Pages

LIKE this Blog?? It's Up to You... MardhatilLah is Everything...=]

Tuesday, October 26, 2010

PAKAIAN RASULULLAH S.A.W



JENIS-JENIS PAKAIAN RASULULLAH S.A.W

Ummu Salamah meriwayatkan,
“Pakaian yang paling disukai Rasulullah s.a.w ialah JUBAH (pakaian orang Arab).” [HR Timizi & Abu dawud]

Anas bin Malik meriwayatkan,
“Pakaian yang paling disukai Rasulullah s.a.w ialah HIBARAH (jenis pakaian berasal dari Yaman)” [HR Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Nasa’I & Ahmad]

Mughirah bin Syu’bah meriwayatkan,
“Rasulullah s.a.w pernah mengenakan JUBAH ROMAWI di mana lengan jubah itu sempit.” [HR Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Nasa’I & Ahmad]

Asma binti Yazid meriwayatkan,
“(Panjang) lengan baju Rasulullah s.a.w hingga pergelangan lengan.” [HR Tirmizi, Nasa’I & Abu Dawud]


WARNA-WARNA PAKAIAN RASULULLAH S.A.W

Abu Juhaifah meriwayatkan,
“Saya melihat Rasulullah s.a.w mengenakan pakaian berwarna MERAH seakan-akan saya boleh melihat kilauan dari betis baginda.” Sufian berkata, “Pada hemat saya, yang dimaksudkan dengan pakaian berwarna merah itu ialah hibarah.” [HR Tirmizi, Bukhari , Muslim & Ahmad]

Abu Ramtsah meriwayatkan,
“Saya pernah melihat Nabi s.a.w mengenakan dua helai pakaian berwarna HIJAU.” [HR Tirmizi, Nasa’I & Ahmad]

Aisyah meriwayatkan,
“Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w keluar dengan mengenakan pakaian yang diperbuat daripada bulu-bulu berwarna HITAM.” [HR Tirmizi, Muslim & Ahmad]


PENSYARIATAN (SUNNAH TASYRI’IYYAH) MEMAKAI BAJU BERWARNA PUTIH

Ibnu ‘Abbas meriwayatakn bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“HENDAKLAH kalian mengenakan pakaian yang berwarna PUTIH. Orang-orang yang masih hidup antara kalian hendaklah mengenakan pakaian berwarna putih. Dan orang-orang yang telah meninggal dunia, hendaklah dikafankan dengan kain yang berwarna putih. Sesungguhnya, pakaian yang berwarna putih itu merupakan bahagian pakaian yang paling baik bagi kalian.” [HR Tirmizi, Abuu Dawud, Ibnu Majah & Ahmad]

Samurah bin Jundab meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.aw bersabda,
“HENDAKLAH kalian mengenakan pakaian berwarna PUTIH. Sesungguhnya pakaian berwarna putih itu lebih suci dan lebih baik bagi kalian. Dan hendaklah kalian mengkafankan orang-orang yang meninggal dunia dengan kain kafan berwarna putih.” [Hr Tirmizi, Nas’I, Ibnu Majah, Abu Dawud, baihaqi & Hakim]


KESIMPULAN

Nabi s.aw. memakai pelbagai jenis pakaian. Ada kalanya, baginda memakai jubah, hibarah (pakaian dari Yaman), malah memakai jubah buatan bangsa Romawi yang merupakan salah satu musuh umat Islam.

Hal ini menggambarkan sikap Islam sebagai agama universal yang menerima sebarang bentuk pakaian selagi mana ianya menutup aurat dan tidak mewakili agama sesuatu kaum (contohnya, dilarang memakai jubah sami agama Budha, jubah paderi, atau pakaian yang mempunyai simbol-simbol agama lain seperti salib, bintang Daud agama Yahudi).

Antara sunnah yang disyariatkan ialah memakai sebarang pakaian berwarna putih kerana hadis-hadis berkaitan pemakaian pakaian berwarna putih ini jelas menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w memerintahkan para sahabat supaya memakai pakaian berwarna putih; berbanding dengan hadis-hadis yang berkaitan jenis-jenis pakaian Rasulullah s.a.w.

Namun begitu, sikap mahu memakai jenis-jenis pakaian yang pernah dipakai oleh Nabi s.a.w adalah sifat yang terpuji sebagai tanda cinta dan kasih kepada baginda dan semoga dinilai sebagai ibadah oleh Allah s.w.t.

WalLahu a’lam.


p/s: Ini hanyalah sebahagian kecil daripada hadis-hadis yang menyebut tentang pakaian Rasulullah s.aw. Untuk pengetahuan lanjut, bolehlah merujuk kepada kitab-kitab lain yang ada di pasaran.

2 comments:

  1. saya tumpang baca sahaja,lain saya pulangkan..hhuhu

    ReplyDelete
  2. Simply wish to say your article is as astounding.
    The clearness for your post is just spectacular and i could think you are a
    professional in this subject. Fine with your permission let me to seize your RSS feed to stay
    up to date with imminent post. Thanks a million
    and please keep up the gratifying work.

    My web page; harga sablon kaos; ,

    ReplyDelete

Share your Blog with Others... =]