Walaupun saya seorang pelajar dalam jurusan agama, tapi saya juga turut mengalami satu masalah yang biasanya dihadapi oleh kebanyakan pelajar jurusan agama atau Bahasa Arab iaitu tak pandai atau kurang cekap menaip dalam tulisan Jawi atau Bahasa Arab dengan menggunakan komputer.
Kesannya, kita terpaksa mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiapkan sesuatu kertas kerja atau assignment; yang lebih teruk lagi, kita mungkin terus mengambil jalan mudah iaitu menulis dengan tangan.
Misalnya, untuk menaip huruf (ا), kita hanya perlu menaip huruf A yang sedia ada pada keyboard kita. Kalau nak taip huruf (ب), taipkan saja huruf B; untuk huruf (ت), taip huruf T dan begitulah selanjutnya.
Buat sesiapa yang berminat untuk mendownload perisian ini, anda boleh mendapatkannya dengan mengklik LINK ini.
mcm mne
ReplyDelete