku mengkafirkan sesiapa yang bertawassul dengan orang yang salih, daku mengkafirkan al-Busayri, daku mengkafirkan sesiapa yang bersumpah selain nama Allah…Maka sebagai jawapan terhadap pertuduhan ini daku mengatakan Hadza Buhtanun ‘Adhim (ini suatu pembohongan besar)."
[Majmu‘ah Muallafat al-Syeikh, Jil. 5, hlm. 11-12. Selain itu sila lihat risalah perutusan al-Syeikh al-Imam kepada Ibn Sahim, Jil. 5, hlm. 62.]

"Mereka ingin jadikan kami kuda tunggangan syaitan, menerusi penyebaran pembohongan sehingga amat malu untuk orang yang berakal menyatakannya. Antara kata-kata yang sampai kepadamu bahawa daku mengkafirkan umat Islam kecuali bagi sesiapa yang mengikutiku serta kononnya daku mendakwa tidak sah pernikahan yang dilakukan sebahagian umat Islam. Betapa ajaibnya hal ini boleh keluar dari mulut orang yang berakal. Adakah yang menyatakannya seorang muslim, kafir mahupun orang gila?"
[Majmu‘ah Muallafat al-Syeikh, Jil. 5, hlm. 38.]


3.      YA MUHAMMAD

Al-Syeikh ‘Abd. Allah bin ‘Abd. al-Rahman Abu Buthayn pernah berkata ketika mana beliau menyebutkan tipudaya serta kesalahan Ibn Jurjis (iaitu ulama yang mungkin menjadi sumber rujukan penuduh-kata saya) seperti berikut:

“Sebahagian mereka menyatakan bahawa Syeikh al-Islam Ibn Taymiyyah rahimahullah menyebutkan beberapa buah cerita yang menunjukkan bahawa bermohon kepada orang yang sudah mati bukan merupakan perbuatan syirik. Ia berkait dengan suatu peristiwa di mana seorang lelaki menziarahi makam Nabi sallalahu ‘alayhi wa sallam. Lelaki ini mengadu kepada baginda tentang kemarau serta kesakitan matanya.

Lalu Nabi mengarahkannya supaya pergi berjumpa ‘Umar al-Khattab radiyallahu ‘anh supaya melaksanakan solat istisqo’ (mohon hujan -penterjemah) beserta kaum muslimin lainnya…

Ini hanya tipudaya terhadap sumber ambilan serta pembohongan terhadap Syeikh al-Islam rahimahullah. Beliau hanya menyebutkan kisah demikian dalam konteks percakapan bagi menyatakan sebahagian perbuatan bid’ah yang dilakukan. Ia membabitkan permohonan kepada makam Nabi atau selainnya yang sepatutnya dilakukan kepada Allah jua.”
[al-Intisor, hlm. 14 serta Majmu’ah al-Rasa’il, Jil. 4, hlm. 473.]

al-Syeikh Muhammad bin Nasir al-Tahami turut mengungkapkan tipudaya Ibn Jurjis yang menyalahgunakan isi kandungan teks Ibn Taymiyyah serta Ibn al-Qayyim. Ia seperti berikut:

“Dawud ibn Jurjis menyebutkan bahawa al-Syeikh Taqi al-Din serta muridnya Ibn al-Qayyim tidak menetapkan kekufuran besar serta syirik terhadap sesiapa yang meyakini ke atas kubur serta beristigoshah kepada orang yang sudah mati. Dia mendakwa kedua orang syeikh ini hanya menyatakan perkara tersebut di bawah bab kufur kecil sahaja. Hakikatnya, Ibn Jurjis hanya mengambil kenyataan mereka secara tidak lengkap serta melakukan pemotongan di sana sini supaya sesuai dengan seleranya.”
[Ayqaz al-Wasnan, helaian 7]

al-Tahami seterusnya mengemukakan kenyataan sebenar Ibn Taymiyyah serta Ibn al-Qayyim berdasarkan hasil penulisan mereka. Merujuk kepada Ibn al-Qayyim, beliau berdasarkan kepada kitabnya bertajuk Syarh al-Manazil al-Sa’irin di mana Ibn al-Qayyim mengulas dua jenis syirik iaitu syirik besar diikuti dengan syirik kecil. Merujuk Ibn Taymiyyah pula, beliau mengemukakan kenyataan tuan syeikh ini seperti berikut:

