Pages

LIKE this Blog?? It's Up to You... MardhatilLah is Everything...=]

Saturday, December 11, 2010

MUSIBAH & NIKMAT: Bila Allah Menduga Kita



Indahnya Ciptaan


Sebenarnya, di sebalik pelbagai perkara yang tidak menyenangkan yang kita rasa setiap hari, terdapat reka cipta indah yang tidak mampu dilihat dengan mata dan pengetahuan kita yang serba terhad. Hanya mereka yang memiliki mata batin yang tajam boleh mengenali keindahan dan itulah sebabnya mengapa mereka jarang mengeluh, walaupun mereka menghadapi keadaan yang sukar dan berat. Boleh jadi anda pernah mendengar contoh ciptaan di bawah ini.


Suatu hari, seorang anak bermain di atas lantai, sementara ibunya duduk di atas kerusi sambil menyulam. Anak yang seang bermain kemudian menoleh ke arah ibunya sambil memerhatikan apa yang dibuat oleh ibunya. Dia melihat sulaman ibunya dari bawah dan berasa hairan. Dia bertanya kepada ibunya,

“Apa yang sedang ibu lakukan?”


“Ibu sedang menyulam, nak,”

Jawab ibunya sambil terus menusukkan jarum dengan benang ke permuakaan kain.

“Tapi buat apa?”

Anak itu masih bertanya hairan.

“Sulaman itu kelihatan buruk sekali. Hanya benang-benang yang tidak tersusun dan tidak menarik untuk dilihat.”


Ibunya tersenyum. Lalu dia memberi isyarat pada anaknya untuk berdiri.

“Berdirilah nak…tengok sulaman ini dari atas sini…”


Anak itu berdiri dan menghampiri ibunya. Dia berjalan mendekati ibunya dan melihat sulaman karya ibunya dari atas. Dia berasa terkejut dan kagum pada keindahannya.

“Begitu indah sulaman ini wahai ibu. Padahal sulaman itu begitu buruk bila dilihat dari bawah,”


Kata anak itu. Ibunya hanya tersenyum sambil membelai kepala si anak.


Itulah contoh kehidupan kita. Kita hanya melihat sebahagian daripada perbuatan-Nya (ketetapan taqdir-Nya) dari bawah, maka kita dapati ianya buruk dan tidak menyenangkan; malah kita mengeluh dan menyalahkannya. Kalau kita boleh bersabar dan berusaha melihatnya dari tempat yang tepat, tentu kita akan memiliki sikap yang berbeza.


Pandangan mata hanya mampu melihat dari bahagian bawah dari reka cipta yang ada pada kehidupan ini; sementara dengan mata hati yang bersih dan dengan pengetahuan yang lurus, kita mampu melihat reka cipta dari bahagian atas. Dan ketika itu, kita akan mampu melihat keindahannya.


Apabila kita mampu melihat keindahan itu, kita tidak akan mengeluh lagi bahkan kita akan berasa kagum pada reka cipta yang indah itu. Jika kita tidak mampu menggunakan mata hati yang jernih dan tidak memiliki pengetahuan yang mencukupi, maka kita akan terus melihatnya dari bawah.


Seperti seorang anak yang dipaksa makan ubat yang pahit oleh ibunya atau disuntik oleh doktor; kita tidak mengetahui apa yang sedang terjadi pada diri kita, kerana itulah kita mula menyangka yang tidak baik dan kita pun menyangka yang buruk terhadap-Nya.





Dongaklah Ke Atas


Kekayaan dan kesenangan hidup di dunia juga merupakan ujian. Semua itu merupakan kesenangan hidup di dunia yang boleh jadi akan hanya menjadikan seseorang itu rugi di akhirat. Firman Allah di dalam Al-Quran,


“Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anank-anakmu itu hanyalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allah lah pahala yang besar.” [Al-Anfaal: 28]


Boleh jadi ujian kesenangan memberi impak yang lebih besar pada diri seseorang daripada ujian berbentuk musibah. Manusia seringkali ingat kepada Tuhannya ketika dia ditimpa susah. Tetapi, manusia sering kali lupa diri ketika beroleh kesenangan. Saat mendapat kesusahan, dia berpaling pada Tuhannya; tapi ketika mendapat nikmat, dia mengatakan semua itu kerana usahanya sendiri. Firman Allah,


"Maka apabila manusia ditimpa bahaya, dia menyeru Kami; kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami, dia berkata, “Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanya kerana kepintaran(ku)." Sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” [Az-Zumar: 49]


Terdapat satu kisah pendek yang boleh menjelaskan ayat di atas. Seorang pekerja bangunan sedang sibuk dengan kerjanya. Dia melakukan tugasnya di bahagian bawah bangunan, sementara rakan sekerjanya bekerja beberapa meter di atasnya.


Kemudian, pekerja yang di atas ingin meminta sesuatu kepada pekerja yang berada di bawah. Dia memanggil, tapi tidak didengari kerana bunyi dari mesin-mesin terlalu bising. Maka, dia mengeluarkan sekeping duit syiling dan melemparkannya ke bawah. Pekerja yang di bawah tidak mendongak ke atas. Ketika dia melihat ada syiling di atas tanah, dia mengambilnya begitu saja dan memasukkannya ke dalam poketnya. Pekerja yang berada di atas berasa amat kesal.


Dia sekali lagi mengeluarkan sekeping duit syiling; kali ini yang lebih besar dan melemparkannya ke bawah. Pekerja di bawah sekali lagi tidak mendongak ke atas. Dia melihat syiling yang ada berdekatan dengannya lalu mengambilnya.


Pekerja yang di atas kemudian mengambil seketul batu lalu melemparkannya ke bawah. Batu itu mengenai topi keselamtan pekerja yang berada di bawah. Setelah kejadian itu, berulah pekerja di bawah mendongak ke atas.


Kisah di atas hanya sebgai contoh untuk pembaca. Kisah ini sekadar menunjukkan betapa manusia sering lupa dan tidak ambil peduli ketika berurusan dengan kesenangan, tapi segera mendongak ke atas ketika mendapat musibah atau sesuatu yang tidak menyenangkan.


Untuk itu, kita perlu ingat bahawa kedua-dua hal di atas (kesusahan dan kesenangan) merupakan ujian dan persoalan hidup yang selalu kita hadapi dan rasakan dalam hidup ini.





p/s: Untuk bacaan lebih lanjut, dapatkan buku "Bila Allah Menduga Kita" karya Syed Alwi Al-Atas

No comments:

Post a Comment

Share your Blog with Others... =]