Pages

LIKE this Blog?? It's Up to You... MardhatilLah is Everything...=]

Sunday, December 19, 2010

FACEBOOK: Adab-Adab Nak Add Saya



Assalamualaikum…


Apa motif saya tulis benda ni? Saya ni popular sangat ke? Ramai sangat ke orang yang nak add saya? Tak lah…saya tak lah popular. Cuma…ehm..baca ja lah k…


Ehm…sebenarnya, saya ni bukannya baik sangat pun. Sapa-sapa yang kenal saya atau pernah berkawan dengan saya di dunia reality atau maya pastinya tau macam mana perangai saya...


Saya ni tak lah bepekerti mulia seperti Saidina Abu Bakar, atau tegas dan berani seperti Saidina Umar, tak juga pemalu sangat seperti Saidina Usman, atau wara’ seperti Saidina Ali. Tapi, kalau nak tunggu jadi macam ni…macam agak mustahil jugak lah kan…


Lagi pun, saya ni bukannya kuat ibadah pun, ilmu pun tak seberapa. Tapi, tu lah…saya sedang berusaha untuk memperbaiki diri dari masa ke masa. Jadi, saya harap, anda sudi menolong saya dengan membaca entry ini…



PEREMPUAN


Kalau nak add saya, pakailah baju yang menutup aurat dengan sempurna. Bila dah tutup aurat elok-elok tu, tak payah lah tayang seluruh susuk badan kat orang; tunjuk muka dah la. Kalau dah  tunjuk muka tu, tal payah lah dok tersengih-sengih berposing, buat muka manja, buat lah muka serius sikit.


Kalau nak senyum sangat, senyum ja sorang-sorang kat depan cermin ataupun bernikah dan hadiahkan senyuman tu untuk si suami. Tapi, kalau rasa tak mampu lagi nak bernikah, bersabarlah dulu…simpan senyuman manja lagi menggoda tu untuk tatapan si suami k…?


Tapi, kalau tak tunjuk muka korang lagi bagus. Gantikan profil pic dengan gambar kartun ke…kucing ke…baby…ini yang terbaik…lagipun diorang ni lagi cute dan tak mengundang fitnah dan dosa.


Ait, lagi satu…korang minat Korea kan…hehe… Ya, satu dunia tau korang minat Korea. Tapi, tak payahlah gunakan gambar pelakon-pelakon Korea tu sebagai profil pic…ya lah, diorang lagi lah tak tutup aurat. Bukan setakat tak pakai tudung, siap berseluar pendek lagi…berDOSA jugak tu…DOSA sapa? DOSA korang lah…sebab share gambar tak senonoh dengan orang lain.


Kalau yang dah bernikah tu…ehm…tak payah lah letak gambar sendiri dalam FB…sebab diri korang dah jadi hak milik si suami. Suami yang faham agama pastinya akan rasa cemburu bila si isteri berkongsi kecantikannya dengan lelaki ajnabi (asing). Lagipun, korang dah bersuami kan…hiburkanlah dan bersoleklah untuk suami korang…bukan untuk orang lain.


Lagi pun, mana lah tau…kalau-kalau bekas “kekasih lama” masih lagi menyimpan perasaan kat korang… Dalam diam-diam, dia simpan gambar korang…nah…tiga-tiga dapat DOSA. Isteri berDOSA sebab tayang gambar kepada khalayak ramai, suami berDOSA sebab tak larang perbuatan si isteri, “x-isteri” pun berDOSA sebab simpan gambar bukan muhram dan isteri orang sebagai koleksi peribadi.


LELAKI


Buat lelaki, ikut suka korang lah nak guna profil pic apa pun, asalkan menutup aurat. Yang minat tengok bola tu, boleh ja kalau nak gunakan gambar diorang sebagai profil pic; yang penting, tutup aurat.