“Sesiapa yang mengambil sikap melampau (Ghulan) terhadap seorang Nabi, atau kepada seorang lelaki salih dengan memperuntukkan kepada mereka beberapa sifat ketuhanan seumpama dengan berkata: “Wahai tuan-ku sekian..sekian tolonglah daku atau berilah kemenangan kepadaku, atau berilah rezeki kepadaku..” hingga akhirnya. Di mana kesemua ini merupakan perbuatan syirik serta kesesatan. Sudah semestinya dikehendaki pelakunya bertaubat. Jika dia menolak, maka dia dibunuh. Allah hanya mengutuskan Rasul-Rasul serta menurunkan kitab-kitab untuk menyuruh manusia agar mengabdikan diri mereka kepada-Nya sahaja serta tidak menjadikan yang lain tuhan beserta-Nya.”
[Ayqaz al-Wasnan, helaian 7]

Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah pernah berkata:

“Adapun meminta kepada Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam setelah kewafatan baginda bukan sesuatu yang disyariatkan. Namun kebanyakan manusia berterusan memohon kepada orang yang sudah mati serta kepada syeikh-syeikh ghaib serta selain mereka kesan dari hasutan syaitan-syaitan yang menyesatkan mereka dari jalan Allah. Ini sebagaimana yang dilakukan syaitan terhadap para penyembah berhala, matahari dan bulan. Ia dapat dilihat sama ada pada zaman kita mahupun lainnya.” 
[Minhaj al-Ta’sis, hlm. 158.]

WalLahu a’lam.

Telah saya katakan dan telah saya serukan sebelum ini supaya kita sama-sama MENGKAJI TULISAN MANA-MANA PIHAK YANG KITA TENTANG (contohnya, golongan yang dinamakan Wahhabi) sebelum MENJENGUK KEPADA TULISAN ORANG-ORANG YANG MENENTANG (contohnya, sebahagian daripada kelompok yang menamakan diri mereka sebagai satu-satunya Jama’ah Ahlul Sunnah Wal Jama’ah).

Hal ini supaya kita menjadi manusia yang adil dalam menghukum dan dapat mengelakkan diri kita daripada saling tolong-menolong dalam menyebarkan fitnah dan kebatilan.

Harapan saya, semoga umat Islam kembali bersatu dalam menentang musuh kita yang sebenar-benarnya iaitu Yahudi Zionis la’natullah.

Allahu Akbar!!!

Wednesday, September 22, 2010

HUKUM MEMBACA ZODIAK (DAN YANG SETARA DENGANNYA) DI SISI ISLAM





Mungkin ramai yang sudah sedia maklum tentang kedudukan amalan mempercayai (atau sekadar membaca) zodiak di sisi Islam. Namun, dibimbangi masih ada antara kita yang masih belum mengetahui kedudukan hukum amalan ini (dan amalan-amalan lain yang setara dengannya seperti membaca maksud tersirat di sebalik nama, pekerjaan pada masa hadapan, tahap cinta, etc) di sisi Islam. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.



Ramalan Anda minggu ini:
Zodiak: Aquarius
Pekerjaan: Mula menjalankan pekerjaan yang tertunda.
Asmara: Patah semangat.
Kewangan: Rezeki yang diperoleh ternyata tidak sebanding dengan usaha yang anda lakukan.


