Pages

LIKE this Blog?? It's Up to You... MardhatilLah is Everything...=]

Wednesday, January 12, 2011

10 INDIVIDU SUKAR


Saya ketawa sambil tersengeh seorang diri saat mula membuka buku “Menangani Individu Sukar” karya Nordin Jaafar (salah seorang vokalis kumpulan Alarmme yang pernah popular dengan lagu “Bulan-Bulan Islam” pada beberapa tahun yang lalu) kerana buku ini banyak "mengetuk" kepala saya.


Jujurnya, saya membeli buku ini kerana tertarik dengan tajuknya sambil membayangkan bahawa individu sukar yang ingin saya tangani (bentuk) bukanlah orang lain, tapi diri saya sendiri. Ya, beberapa konfrontasi yang berlaku dalam minggu ini menyedarkan saya bahawa saya adalah seorang individu sukar yang “bermasalah” iaitu bermasalah untuk memahami orang lain.


Dalam sudut yang lain, saya bersyukur kepada Allah kerana sentiasa melorongkan saya ke jalan memahami hikmah di sebalik kejadian. Begitu banyak sekali perkara yang tidak saya suka menimpa diri saya pada tahun ini; tapi semuanya adalah bertujuan untuk mentarbiyyah diri saya.


Bertitik tolak dari penyertaan “Mukhayyam Khariji” (perkhemahan) di kawasan hutan, saya diuji dengan kehilangan beg, pakaian dan seluruh kelengkapan camping yang baru dibeli dan belum sempat digunakan, terpaksa tidur dalam keadaan basah dan kesejukan (walaupun hanya satu malam, tapi sangat memeritkan) dan beberapa lagi insiden yang menyusul selepas itu; namun, sebaik pulang dari kem, bagaikan ada keajaiban yang berlaku (tapi biarlah Allah dan saya saja yang tahu akan keajaiban ini)


Ok, back to the point. Sebenarnya ada satu part menarik dalam buku “Menangani Individu Sukar” ini. Ketika saya membaca part ini, saya berusaha untuk meletakkan diri saya di dalam mana-mana kategori individu sukar yang disebut oleh penulis dengan harapan saya dapat berubah menjadi insan yang lebih baik insya Allah.


Mungkin anda pun patut cuba membaca dengan tenang dan mengakui dengan jujur bahawa anda turut termasuk (sekurang-kurangnya) dalam salah satu kategori “Individu Sukar”.


Ok, selamat membaca…


10 INDIVIDU SUKAR


PENULIS: Nordin Jaafar


Di dalam sebuah buku yang bertajuk Dealing With People You Cab’t Stand: How to Bring Out The Best in People at Their Worst yang ditulis oleh Dr Rick Brinkman dan Dr Rick Kirschner, ada mengkategorikan sepuluh jenis individu sukar yang mungkin wujud di sekeliling kita setiap hari. Contoh kategori-kategori individu sukar tersebut adalah:

1.      KERETA KEBAL (The Tank): Jenis orang yang suka berkonfrontasi, suka menyalahkan orang lain, panas baran dan suka mendesak serta agresif sikapnya.

2.      PENEMBAK CURI (The Snipper): Jenis orang yang suka member komen dan kritikan yang kurang sopan, sindiran tajam, jelingan yang menyakitkan hati dan melihat orang lain dengan kebodohan yang melampau.

3.     BOM TANGAN (The Grenade): Jenis orang yang cepat melenting, suka mengembar-gemburkan dan merapu meraban kepada perkara-perkara lain. Dia tidak fokus dan tersasar daripada topic sebenar punca kemarahannya ketika itu.

4.     DIRI SERBA TAHU (The-Know-It-All): Jenis orang yang jarang dirinya ada keraguan, dia merasakan telah tahu segalanya. Memiliki sifat toleransi yang rendah untuk diperbetulkan dan suka kepada percanggahan pendapat. Jika sesuatu perkara buruk berlaku, orang seperti ini akan berkata perkara yang samaàbagaimana untuk menyalahkan diri orang lain!

5.      FIKIR DIRI SUDAH SERBA TAHU (The-Think-They-Know-It-All): Jenis orang seperti ini ialah yang tidak akan memperbodohkan semua orang pada setiap masa, tetapi mereka mampu memperbodohkan sesetengah orang pada masa-masa tertentu. Semuanya dengan harapan untuk mendapatkan perhatian ramai pihak.

6.      SEMUA YA (The Yes Person): Jenis orang yang usahanya untuk menyenangkan semua orang dan mengelakkan konfrontasi, tetapi orang jenis ini tidak berfikir terlebih dahulu sebelum mengatakan “YA” pada orang lain. Akhirnya berlaku juga konfrontasi. Selalu bertindak kepada permintaan terakhir dengan melupakan komitmen yang terpenting. Mengambil terlalu banyak tanggungjawab daripada orang lain sehingga tiada masa untuk diri sendiri. Akhirnya mereka menjadi sakit hati.

7.     KEBARANGKALIAN (The Maybe Person): Jenis orang yang suka menangguhkan keputusan ketika kata putus hendak dilaksanakan kerana mengharapkan pilihan yang terbaik akan muncul kemudian dengan sendirinya. Malangnya apabila tiba masanya, di mana ia sudah terlalu suntuk, akhirnya dia terpaksa membuat apa jua keputusan yang terlintas di fikiran.

8.      BUTA HARAP (The Nothing Person): Jenis orang yang tidak mempunyai kata-kata, tidak ada tindakan susulan sebagai respons. Tidak ada apa-apa yang boleh diharapkan daripada orang seperti ini.

9.      SEMUANYA TIDAK (The No Person): Jenis orang seperti ini lebih bahaya daripada peluru yang meluncur laju. Semua orang lakukan tidak bagus dan tidak betul. Sipengaruhi keinginan untuk melakukan sesuatu dengan tepat tanpa melakukan kesilapan (perfectoholic). Lebih berkuasa dan mampu mengalahkan satu perkara yang besar dengan hanya ideanya yang kecil. Berpura-pura berkelakuan seperti orang biasa, suka berjuang di dalam peperangan yang menghampakan yang tiada penyudahnya. Tidak boleh diharapkan langsung dan cepat putus asa.

10. MERENGEK (The Whinner): Jenis orang yang sentiasa merasakan seperti tiada harapan, terperangkap dalam dunia yang tidak adil. Suka merungut dan menyalahkan taqdir. Standard mereka ialah kesempurnaan dan tiada seorang pun yang mampu meletakkan ukuran pada tahap demikian. Mereka bijak melibatkan kita dengan masalah mereka. Jika kita menawarkan penyelesaian kepada masalah mereka, pastinya kita yang bermasalah dan ini akan menyebabkan rengekan mereka semakin bertambah-tambah.


Ini adalah beberapa kategori yang dilabelkan oleh Dr Rick Brinkman dan Dr Rick Kirschner, dan mungkin ada lagi kategori-kategori lain berdasarkan pengamatan pengkaji-pengkaji yang lain.


p/s: Saya mengaku bahawa saya adalah individu sukar; anda pula bagaimana??

1 comment:

Share your Blog with Others... =]