Pages

LIKE this Blog?? It's Up to You... MardhatilLah is Everything...=]

Saturday, December 4, 2010

JANGAN BERSUJUD SEPERTI UNTA



Telah menjadi khilaf dalam kalangan ulama’ tentang cara untuk turun dari sujud kerana kewujudan dua riwayat hadis yang bercanggah antara satu dengan yang lainnya.


Pendapat yang pertama mengatakan bahawa cara sujud yang dilakukan oleh Nabi s.a.w ialah dengan mendahulukan kedua lutut, kemudian kedua telapak tangan. Pendapat ini disokong oleh sebuah hadis daripada Wail yang mana beliau berkata,

“Aku melihat Rasulullah s.a.w ketika bersujud, baginda meletakkan kedua-dua lututnya terlebih dahulu sebelum kedua-dua tangannya. Dan ketika baginda bangkit berdiri, baginda mengangkat kedua-dua tangannya terlebih dahulu sebelum kedua-dua lututnya.” [HR Tirmizi]


Pendapat kedua pula mengatakan yang cara sujud yang dilakukan oleh Nabi s.a.w ialah dengan mendahulukan kedua-dua tangan, kemudian kedua-dua lutut. Pendapat ini berdasarkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud,

“Apabila salah seorang daripada kamu bersujud, janganlah melutut seperti melututnya unta, tetapi hendakalah dia meletakkan kedua-dua tangannya sebelum (meletakkan) kedua-dua lututnya.” [HR Abu Dawud]


Namun begitu, sebahagian ulama mengatakan bahawa hadis ini maqlub matannya (terbalik isinya) iaitu perawi hadis telah terbalik ketika menyebut kalimah terakhir dalam hadis tersebut,

“…hendakalah dia meletakkan kedua-dua tangannya sebelum (meletakkan) kedua-dua lututnya.”


Yang benar ialah,

“… hendaklah dia meletakkan kedua-dua lututnya sebelum (meletakkan) kedua-dua tangannya.”


Hal ini kerana mendahulukan kedua-dua tangan sebelum kedua-dua lutut bererti sama seperti duduknya unta. Hakikat ini dapat disaksikan dengan jelas oleh sesiapa yang pernah melihat unta.


Maka, saya cenderung kepada pendapat yang pertama di samping menghormati pendapat yang kedua. Dan ini jugalah pendapat yang dipegang oleh para ulama dari mazhab Syafi’i.


WalLahu a'lam.

1 comment:

Share your Blog with Others... =]