Pages

LIKE this Blog?? It's Up to You... MardhatilLah is Everything...=]

Wednesday, October 13, 2010

HAMKA: Tawassul & Wasilah


Wasilah ertinya perantaraan. Di dalam al-Quran, ada disebut,

$ygƒr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qà)®?$# ©!$# (#þqäótGö/$#ur Ïmøs9Î) s's#Åuqø9$# (#rßÎg»y_ur Îû ¾Ï&Î#Î6y öNà6¯=yès9 šcqßsÎ=øÿè? ÇÌÎÈ   

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadanya (wasilah); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.” [Al-Ma’idah:35]


Ayat ini dijadikan alasan oleh orang yang mengizinkan memohon kepada Allah dengan memakai orang perantaraan. Kata mereka,

“Sejelas itu ada wasilah di dalam Al-Quran, mengapa kita dilarang (daripada melakukannya)?!”


Apatah lagi pernah Umar bin Khattab ketika waktu solat meminta hujan, mempersilakan ‘Abbas bin Abdul Muttalin, bapa saudara Nabi s.a.w membaca doa permohonan kepada Allah agar hujan diturunkan. Maka, berdoalah ‘Abbas yang sedemikian bunyinya,

“Ya Allah, tidaklah turun suatu bencana kalau bukan kerana dosa dan tidak lah bencana itu akan dihindarkan melainkan dengan taubat. Dan sesungguhnnya kaum (ku) mengemukakan daku kerana hubunganku dengan Nabi-Mu. Maka, inilah tangan kami memohon kepada Engkau agar dosa (kami) diampunkan dan ubun-ubun kami tunduk kepada Engkau; memohon taubat. Turunkanlah hujan kepada kami.”


Hal yang seperti ini adalah hal yang biasa sahaja. Seseorang antara yang hadir di dalam majlis dipersilakan tampil ke hadapan untuk membaca doa. Dapatlah dirasai inti cerita ini jika kita bandingkan siapakah ‘Abbas dan siapakah ‘Umar.


Setiap kita mengakui bahawasanya jiwa ‘Umar, iman dan amal ‘Umar bin Khattab jauh lebih tinggi daripada iman dan amal ‘Abbas. ‘Umar yang yang telah hidup membesar bersama-sama Nabi, sama-sama menderita menegakkan agama Islam, yang dikatakan Nabi bahawa jika ada Nabi sesudah Muhammad, Umarlah yang patut menjadi Nabi. Berbanding dengan ‘Abbas bin Abdul Muttalib yang masuk Islam secara terang-terangan beberapa hari sebelum negeri Makkah dibuka (fathul Makkah).


Hari panas terik, dah lama tak turun hujan, lalu diadakan solat istisqa’, solat memohon hujan. Ramai sekali orang yang berkumpul. Lalu, ‘Umar yang besar (yang lebih tinggi martabatnya-penulis) mempersilakan ‘Abbas membaca doa (iaitu) ‘Abbas bapa saudara Nabi, ‘Abbas yang hidup segar bugar di hadapan ‘Umar; bukan ‘Abbas yang mati!




Janganlah wasilah dengan erti seperti ini disangkut-pautkan dengan memohon kepada Allah dengan perantaraan tulang di kubur. ‘Umar yang besar menyuruh ‘Abbas, rakyatnya membaca doa atau dengan perkataan yang halus, dipersilakan membaca doa; apatah lagi, dia bapa saudara Nabi.



Seorang alim yang solaeh mempersilakan seorang pemuda, muridnya menjadi imam dan sesudah solat, dipersilakannya membaca doa. Hal yang seperti itu boleh; bahkan memperkuatkan pendirian kita bahawa Tuhan mengkabulkan doa hamba-Nya, walaupun darjatnya masih di bawah daripada darjat seorang yang turut hadir pada waktu itu; sebagai (perbandingan) darjat ‘Abbas dengan ‘Umar tadi.


Kalau boleh (memohon) kepada orang yang telah mati, nescaya ‘Umar membawa orang-orang itu ke kubur Nabi; bukan kepada ‘Abbas yang masih hidup!


Dalam satu pertemuan, kita mempersilakan seorang kawan membaca doa; ertinya, dialah yang menjadi wasilah dari kita bersama-bersama menyampaikan permohonan. Dia membaca doa, kita mengaminkannya. Setiapa kita dituntut mendoakan seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, baik yang hidup atau yang mati. Ertinya, kita menjadi wailah menyampaikan permohonan ampun yang diharapkan oleh semuanya. Bahkan Nabi s.a.w pun kita doakan, semoga beliau dilimpahkan kurnia salawat dan salam oleh Ilahi!


Bahkan kita solat berjama’ah. Seorang antara kita dijadikan imam. Dibacakan Al-Fatihah dan kita diam saja sebab bacaan kita adalah bacaan imam itu. Hingga selesai dia membaca “wa laad-dhaalliin”, kita semuanya mengucapkan “amin”. Ketika itu, imam tadi menjadi wasilah kita; berbanding kita semua menyampaikan permohonan kita. Laksana ‘Abbas dijadikan wasilah oleh ‘Umar kerana dia bapa saudara Nabi. Lalu, ‘Umar dan yang lain semuanya mengaminkannya.


Setelah ‘Abbas meninggal dunia, tidak ada orang pergi berwasilah ke kuburnya. Kalau boleh berwasilah ke kubur ‘Abbas, tentu ke sana pun orang pergi; dan (hakikatnya)  tidak ada orang berwasilah ke sana. Kalau itu yang dikatakan wasilah sebagai alasan memohon kepada Syaikh dan wali yang telah berkubur, mengapa tidak ke kubur Abu Bakr atau ‘Umar? Mengapa tidak ke kubur Nabi sendiri? Bahkan dilarang oleh Nabi, janganlah bertawasul kepadanya. Lakukanlah sendiri-sendiri memohon kepada Allah!


Adakah terdapat tawasul dan wasilah?


Ada, sebab telah disebut dengan terang di dalam ayat tadi,

“…dan carilah yang boleh menyampaikan kepadanya (wasilah)…”


Jadi, apakah wasilah itu?


Wasilah ialah amal soleh. Wasilah ialah kepercayaan yang suci bersih, tidak bercampur sedikit pun dengan syirik. (Lalu,) terang-benderanglah jalan yang kita tempuh kepada Allah dengan tauhid, dengan mengesakan Tuhan, tiada bersekutu dengan orang lain. Dan aqidah atau kepercayaan yang teguh itu dibuktikan dengan amal yang soleh, dengan perbuatan utama.


Itulah wasilah atau jalan yang paling iangsung (lurus) kepada Tuhan; tidak ada jalan lain. Itulah yang dinamakan (sebagai) “Jalan yang lurus” atau garis yang lurus. Menurut ilmu ukur, garis lurus ialah hubungan yang paling dekat antara dua titik! Sehingga terlencong sedikit sahaja, jauhlah dia sejauh-jauhnya dan tidak ada harapan bertemu lagi!


Demikian pengaruh Tauhid Yang Mutlak bagi jiwa kita dan kemudiaanya bagi hidup kita dan keluarga kita, bahkan bagi negara dan masyarakat seluruhnya.


[Prof Dr. HAMKA, Falsafah Ketuhanan, Tawassul dan Wasilah, (141-145)]

No comments:

Post a Comment

Share your Blog with Others... =]