Ukhti muslimah yang semoga dicintai oleh Allah, tulisan kami di atas sama sekali bukan bermaksud untuk menjadikan website ini sebagai website ramalan bintang, akan tetapi tulisan diatas merupakan kutipan dari sebuah website yang berisi tentang ramalan-ramalan nasib seseorang berdasarkan zodiak. Ya, ramalan zodiak atau yang biasa dikenali dengan ramalan bintang sudah menjadi "gaya hidup" modern anak muda sekarang. Terlebih khusus lagi bagi para pemudi (bahkan muslimah). Namun, alangkah baiknya apabila kita meninjau kedudukan (hukum) ramalan bintang ini berdasarkan syariat islam.


RAMALAN BINTANG TERMASUK ILMU NUJUM/PERBINTANGAN


Zodiak adalah tanda bintang seseorang yang didasarkan pada posisi matahari terhadap rasi bintang ketikaorang tersebut dilahirkan. Zodiak yang dikenal sebagai lambang astrologiterdiri dari 12 rasi bintang (Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra,Scorpio, Sagitarius, Capricorn, Aquarius dan Pisces). Zodiak ini biasadigunakan sebagai ramalan nasib seseorang, yaitu suatu ramalan yang didasarkan kepada kedudukan benda-benda tata surya di dalam zodiak (disarikan dari website Wikipedia). Dalam islam, zodiak termasuk ke dalam ilmu nujum/Perbintangan.


RAMALAN BINTANG ADALAH SIHIR


Rasulullah Shallahu alaihi wasallam bersabda: 


"Siapa yangmempelajari ilmu nujum berarti ia telah mempelajari cabang dari ilmu sihir,apabila bertambah ilmu nujumnya maka bertambah pulalah ilmu sihirnya." (HR Ahmad dengan sanad hasan).


Hadits ini dengan jelas dan tegas menyatakan bahwa ilmunujum (yang termasuk dalam hal ini adalah ramalan bintang) merupakan bagiandari sihir. Bahkan Rasulullah menyatakan bahwa apabila ilmu nujumnya itubertambah, maka hal ini berarti bertambah pula ilmu sihir yang dipelajari orangtersebut.


Sedangkan hukum sihir itu sendiri adalah haram dan termasuk kekafiran, sebagaimana Allah berfirman yang ertinya: 


"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca olehsyaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwaSulaiman itu mengerjakan sihir), Padahal Sulaiman tidak kafir (tidakmengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir)." (Qs. AlBaqarah: 102)


RAMALAN BINTANG=MENGETAHUI HAL YANG GHAIB


Seseorang yang mempercayai ramalan bintang, secara langsung maupun tidak langsung menyatakan bahwa ada zat selain Allah yang mengetahui perkaragaib. Padahal Allah telah menegaskan dalam Al-Qur'an bahwa tidak ada yangmengetahui perkara yang gaib kecuali Dia. Allah berfirman yang artinya: 


"Katakanlah: Tidak ada seorangpun di langit dan di bumiyang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah." (Qs. AnNaml: 65).


Dalam ayat lain, Allah menegaskan bahwa tidak ada seorang pun yangdapat mengetahui apa yang akan terjadi besok, sebagaimana firmanNya yang ertinya, 


"SesungguhnyaAllah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang hari Kiamat; dan Dia-lahyang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. dan tiadaseorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannyabesok. dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana Dia akan mati.Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal." (Qs.Luqman: 34).


Dakwaan bahwa ada yang mengetahui ilmu gaib selain Allah adalah kekafiran yang mengeluarkan dari islam.



RAMALAN BINTANG=RAMALAN DUKUN


Setiap orang yang menyatakan bahwa ia mengetahui hal yang gaib,maka pada hakikatnya ia adalah dukun. Baik dia itu tukang ramal, paranormal,ahli nujum dan lain-lain. (Mutiara Faidah Kitab Tauhid, Ust AbuIsa Hafizhohullah) Olehkarena itu, ramalan yang didapatkan melalui zodiak sama saja dengan ramalandukun. Hukum membaca ramalan bintang disamakan dengan hukum mendatangi dukun.(Kesimpulan dari penjelasan Syeikh Shalih bin Abdul Aziz Alu syaikh dalam kitab At-Tamhid).