Cuma sejak akhir-akhir ni, saya perasan…dah ada lelaki yang suka buat posing-posing cute ni. Ya, tak lah salah…tapi, eii…macam tak normal je… Kita kan lelaki, buatlah gaya macho sikit. Bukan apa, takut ada yang tersalah anggap sebagai gay atau sutun. Eh, entah-entah korang betul-betul gay @ sutun?! Kalau betul, cepat-cepat lah bertaubat sebab Nabi s.a.w tak mengaku golongan ni sebagai umat baginda pada hari akhirat nanti.



MERPATI SEJOLI


Ya, saya tau korang sedang bercinta. Ya, saya tau, korang pun mesti tau yang bercinta sebelum bernikah itu HARAM di sisi Islam kan…? Tapi, kalau nak bercinta sangat pun, tak payahlah dok tayang gambar-gambar korang “saling bertampal” (antara satu sama lain) di FB.


Bercinta tu sendiri dah DOSA. Dedahkan maksiat di khalayak ramai satu lagi DOSA. Dan mana lah tau…aksi-aksi “bertampal” korang tu akan menjadi dorongan dan galakan kepada orang lain untuk bercouple dan “bertampal” jugak macam korang…DOSA lagi


Kalau yang tak “bertampal” pun, tak payah lah tayang gambar berdua-duaan di khalayak ramai, berDOSA tu…


Kalau tak tayang gambar berdua-duaan pun, tak payahlah “tergedik-gedik” mengaku “si dia” sebagai pasangan hidup korang pada status…banyak dosa yang korang boleh dapat melalui perbuatan ni. DOSA menipu, DOSA menggalakkan orang lain “tergedik-gedik” macam korang, DOSA mendapat pujian dan support daripada kawan-kawan “sejati” korang, etc…


DEBAT MAZHAB


Ni satu lagi golongan. Buat yang suka berdebat, saya syorkan korang masuk pertandingan berdebat…boleh gak dapat hadiah. Tak pun, tukar kos, amik kos Law…sebab budak-budak law memang selalu kena berdebat…hehe…


Ehm…berhentilah daripada saling memfitnah antara satu sama lain. Mazhab fiqh yang luas tu biarkanlah dengan keluasannya, jangan disempitkan. Begitu juga dengan wasilah dalam mengenal Allah. Melainkan kalau ternyata benar-benar sesat fiqh dan aqidah yang diamalkan dan diimaninya. Pada peringkat ini, sesiapa yang berilmu perlu menegur orang awam.


Tapi, mestilah dengan berhikmah. Tak perlu gunakan kata-kata kesat. Nabi s.a.w yang dapat wahyu tu pun beradab sopan bila bercakap dengan para pembesar Quraisy yang kafir. Nabi Musa sendiri diperintahkan oleh Allah supaya beradab sopan ketika berdakwah kepada Firaun. Inikan pula kita yang sesama Muslim.


Point saya di sini ialah...tegurlah saya kalau saya benar-benar salah atau tersesat dan jangan add saya untuk berdebat sebab saya bukannya banyak ilmu pun…


BISNESS


Ha…saya pantang jugak ni. Bersahabatlah dengan saya dengan niat yang ikhlas…bukan sebab nak buat bisness. Kalau betul-betul ikhlas nak tolong saya jadi kaya, hantar ja mesej kat saya....mintak nombor akaun saya. Nanti saya bagi nombor akaun saya, masukkan duit dalam akaun saya…hehe…nak tolong saya kan…?



TAK MAMPU


Buat sesiapa yang tak mampu penuhi adab-adab di atas, tak payah lah add saya. Saya bukannya apa, macam yang saya cakap awal-awal tadi…saya ni dah la amal ibadah sikit…so, tak nak lah tambah lagi DOSA dengan bersahabat dengan korang.


Tapi, kalau yang dah ter“add” saya tu…berubah lah k… Kalau tak nak jugak berubah, saya sangat-sangat-sangat “happy go lucky” kalau korang sudi gugurkan nama saya daripada senarai kawan-kawan korang…


Apa-apa pun, saya doakan semoga Allah sentiasa memberikan kita kekuatan untuk patuh pada suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Marilah kita sama-sama menempah istana mewah di akhirat dengan memperbanyakkan amal soleh dan saling menegur kekurangan, kelemahan, kesilapan dan kekhilafan antara satu sama lain.



Dan janganlah kita sengaja menempah rumah kos rendah di neraka kerana kehidupan di sana tersangat lah perit, terseksa lagi derita. Di dunia, memanglah seronok berposing depan orang ramai…ada yang pakai baju “adik” lagi…pastu, dapat pujian dan sanjungan orang lelaki…peminat pun ramai…tapi di akhirat? Ehm…“fikri-fikri” kan lah k…hehe…


WalLahu a’lam…




p/s: Sapa kata seronok buat jahat? Mungkin hati yang dah mati akan rasa nikmat bila buat jahat, tapi pada hakikatnya, kita hanya menjatuhkan maruah diri kita sendiri di dunia dan pastinya akan hilang segala nikmat tersebut di akhirat. Tapi, kalau buat baik, bukan saja hati akan rasa tenang, nama kita juga akan dikenang di dunia dan akhirat...

2 comments:

  1. penah dgr psl bercinta tu xde pon dlm islam,tp mcm mna nak ckp ekk..erm x bercinta tp hubungan tu mmg serius untuk ke hubungan sah..
    btw,ada point sy sokong n ade point terkena kt btg hidung jugak..adeiii..huhu
    otw untuk ubah ape yg xnormal tu..
    thanks tegur.. :)

    ReplyDelete
  2. SI PETAH: maaf, kalu jwpn sy ini x dpt memuaskan hati yg bertanya..insya Allah sy cuba mjwb sdaya mgkin

    ...Apa y kita tw, d cc Islam..x ada sbrg pergaulan bebas antara psgn yg bukan mhrm sblum nikah..hatta kalu dh bertunang sekali pun, batas pergaulan masih sperti org y x punyai sbrg hbgn & ikatan

    kalu pun ingin berjumpa, harus lah ats sbb yg darurat (mustahak-->mgkin utk persiapan perkhwinan, etc) dan msti lah ditemani oleh ibu bapa.

    kalu bgini sikap islam bg psgn yg telah bertunang, bg psgn yg belum mempunyai sbrg ikatan, pastinya lbih dilarang.

    hakikatnya..suma ni sbnarnya berbalik kpd keimanan kita kpd Allah ta'ala. IMAN bukan lah skdr percaya, tp YAKIN..iaitu keyakinan kita kpd Allah.

    org yg beriman iaitu org yg YAKIN dgn Allah akn sntiasa "membenarkan" sgla perintah-Nya krna YAKIN bhwa setiap ketetapan-Nya itu pastinya yg terbaek utk kita.

    sudah berapa ramai psgn yg bercinta bgai nak rak, tp akhirnya putus d tngh jalan

    maka, YAKIN lah dgn firman-Nya (yg bermaksud),

    “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

    suma org pastinya inginkan psgn yg baik..maka, berusaha lah utk mjd insan yg baik bermula dr skrg..insya Allah, slepas itu, Allah x akn memungkiri jnjiNya..pastinya Dia akn mjodohkan kita dgn insan yg terbaek utk diri kita

    cinta sblum nikah..hya akn lbih byk mengkhayalkan kita..plbgai jnji2 manis ditabur..kita menyangkakan hbgn kita terbina ats dsr syariat (krna mulusnya niat)..tp kita sdg melanggari syariatNya satu per satu tnpa kita sedari..krna satu pintu dosa dibuka, kita akn mbuka pintu dosa yg kedua, ketiga dan seterusnya..hingga gelap lah hati kita pd akhirnya shinggakan yg slh x lg dirasakn sbg salah

    nsht utk diri sy sndiri, juga buat yg bertanya..sgra lah bertaubat slagi mana hati masih mempunyai rasa kesal atas dosa yg dilakukan..krna smakin lama diri dilalaikan dgn mksiat, smakin kita akn tenggelam dan larut di dalam dosa..dan tiada tmpat yg lebih lyk utk pelaku mksiat yg berterusan melakukan mksiat kcuali neraka..walna'uzu bilLah..

    ReplyDelete

Share your Blog with Others... =]