HUKUM MEMBACA RAMALAN BINTANG


Orang yang membaca ramalan bintang/zodiak baik itu di majalah,koran, website, melihat di TV ataupun mendengarnya di radio memiliki rincian hukum seperti hukum orang yang mendatangi dukun, yaitu sebagai berikut:


1.      Jika ia membaca zodiak, meskipun ia tidak membenarkan ramalan tersebut. maka hukumnya adalahHARAM, sholatnya tidak diterima selama 40 hari.Dalilnya ialah,


"Barangsiapa yangmendatangi peramal, lalu menanyakan kepadanya tentang sesuatu, maka tidakditerima shalatnya selama 40 hari." (HR.Muslim)


2. Jika ia membaca zodiak kemudian membenarkan ramalan zodiak tersebut, maka ia telah KUFURterhadap ajaran Muhammad Shallahu alaihiwasallam. Rasulullah bersabda 


"Barang siapa yangmendatangi tukang ramal atau dukun, lalu mempercayai apa yang diucapkannya,maka ia telah kufur dengan wahyu yang diturunkan kepada Muhammad Shallahualaihi wasallam." (Hadits sahih Riwayat Imam Ahmad dan Hakim).


3. Jika ia membaca zodiak dengan tujuan untuk dibantah, dijelaskan dan diingkari tentang kesyirikannya, maka hukumnya terkadang dituntut bahkan WAJIB. (disarikan dari kitabTamhid karya Syeikh Shalih bin Abdul Aziz Alu syaikh dan Qaulul Mufid karya Syeikh Utsaimin dengan sedikit perubahan).



SHIO, FENGSHUI DAN KAD TAROT


Di zaman modern sekarangini tidak hanya zodiak yang digunakan sebagai sarana untuk meramal nasib.Seiring dengan berkembangnya zaman, ramalan-ramalan nasib dalam bentuk lainyang berasal dari luar pun mulai masuk ke dalam Indonesia. Di antararamalan-ramalan modern impor lainnya yang berkembang dan marak di Indonesiaadalah Shio, Fengshui (keduanya berasal dari Cina) dan kartu Tarot (yangberasal dari Italia dan masih sangat populer di Eropa). Kesemua hal inihukumnya sama dengan ramalan zodiak.


NASIB BAIK DAN NASIB BURUK


Ukhti muslimah yang semoga dicintai oleh Allah, jika ukhti renungkan, maka sesungguhnya orang-orang yang mencari tahu ramalan nasibmereka, tidak lain dan tidak bukan dikarenakan mereka menginginkan nasib yang baik dan terhindar dari nasib yang buruk. Akan tetapi, satu hal yang perlu kitacam dan yakinkan di dalam hati-hati kita, bahwa segala hal yang baik dan buruktelah Allah takdirkan 50 ribu tahun sebelum Allah menciptakan langit dan bumi,sebagaimana Nabi bersabda, 


"Allah telah menuliskan takdir seluruh makhluk 50 ribu tahun sebelum menciptakan langit dan bumi." (HR. Muslim).


Hanya Allah yang tahu nasib kita. Yang dapat kitalakukan adalah berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan hal yang baik danterhindar dari hal yang buruk, selebihnya kita serahkan semua hanya kepadaAllah. Allah berfirman yang artinya 


"Barangsiapayang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya." (Qs. AthThalaq: 3).


Terakhir, ingatlah, bahwa semua yang Allah tentukan bagi kitaadalah baik meskipun di mata kita hal tersebut adalah buruk. Allah berfirmanyang ertinya, 


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamumenyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkankamu tidak mengetahui." (Qs. Al-Baqarah: 216).


Berbaik sangkalah kepada Allah bahwa apabila kita mendapatkan suatu hal yangburuk, maka pasti ada kebaikan dan hikmah di balik itu semua. SesungguhnyaAllah Maha Pengasih dan Maha Adil terhadap hamba-hambaNya.


Penulis: Abu 'Uzair Boris TanesiaMuroja'ah: Ust Ahmad Daniel, Lc.(Alumni Universitas IslamMadinah, Saudi Arabia. Sekarang pensyarah di STDI Imam Syafi'i Jember)




p/s: sekali lagi diingatkan, sebarang aktiviti yang melibatkan mengetahui perkara yang ghaib adalah dilarang di sisi Islam walaupun niat kita mungkin sekadar nak main-main seperti mana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

"Barangsiapa yang mendatangi peramal, lalu menanyakan kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima shalatnya selama 40 hari." (HR.Muslim)

...tak kisah lah apa pun niatnya...walaupun sekadar "suka-suka"...


WALLAHU A'LAM.. 

Tuesday, September 21, 2010

CINTA SAMPAI KE SYURGA



Kisah ini dinukilkan berdasarkan kisah benar.

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. Isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.

Mereka dikurniakan 4 orang anak. Di sinilah awal cubaan menerpa. Setelah isterinya melahirkan anak keempat, tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal ini terjadi selama dua tahun.

Menginjak ke tahun ketiga seluruh tubuhnya menjadi lemah; bahkan terasa tidak bertulang. Lidahnya pun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan makanan, dan mengangkat isterinya ke tempat tidur.

Sebelum berangkat ke tempat kerja, dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak kesunyian.

Walaupun isterinya tidak dapat bercakap, dia selalu melihat isterinya tersenyum; dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya. Siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapkan isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, menggantikan pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya; bahkan sambil membesarkan keempat-empat buah hati mereka.

Sekarang, anak-anak mereka sudah dewasa. Hanya yang bongsu yang masih menuntut di kuliah. Pada suatu hari, keempat-empat anak Suyatno berkumpul di rumah ibu bapa mereka sambil menjenguk ibu mereka (kerana setelah bernikah, mereka tinggal dengan keluarga masing-masing).

Pak Suyatno masih tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu; semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup berhati-hati, anak yang sulung berkata,

"Pak kami ingin sekali merawat ibu. Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya,

"Sudah empat kali kami mengizinkan bapak menikah lagi; kami rasa, ibu pun akan mengizinkannya. Bila bapak dapat menikmati masa tua bapak kalau masih berkorban seperti ini? Kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini. Kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergilir-gilir,"

Rayu anaknya yang sulung.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.

"Anak-anakku, jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu, mungkin bapak akan berkahwin lagi. Tapi, ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku, itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."


Sejenak kerongkongannya tersekat.

"Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apa-apa pun. Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti ini?

Kalian menginginkan bapak bahagia; apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain; bagaimana pula dengan ibumu yang masih sakit?”

Sejenak meledak tangisan anak-anak pak Suyatno. Mereka juga melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelopak mata ibunya. Dengan pilu, ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu.

Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan program Bimbingan Rohani Selepas Subuh. Maka, juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak Suyatno,

“Apakah yang membuatkan bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?”

Ketika itu pak Suyatno pun menangis. Tetamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan rasa terharu.

Disitulah Pak Suyatno bercerita,

“Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintainya kerana Allah, maka semuanya akan luntur.

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya. Sewaktu dia sihat, dia pun dengan sabar merawat saya, mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya; bukan dengan mata kepala semata-mata. Dan dia memberikan saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik.

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah. Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya; apatah lagi ketika dia sakit. Setiap malam, saya bersujud dan menangis; dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya kerana DIA maha Mendengar."

Masih adakah lagi insan semulia Pak Suyatno di atas muka bumi ini? Semoga Allah memuliakan dia dan meletakkan dia dalam kalangan insan yang beroleh rahmat Allah.


p/s: Cerita ni diambil dari blog cikgu kepada kawan saya; tapi terlupa plak linknya.

Share your Blog with Others... =]